CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Jangan Lupa Periksa Resit Harga Selepas Beli Barang Promosi, Saya Sudah 3 Kali Terkena

6-10-2017 05:03 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 13084| Komen: 62|Original author: Oleh : Hafiz BZ

Description: Ramai pengguna akan teruja jika ternampak jualan promosi terutamanya setiap kali mengunjungi pasar raya.


Ramai pengguna akan teruja jika ternampak jualan promosi terutamanya setiap kali mengunjungi pasar raya.

Kebiasaannya, tanpa berfikir panjang para pembeli akan terus mengambil barangan yang diberi potongan harga kerana dianggap murah berbanding harga normal. Selain itu, tempoh promosi biasanya juga tidak lama.

Persoalannya di sini, berapa ramaikah yang memeriksa resit harga barangan yang dibeli bagi memastikan barangan tersebut benar-benar diberi potongan harga?

Seorang wanita dikenali sebagai Rusniza Mohammad berkongsi pengalamannya tertipu dengan harga promosi. Mungkin kisah ini dapat membuka mata semua pengguna agar lebih berhati-hati, jom baca.


Malam tadi kami sekeluarga pergi membeli belah di Giant Supermarket Prima Saujana Kajang. Ada banyak barang yang diletak harga promosi antaranya Sos Cili Life dan Maggi cup.

Sos Cili Life untuk 2 botol harganya rm8. 49 (harga asal rm4. 99 untuk satu botol) dan Maggi cup pula rm7. 99 (harga asal rm 9.80).

Namun begitu bila kami membuat bayaran di kaunter bayaran tiada diskaun bagi kedua-dua barang ini menyebabkan kami pertikai kepada cashier dan adik cashier tersebut telah memanggil supervisornya. Kami terangkan kepada beliau apa yg berlaku dan kami tunjuk gambar harga promosi tersebut di telefon kami. 

Mungkin beliau ingin mengesahkan maklumat tersebut beliau telah pergi ke tempat barangan tadi dan mengambil kertas yang ditulis harga promosi dan memasukkan kod baru bagi kedua-dua barangan tadi mengikut harga yang di promosi dengan muka yang tidak puas hati dengan kami.
 
Walau pun terbukti yang Giant ini menipu pelanggannya tetapi superwiser ini tidak pula meminta maaf atau memberi apa-apa penerangan, just datang tekan-tekan dekat mesin tu dan beliau kata "ok harga dah sama dengan harga promosi" dan dia terus pergi.


Ini merupakan kali ketiga kami berhadapan dengan penipuan sebegini untuk tahun ini. Sebelum ini Giant supermarket di Prima Saujana ini melakukan perkara yang sama terhadap dua barang yang telah kami beli iaitu beras dan juga Maggie. Selepas bertekak dengan mereka baru Kami dapat harga promosi yang dipamerkan.

Berbalik kepada kes ini, bayangkan sudah 2 hari mereka telah menipu orang ramai yang membeli dua barangan ini dan sudah berapa ratus ringgit mereka telah merompak duit daripada pelanggan mereka malah mungkin sudah mencecah ribuan ringgit. 

Itu baru daripada 2 barang ini, barang-barang promosi yang lain kami tidak tahu kerana kami tidak membelinya. Oleh itu saya nasihatkan kepada semua orang ramai jika anda membeli barangan yang dipromosi semak betul-betul bil anda dan jangan main bayar sahaja. 

Begitu juga kepada pihak yang berwajib rajin-rajinlah membuat pemeriksaan mengejut bagi nemastikan orang ramai tidak ditipu dan dianiaya oleh taukeh-taukeh besar yang tamak dan jahat ini.


Diharapkan kisah ini bermanfaat buat semua. Pastikan setiap kali selepas membuat pembayaran di kaunter, jangan lupa periksa dahulu resit pembelian ok! - CARI


11

Bagus
10

Marah
16

Terkejut
20

Sedih
2

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (69 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ~boolean 6-10-2017 05:12 PM
selalunya untuk barang promosi aku akan ambil gambar...bila bertekak dengan cashier aku tunjukkan saja gambar tu, baru cashier dan manager/supervisornya diam membisu.

kemudian untuk hangatkan lagi suasana, kalau aku nampak ada customer lain beli barang promosi tu, aku jerit kuat2 suruh customer tu check harga sebab supermarket tu kuat menipu...melihat muka manager yang masam mencuka merupakan kepuasan untuk aku
Quote palmolive 6-10-2017 05:30 PM
staff pasaraya yg pemalas..
aku pernah kena beli minyak hitam kt Tesco Extra..
harga tunjuk konon Promosi RM99.00
bila bwk gi kaunter untuk bayar kuar harga RM150.00
terkejut la aku lantas sound akak cashier tu.."kat rak tunjuk harga 99 (keluar loghat tranung)..
dia jawab sambil nganjing loghat tranung aku...promosi dah abis...semalam pun ada org kena mcm adik...khinzir, dah ada org terkena semalam pun still lg tak tukar harga..
terus tak jadi aku nak amik minyak tu
Quote minahsenget 6-10-2017 05:32 PM
Giant slalulah mcm ni.
Quote mrs_adr 6-10-2017 05:39 PM
giant dh brapa tahun mcm ni...b
Quote matchstick 6-10-2017 05:50 PM
~boolean replied at 6-10-2017 05:12 PM
selalunya untuk barang promosi aku akan ambil gambar...bila bertekak dengan cashier aku tunjukkan sa ...

