CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pusat Tahfiz Dijilat Api Lagi, Kali Ini Di Klang

10-10-2017 06:08 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 5025| Komen: 43

Description: Kejadian kebakaran melibatkan asrama penginapan pusat tahfiz sekali lagi berlaku. Kali ini menyaksikan Pusat Tahfiz al-Quran Fahd Ikhlas Enterprise di Klang, Selangor hangus dijilat api petang kelmari ...

sumber : mstar


Kejadian kebakaran melibatkan asrama penginapan pusat tahfiz sekali lagi berlaku. Kali ini menyaksikan Pusat Tahfiz al-Quran Fahd Ikhlas Enterprise di Klang, Selangor hangus dijilat api petang kelmarin.

Memetik laporan mStar, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang, Zaidi Ahtan berkata kebakaran melibatkan asrama tahfiz dua tingkat yang terletak berhadapan dengan Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang itu menyebabkan empat bilik asrama yang terletak di aras atas musnah.

Tambahnya, kebakaran itu bagaimanapun tidak mengakibatkan kecederaan mahupun kehilangan nyawa oleh kerana ketika kejadian, kesemua pelajar tahfiz itu berada di aras bawah.

"Dilaporkan ketika kejadian, 25 pelajar lelaki  dan dua guru yang menghuni di asrama itu berada di tingkat bawah mengikuti kelas mengaji." 


Jelas beliau, kebakaran yang berpunca dari bilik tengah asrama tersebut dapat dipadamkan sepenuhnya kira-kira 20 minit kemudian.

Seramai 20 anggota dari tiga balai bomba dikejarkan ke tempat kejadian bagi memadamkan kebakaran.- CARI

sumber : mStar
sumber : mStar

14

Bagus
13

Marah
11

Terkejut
18

Sedih
17

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (86 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noraidil_06 10-10-2017 06:11 PM
One after another n they refused to listen  to constructive critism. So let it be.
Quote Deidra 10-10-2017 06:27 PM
noraidil_06: One after another n they refused to listen  to constructive critism. So let it be.


Berulang kali sudah pisang berbuah kak..sampai dah busuk-busuk pun.still sebegitulah seadanya. Nasiblah tiada nyawa yang terkorban kali ini
Quote Maideen. 10-10-2017 06:29 PM
Syabas dan tahniah kepada yang syahid (jika ada)....

Nota: Can't be bothered to read the report.....
Quote wanitajelita 10-10-2017 06:43 PM
Adakah dirancang?
Quote RatuDunia94 10-10-2017 06:44 PM
noraidil_06: One after another n they refused to listen  to constructive critism. So let it be.

{:freak

Xpe lah kalo mati hangus pon untung masuk syurga. Boleh pilih nk masuk pintu mana.
Quote tripleid 10-10-2017 06:56 PM
skolah tahfiz ni dah knp asik tebakar je manjangg??skolah mubaligh skolah cina keling kapiaq xde plak tebakar slalu mcm ni
Quote ice_sky92 10-10-2017 07:11 PM
Sebab tu aku senyum sinis je bila baca komen pengetua tahfiz selepas kejadian terbakar haritu...yang dia kata mereka anak2 syurga tu...senangnya cakap...masalahnya skg bangunan tak cukup syarat2 keselamatan kau dah bukak bagi budak2 tahfiz duduk...tak kisah la penginapan sementara pun, mestilah make sure selamat untuk diduduki....emo pulak aku dengan pengetua2 tahfiz ni...ini bukan kes pertama kot. Please open your eyes...biar lambat kumpul dana asalkan semua selamat....dah cukup dana baru bukak tahfiz....faham....
Quote xy_daen 10-10-2017 07:14 PM
Ada yang mati rentung dapat masuk syorga tak kali ni?
Quote samasam90 10-10-2017 07:15 PM
jadi siapa nak kutuk, derma dulu lah yer.
Quote babyLON. 10-10-2017 07:25 PM
sorry tak boleh nak kecam. belum derma apa apa.
Quote kemaruk 10-10-2017 07:25 PM
Di akhir zaman ni, makin ramai orang alim yang dijemput Illahi
Quote fishcracker 10-10-2017 07:39 PM
Nasib baik selamat....
Quote maryamamina 10-10-2017 07:59 PM
Macam musim plak dah, moga2 takder yg trrkorban
Quote taikor 10-10-2017 08:42 PM
pihak berkuasa kena buat satu program hantar orang semak aspek keselamatan
Quote rayna_raynes 10-10-2017 08:46 PM
Strategi mintak derma?
Quote samasam90 10-10-2017 09:04 PM
rayna_raynes replied at 10-10-2017 12:46 PM
Strategi mintak derma?

i ingatkan i sorang je yg terfikir macam tu.
Quote dodolgemok 10-10-2017 09:12 PM
Bila kritik katanya hina islam. Bila suruh tutup sebentar utk penambahbaikan katanya tahfiz bakal diharamkan. Sekarang tuhan tunjukkan kat ostad2 ni balasan setimpal! Tuhan maha adil sis.
Quote dodolgemok 10-10-2017 09:13 PM
rayna_raynes replied at 10-10-2017 08:46 PM
Strategi mintak derma?

Xde kematian so strategi x menjadi.
Quote Aliaskotonggo 10-10-2017 09:55 PM
bila dibangsatkan oleh Naz JJCM, bukan main meroyan sekor2 membela tahfiz sampai sorang ustaz tahfiz dok melahar Naz JJCM dengan bahasa ala2 dakwechatnya tu sambil mintak diviralkan laharannya tu

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:56 PM GMT+8 , Processed in 0.061040 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top