CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Daun Ketupat Punya Pasal...

27-10-2017 11:04 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6265| Komen: 75

Description: Seorang lelaki didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh pada Khamis kerana memukul bekas isterinya.
Seorang lelaki didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh pada Khamis kerana memukul bekas isterinya.

Memetik BH Online, Mohd Sahbri Mustaffa, 47, yang juga pekerja bengkel mengaku bersalah menumbuk dan memukul jandanya, dua bulan lalu.



Foto: BH Online

Menurut fakta kes, tertuduh memukul pengadu dengan tangan, menghempas pintu kereta sehingga betisnya tersepit dan merentap tangannya sebelum menolak badan dia hingga jatuh.

Kejadian berpunca selepas tertuduh berang jandanya mahukan daun ketupat yang dibeli.

Difahamkan, daun ketupat berkenaan bagaimanapun dibawa pulang ke rumah isteri baharunya.


Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mendatangkan cedera kepada bekas isteri, Majila Yusop, 48, di sebuah rumah di Taman Kesidang Seksyen 2, Kampung Lapan, jam 10 malam, 30 Ogos lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 jika sabit kesalahan.

Sahbri yang diwakili peguam Faiezad Razali merayu agar dikenakan hukuman ringan atas alasan pendapatannya hanya RM1,000 selain menanggung tiga anak hasil perkahwinan dengan bekas isteri serta seorang anak dengan isteri baharu.

Selepas mendengar rayuan dan hujah kedua-dua pihak, Majistret Mohd Firdaus Saleh menjatuhkan hukuman denda RM1,000 atau dipenjara sebulan jika gagal membayar denda. - CARI
15

Bagus
17

Marah
15

Terkejut
20

Sedih
13

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (95 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gujiwa 27-10-2017 09:21 AM
puiiii nk bini dua.. tapi tak adil.. beli je la untuk dua2x..
Quote zulka 27-10-2017 09:23 AM
daun ketupatpun berebut ke
Quote mommymonster82 27-10-2017 09:28 AM
Berebut ekon
Berebut daun ketupat

Lepas ni apa pulak
Quote raradhia 27-10-2017 09:30 AM
astagaaaaa dasar!
Quote fushimi 27-10-2017 09:32 AM
lol biul punya jantan ngan betina

daun ketupat pun kakak hadap ke



Quote kentel 27-10-2017 09:35 AM
jijik...tak mampu miskin ada hati nak isteri 2...bodoh punya jantan jongos!!!
Quote myakayina 27-10-2017 09:43 AM
mohon aku dijauhkan dgn spesis jantan mcm ni..
Quote kikuri 27-10-2017 09:46 AM
beli jelah lain... bini dua boleh... daun ketupat tak boleh beli....
Quote -electrifying- 27-10-2017 09:48 AM
dayus nyaaa
Quote nobito 27-10-2017 09:56 AM
Melayu suka gadoh benda bodoh camni kan....

Jantan bodoh macam ni layak ke kahwin 2.....patut kau panjat lah pokok kelapa tu baru lah nampak sado layak kahwin 2.
Quote AJ88 27-10-2017 09:59 AM




Quote cmf_premierleag 27-10-2017 10:03 AM
beli je la ketupat segera ADABI tu
senang, rebus jah
takyah susah2 nak kene beli daun la, anyam la bagai
Quote teen_angelJB 27-10-2017 10:39 AM
Kesiannye mahkamah sekarang di kena hadap isu2 cikai cmni.. Huhu
Quote zaziot 27-10-2017 10:43 AM
bini no2 tu yg plg bodo..jantan cani pun ko nak..daun ketupat pun xmampu nk belikan utk ko..sian ko
Quote mrizumi 27-10-2017 10:53 AM
Lawak plak rasa..
Quote L_Z 27-10-2017 11:00 AM
Saiko ja jantan mcm ni....dan ppuan tu bodoh hadap sgt nak jantan mcm ni..
setakat keja bengkel...,muka mcm tayar lori ja ..ada hati nak kawin byk....choiiii...
Quote bloodder 27-10-2017 11:04 AM
sibini kalau dah nampak silak agak2 otak tak betul pangai cam orang gila
baik mintak cerai je
silaki pun sama, agak2 pangai bini cam orang ilang akal
ceraikan saja cepat2
kawin lain


Quote cmf_almondpecan 27-10-2017 11:09 AM
Ni bekas isteri kata artikel. Maksudnya bukan berbini dua? Ke cerai lepas kena tumbuk?
Quote chaotic_soul 27-10-2017 11:12 AM
kes daun ketupat ja pun..hare tui..

Lihat semua komen(75)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:58 PM GMT+8 , Processed in 0.064002 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top