CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pulangkan Balik Wang Kami-Aeril Zafrel Mengamuk Ditipu Dato

2-10-2017 03:56 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 15611| Komen: 75|Original author: Oleh: Myra Rozi

Description: Baru sahaja dikecam gara-gara memuat naik gambar dengan menunjukkan isyarat lucah, kali ini Aeril Zafrel mengamuk pula sebab tertipu dengan seorang Dato.
Baru sahaja dikecam gara-gara memuat naik gambar dengan menunjukkan isyarat lucah, kali ini Aeril Zafrel mengamuk pula sebab tertipu dengan seorang Dato.


Pelakon itu bersama isterinya, Wawa Zainal telah membuat laporan polis selepas ditipu sebanyak RM100,000 sejak Mac tahun lalu.

Ahli perniagaan tersebut dikenali sebagai  Dato Ahmad Shazali Bin Zahidi yang mengusahakan perniagaan wangian jenama Hot Perfume.

Lagi mengecewakan bila usaha untuk menjejaki Dato terbabit menemui jalan buntu.

"Saya percayakannya kerana dia pernah menghasilkan minyak wangi untuk beberapa selebriti lain. Dia memberitahu jika ingin menghasilkan minyak wangi, saya perlu membayar wang pendahuluan.


"Selepas menyerahkan wang, dia berjanji produk akan dikeluarkan dalam tempoh tiga bulan. Malangnya sehingga sekarang dia terus senyap," katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya lagi selepas beberapa bulan didesak, Dato terbabit bersetuju untuk memulangkan semula wang namun cek yang diberikan ditendang.

Foto: IG Aeril Zafrel 
"Saya ada menghubungi isteri dan anaknya, tetapi saya difahamkan mereka juga tidak dapat menghubunginya. Dari awal urusan perniagaan ini dilakukan, saya masih menyimpan segala bukti perbualan kami.

"Jadi selepas 19 bulan, saya tidak boleh berdiam diri lagi. Saya membuat laporan ini bagi menuntut hak saya semula. Saya berharap dia atau wakil keluarganya datang berjumpa saya bagi menyelesaikan perkara ini. Saya juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya tidak ada sebarang maklum balas," ujarnya.

Foto: IG Aeril Zafrel 
Kasihan betul bila kena tipu sebegini. Harap dapat cari jalan penyelesaian terbaik tak lama lagi. -CARI
6

Bagus
7

Marah
6

Terkejut
7

Sedih
6

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (40 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tomaz 2-10-2017 12:33 PM
menipu je kerja org zaman skrg.. semua nk duit mudah.. mohon bertabah la yer
Quote qistiena 2-10-2017 12:38 PM
siapakah Dato' itu....
Quote stayathomemom 2-10-2017 12:44 PM
Kesiannyaa...harap rezeki dimurahkan....penyangak skrg pakai title datuk sokmo
Quote ruby76 2-10-2017 01:14 PM
Kesiannya. Siapa lah dato tu...reveal je la namanya supaya org lain x terkena.
Quote aqua_marine 2-10-2017 01:21 PM
ruby76 replied at 2-10-2017 01:14 PM
Kesiannya. Siapa lah dato tu...reveal je la namanya supaya org lain x terkena.

