CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Orang Ranau Pun Boleh Bah Jadi Polis Tapi Pindik Tagap". - Gadis Ini Buat KJ Ketawa Besar

16-11-2017 11:29 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5687| Komen: 19|Original author: Oleh : Hafiz BZ

Description: Rakaman video berdurasi 2 minit 20 saat memaparkan sesi dialog Transformasi...


Rakaman video berdurasi 2 minit 20 saat memaparkan sesi dialog Transformasi Negara 2050 (TN50) bersama YB KJ yang diadakan di Monsopiad Heritage Village Penampang, Sabah beberapa hari lalu menjadi tular gara-gara celoteh seorang gadis.

Suasana serius santai di dalam dewan tiba-tiba menjadi gamat dengan gelak tawa apabila gadis dari Ranau itu memberikan idea ketika menyentuh tentang syarat pengambilan tentera dan polis. Gadis bernama Sherell itu meminta supaya syarat wajib untuk tinggi dan berat badan calon dilonggarkan sedikit.

Kredit - RMP


“Di sini saya mahu cakap pasal pengambilan tentera atau polis. Kalau boleh dia punya syarat kasih longgar sikit, tidak semua tapi sikit saja".

"Begini cerita dia, ada yang lebih layak untuk jadi tentera atau polis tapi tidak dapat sebab masalah ketinggian. Kalau di Ranau sahaja, polis kebanyakannya dari seberang (semenanjung) sedangkan orang Ranau pun boleh bah jadi polis tapi 'pindik tagap'".

"Jadi disini, kita punya kemajuan negara dapat dinilai melalui akal fikiran dan bukan dilihat melalui ketinggian. Jadi macam mana kita mahu maju kalau kita ambil tentera polis yang tinggi-tinggi tapi dia punya IQ rendah".

Kredit video - Satu Sabah

Terhibur dengan cara gadis tersebut memberikan idea, seluruh hadirin di dalam dewan termasuk Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin ketawa besar sambil memberikan tepukan ketika mendengar cadangan itu.
 
Bagaimanapun, YB Khairy (KJ) turut memuji idea gadis tersebut.

"Ha ha ha... Terima kasih Sharell, good idea" kata KJ.

Masuk akal juga idea gadis ini, diharapkan idea beliau dapat dikaji semula oleh kerajaan bagi memberi lebih banyak peluang kepada rakyat yang "tidak cukup syarat" untuk berkhidmat di dalam polis dan tentera. - CARI



30

Bagus
17

Marah
19

Terkejut
23

Sedih
14

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (119 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote moonbug 16-11-2017 11:32 AM
Tp physical requirements tu ada purpose jugak. Bukan saja2 nak letak syarat tinggi/berat sekian sekian
Quote haryatie 16-11-2017 11:41 AM
kesian org pendek yerrr,,
Quote rastaf 16-11-2017 11:52 AM
moonbug replied at 16-11-2017 11:32 AM
Tp physical requirements tu ada purpose jugak. Bukan saja2 nak letak syarat tinggi/berat sekian seki ...


idea sumandak ni pun ada point gak. askar2 vietnam ingat tinggi ke..semua pindik2 je tapi amerika pun pancit lawan dorang masa perang ww2 dulu





Quote kechikchomel 16-11-2017 11:55 AM
{:smile
teringat kawan masa kat uni dulu. sabahan jugak la. Pindik tapi tagap. joint rotu navy
Quote manjalara_01 16-11-2017 11:56 AM
moonbug replied at 16-11-2017 11:32 AM
Tp physical requirements tu ada purpose jugak. Bukan saja2 nak letak syarat tinggi/berat sekian seki ...

yes i agree...

Quote merrissa 16-11-2017 11:59 AM
bagus sharell....bile ada org menyampuk 'macam sharell' dia ignore je....apa la duk gelak2 kan org pindik...


Quote prettyuglybabe 16-11-2017 12:43 PM
kalau part fizikal tu memang la kena tegap tak leh gemuk..
but faktor ketinggian tu memang patut dilonggarkan sikit kot..
orang malaysia ni mana ada ramai yang tinggi..
dah gen ketot ketot..
asal dalam bmi sihat, patutnya boleh la consider kalau terkurang tinggi..
Quote MsKathryn 16-11-2017 12:51 PM
Mostly mmg pendek2 tagap..
Quote Andyscenes 16-11-2017 01:22 PM
idea yg bernas, tinggi2 tapi iq rendah haha
Quote cewekbopot 16-11-2017 01:48 PM
hahahahaa ini kali la
saya sukung kau cheryl !



Quote trakea 16-11-2017 02:17 PM
Orang ranau iq tinggi tinggi ka? Cakap macam takde otak. Takkan dia tak tau sebelum  jadi polis kena lulus ujian khas bagai

Quote tembikai 16-11-2017 04:06 PM
blh dipertimbangkan juga idea dia ni...

Quote epysha 16-11-2017 04:11 PM
TINGGI TP RASUAH
Quote WhiskeyScotch 16-11-2017 05:14 PM
moonbug replied at 16-11-2017 11:32 AM
Tp physical requirements tu ada purpose jugak. Bukan saja2 nak letak syarat tinggi/berat sekian seki ...

Yes, you're right.
Quote BebeQ 16-11-2017 08:59 PM
Tunggu la cikgu fizik keluar fakta nanti. Baru faham kenapa ada limit ketinggian.
Quote orgsepang 17-11-2017 06:57 AM
Cara dia cakap tu comel sangat
Quote Yunho 17-11-2017 10:55 AM
ade ke lelaki kurang 1.63m? sedihnye kalu rendah dr tu..
sbb pd sy 1.63m tu dh nyawa2 ikan dh tu kalu lelaki....
Quote alyana 17-11-2017 11:25 AM
rastaf replied at 16-11-2017 11:52 AM
idea sumandak ni pun ada point gak. askar2 vietnam ingat tinggi ke..semua pindik2 je tapi amerik ...

Hmm. Bagi ai sepatutnya takde syarat ketinggian ni...  

Kalau bmi yes... perlu
Quote leena1234 19-11-2017 03:38 PM
Good idea..kurangkan akit ketinggian itu bha.hahaha..kasi can orang ranau jadi polis or tentera

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:52 AM GMT+8 , Processed in 0.137036 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top