hahaha bagus lah ada org mcm ko..baru kena buku dgn ruas. aku sejenis malas nk bertekak pastu sbb x ambik gmbr malas pulak nk tunggu staf supermarket tu berkejar ke rak utk pegi check. pastu rasa bersalah kalau ramai org tgh Q kt belakang

Quote missinpiece 6-10-2017 05:56 PM
Yg mana cashier mulut lancang menjawab tu me sound je suruh pegi cek balik. Kadang tu ada yg bebal suh bayar dulu then baru komplen kat customer services. Wtf sangat
Camnila bila kerja setakat nk dpt gaji, ade supervisor mkn gaji buta
Quote shernazz 6-10-2017 06:00 PM
mcm biasa
aku mmg ingat tiap harga yang aku. beli
n.aku akan cek tiap harga masa dia scan
kalau salah..aku soh dia pegi amek harga yang lagi murah sambil.buat muka bossy
hahahahaha
Quote umbut 6-10-2017 06:15 PM
Giant memang selalu mcm ni.. penipu
Quote Madel 6-10-2017 06:15 PM
Giant & Tesco mmg selalu mcm gini...
Pekeja buat kerja sambil lewa tak update dlm system.
Biasa mmg aku amik gambar siap2..bila nak bayar aku suruh key in barang yg ada sales dulu.

Giant ok lagi tulisan besar2 juga..
Tesco paling teruk..pengguna biasanya akan tenguk harga..depa tak tnguk tarikh..dah kali tarikh pun tulis mcm semut..mana nak perasan sale abis je belum.
Quote imransulaiman 6-10-2017 06:21 PM
Dah banyak kali kes macam ni!

Saya pernah kena double charge masa beli guna kad kredit. Nasib baik saya jenis yang selalu check penggunaan kad via online dan resit tak buang terus. Dah bawa resit dan salinan penyata kad kredit, supervisor masih tak mengaku silap! Boleh pula suruh saya balik sebab mereka nak siasat perkara tersebut dan akan call balik. Nasib baik esoknya saya check lagi via online, dah clear.

Ngok betul!
Quote sharlenetexas 6-10-2017 06:28 PM
~boolean replied at 6-10-2017 05:12 PM
selalunya untuk barang promosi aku akan ambil gambar...bila bertekak dengan cashier aku tunjukkan sa ...

good one pertahankan hak sbg pengguna
Quote mizkajura 6-10-2017 06:45 PM
Sesuai ngan nama ...giant. Membuli je la kejenya
Quote Abot 6-10-2017 09:30 PM
~boolean: selalunya untuk barang promosi aku akan ambil gambar...bila bertekak dengan cashier aku tunjukkan saja gambar tu, baru cashier dan manager/supervisorn ...


gud idea weh... nk tiru. hahaha
Quote AbukRokok 6-10-2017 10:02 PM
~boolean replied at 6-10-2017 05:12 PM
selalunya untuk barang promosi aku akan ambil gambar...bila bertekak dengan cashier aku tunjukkan sa ...

wow..hebatnya....saya scan je barcode..klu harga lain..saya buang terus xbeli

Quote SecretLuv 7-10-2017 12:12 AM
palmolive replied at 6-10-2017 05:30 PM
staff pasaraya yg pemalas..
aku pernah kena beli minyak hitam kt Tesco Extra..
harga tunjuk konon  ...

Ko kena paksa dia bagi harga tu jugak sebab dia dah pamerkan harga tu. Mak aku selalu buat macam tu, lepas tu diaorang bagi je harga yang kita nampak tu.
Sebab diaorang yang salah.
Quote moonbug 7-10-2017 12:16 AM
Giant paling selalu kes mcm ni. Jenis yg ingat harga brg tu oklah, yg malas nak argue or tak check resit pun, terkenalah. Selalu time nak bayar mmg aku perati diorang scan barang satu2. Ada harga tak kena je terus tanya, kalau tak ramai mintak diorang pegi check promo tag kat rak tu. Kalau ramai, terus suruh dia letak tepi barang tu, cancel beli. Tp kalau beza lps discount pun 50 sen je aku beli jelah
Quote SecretLuv 7-10-2017 12:18 AM
Madel replied at 6-10-2017 06:15 PM
Giant & Tesco mmg selalu mcm gini...
Pekeja buat kerja sambil lewa tak update dlm system.
Biasa mm ...

Kalau mak aku, dia cakap bukan kerja dia nak kena tengok tarikh tu semua. Pelangggan tengok harga je.
Pekerja la yang kena tukar semua tu. Diaorang mesti akan mengalah jugak sebab memang silap diaorang tak buat kerja.
Quote aleesyasofia 7-10-2017 12:39 AM
Alhamdulillah stakat nie iols xprnh kena lg.. biasenya iols tgk trikh promosi dan scan smula hrga..
Quote ladybugz 7-10-2017 05:48 AM
Edited by ladybugz at 7-10-2017 05:49 AM

I plak ade pengalaman double charge kat my creditcrd waktu shopping kat h&m. Yg cashier tu mcm baru tp x reti nk swipe credit crd. Pastu yg kononnya a bit more senior dtg nk tlg. I perasan diorg dh swipe my card twice. Bile i ckp "eh, tadi mcm dua kali u charge my card" yg senior tu ngan sombong nye balas, eh takde papelah. Semua tu sistem je. Alih2 bile tgk kat cerdit card statement dua kali die charge. Geram betol. Bile call h&m dah jd satu hal plak nk korek resit bagai.

Lihat semua komen(62)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:45 AM GMT+8 , Processed in 0.056419 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top