aeril_zafrel DITIPU RM100K OLEH DATUK HOT PERFUME.
.
Sesiapa yang mengetahui orang dalam gambar ini yang bernama DATO AHMAD SHAZALI BIN ZAHIDI atau mengenali WARIS beliau, sila maklumkan kepada mereka yang saya mencarinya dan kepada yang mempunyai maklumat boleh DM saya atau hubungi manager saya (AMAN) 017 3066332.
.
Sesudah berbagai usaha dan saluran digunakan secara berhemah dan berhikmah tetapi beliau terus 'melarikan diri' dan berdiam diri serta enggan memberi respon bila dihubungi untuk bertemu menyelesaikan masalah yang sudah berlanjutan 19 bulan.
.
Barangkali ini cara terakhir yang saya ada setelah setahun lebih bersabar dengan berbagai alasan dan karenah beliau serta tempoh pengangguhan sudahpun berakhir. Akhirnya beliau 'hilangkan diri' hingga sukar dijejaki meskipun oleh anak2nya sendiri. Pelik. Tapi saya serahkan urusan itu pada ALLAH dan saya berikhtiar untuk menuntut hak saya dan isteri. Bukan dengan niat mahu memalukannya tapi beliau lah yang telah memalukan diri sendiri.
.
Kepada Dato, isteri atau warisnya, saya sekadar mengingatkan sebagaimana tuntunan agama setelah semua jalan penyelesaian tertutup: .
.
. “dan janganlah kamu jemu menulis hutang itu, baik kecil maupun besar sampai batas waktu membayarnya. Yang demikian itu, lebih adil di sisi ALLAH dan lebih dapat menguatkan persaksian dan lebih dekat kepada tidak (menimbulkan) keraguanmu. (Tulislah mu’amalahmu itu), kecuali jika mu’amalah itu perdagangan tunai yang kamu jalankan di antara kamu, maka tak ada dosa bagi kamu, (jika) kamu tidak menulisnya. Dan persaksikanlah apabila kamu berjual beli ; dan janganlah penulis dan saksi saling sulit-menyulitkan. Jika kamu lakukan (yang demikian) maka sesungguhnya hal itu adalah suatu kefasikan pada dirimu. Dan bertakwalah kepada ALLAH ; ALLAH mengajarmu ; dan ALLAH Maha Mengetahui segala sesuatu”. (QS. Al-Baqarah : 282). .
.
Semoga sebenar2 taufiq hidayah ALLAH buat kalian. Sesungguhnya tidak pula saya merasakan berat ujian hidup ini tapi kalianlah kelak yang akan menanggung bebannya.
.
"Berhati-hatilah kalian dalam berhutang. Sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari." (Riwayat Al Bayhaqi)
Sekian.


#gambor ada kat IG. tak reti tepek.
Quote noorhairiahma 2-10-2017 01:26 PM
sanggupnya tunggu sampai 19 bulan. sabar betul...
Quote idakamaruddin 2-10-2017 01:35 PM
mcm kenal je muka datuk ni

Quote EvieWanKenobi 2-10-2017 01:38 PM
memang tak boleh percayakan
sape2 dah sekarang terutama
membabitkan wang ringgit..
Quote mimi77 2-10-2017 01:39 PM
100k...tunggu smpai 19bulan? pcy janji palsu dr bulan ke bulan ke?
Quote kiah_mai_pulak 2-10-2017 01:41 PM
Selayaknyalah kena tipu ko laki bini. Kosserr
Quote sofinamini 2-10-2017 01:41 PM
hoh apakahhhh. how can u give cash 100k mcm tu aje ? ada sign apa apa tak yg show prove u bg dia duit ? or any b&W doc ke bfr bg cash .
Quote chaotic_soul 2-10-2017 01:47 PM
report PPIM
Quote emelia1509 2-10-2017 01:53 PM
senangnye kena tipu..bagi camtu je 100k..at least bayaran berperingkat la..dan sepatutnye ada la barang yang dapat bile dah bagi duit tu..
Quote annehuda 2-10-2017 02:03 PM
motep bayar cash??? ngape tak buat cek je ade gak bukti ko penah serahkan sejumlah wang kt datuk tu.
Quote AnggunSophea 2-10-2017 02:12 PM
Hot Perfume yang ni ke?



I pernah jadi MM branch Ipoh tahun 2013 dulu. Rumah diorang kat Kuala Kangsar kan? Kilang diorang pun kat sana.
Quote shailyvelera 2-10-2017 02:15 PM
dato beli la ni....sbb tu menipu...
Quote Buritan 2-10-2017 02:31 PM
EvieWanKenobi replied at 2-10-2017 01:38 PM
memang tak boleh percayakan
sape2 dah sekarang terutama
membabitkan wang ringgit..

Adik beradik pun tak leh caye
Quote missinpiece 2-10-2017 02:37 PM
Smpai 100k utk modal perfume.. baikla buat biz lain
Quote beruangmuda 2-10-2017 02:40 PM
Heshe ni hari tu pun kena tipu, ni kena tipu lagi. Cuba belajar buat bisnes tanpa ditipu, kurangkan selfie

Lihat semua komen(75)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:41 AM GMT+8 , Processed in 0.311598 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top