CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Penemuan Duit Berkepuk, Barang Kemas Di Celah Kawasan Banjir Buat Netizen Ternganga...

13-11-2017 06:06 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 5916| Komen: 12|Original author: Oleh: Adib Za

Description: Tidak surut lagi kekecohan dengan banjir besar yang melanda Pulau Pinang baru-baru ini, timbul pula kisah penemuan longgokan wang kertas dan barang kemas.Dikatakan barang berharga itu ditemui dalam op ...
Tidak surut lagi kekecohan dengan banjir besar yang melanda Pulau Pinang baru-baru ini, timbul pula kisah penemuan longgokan wang kertas dan barang kemas.

Dikatakan barang berharga itu ditemui dalam operasi pembersihan banjir di negeri itu. 

Menerusi laman Facebook Penang Kini, duit berkepuk dan barang kemas itu ditemui oleh pekerja Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP). 


"Barangan-barangan bernilai dijumpai di musim banjir semasa pekerja MBPP dan MPSP melakukan kerja pembersihan."

Begitulah kapsyen yang ditulis pada laman Facebook Penang Kini berserta beberapa gambar menunjukkan duit kertas, syiling dan barang kemas yang ditemui di celahan kawasan banjir yang telah surut. 


Ia sekaligus telah menarik perhatian para netizen yang rata-rata berasa terkejut dengan penemuan itu.

Pun begitu, mereka mengecam individu yang menganggap penemuan itu sebagai 'rezeki terpijak' kerana bagi mereka, ia tetap harta milik mangsa banjir. 


Ada juga pihak yang menyelar MPSP kerana tidak bersikap profesional dan juga sewajarnya, seolah mereka ini mahu 'songlap' harta tersebut.

"Jangan tambahkan lagi beban mereka yang ditimpa musibah.."

"Pihak berwajib perlu cari jalan untuk pulangkan semula pada yang berhak.."


Namun demikian, Presiden MPSP Datuk Rozali Mohamad menerusi Mstar Online berkata pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung penemuan barangan bernilai itu.

Beliau juga menggesa orang ramai agar menaruh kepercayaan kepada MPSP kerana pihaknya tidak akan menyembunyikan penemuan barangan berharga seperti didakwa. 

Apa pula pendapat anda?- CARI 

15

Bagus
33

Marah
15

Terkejut
15

Sedih
23

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (119 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Andyscenes 13-11-2017 06:23 PM
Kalau aku amek je, xyah kecoh2 jumpa barang. Anggap je rezeki kau. Haha. Kalau kau kecoh kau kena kecam, kau xnk duit tu kau derma jelah kat masjid or bg kat tabung amal
Quote CiliPadiSedap 13-11-2017 06:48 PM
banjir kt penang tak teruk cmtulah sampai rumah boleh terkeluar duit, kalau teruk sampai terkeluar duit dah lama akak pergi dulu..
Quote VuJiE 13-11-2017 07:11 PM
betul.. kecoh2 mendapat la kecaman
Quote Madel 13-11-2017 07:11 PM
Pic duit rm100 bekepuk2 tu edit kan
Duit dah tengglam dlm air berlumpur tak ada nya elok gitu..
Pic yg lelain tu boleh caya gak le
Quote Jorja 13-11-2017 07:50 PM
Ada ke yg sanggup buat laporan pelesu semata nak ambik harta tu
Quote nisako 14-11-2017 08:44 AM
wah .........................
Quote aziiiperempuan 14-11-2017 08:59 AM
uishhhh gila ka
Quote aziiiperempuan 14-11-2017 08:59 AM
uishhhh gila ka
Quote vanillaninja 14-11-2017 09:54 AM
I cuma simpati pada mangsa2 yang kehilangan barang2 berharga ni. Kalau for whatever reason theyols tak dapat retrieve balik barang2 theyols yang hilang, semoga ada rezeki lain yang datang.
Quote kivio 14-11-2017 10:03 AM
Jgn jadi harta kerajaan sudah
LOL
Quote Skuau 14-11-2017 05:11 PM
banjir boleh mendatangkan duit???
Quote deltoid 19-11-2017 11:01 AM
itu macam ka

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:55 AM GMT+8 , Processed in 0.048363 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top