CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Syura Bengang Disamakan Dengan Siti Nordiana?

22-11-2017 09:53 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 16525| Komen: 92|Original author: Oleh: Adib Za

Description: Sering disamakan dan dikatakan meniru Siti Nordiana, penyanyi Syura Badron mengakui berasa kecewa dan juga sedih dengan perkara itu.Dia yang kini terlibat dalam program Gegar Vaganza 4 berkata dakwaan ...
Sering disamakan dan dikatakan meniru Siti Nordiana, penyanyi Syura Badron mengakui berasa kecewa dan juga sedih dengan perkara itu. 

Dia yang kini terlibat dalam program Gegar Vaganza 4 berkata dakwaan daripada netizen itu tidak berasas kerana tiada sebab pun dia meniru Nana memandangkan mereka merupakan sahabat baik. 


“Saya sebenarnya hairan kerana apa saja yang saya lakukan atas usaha dan inisiatif sendiri pasti dikaitkan dengan Nana.

“Contohnya, baju kami kebetulan warna merah dalam Gegar Vaganza (GV4) minggu lalu pun boleh menjadi pertikaian netizen dan saya dikatakan meniru Nana.

“Terus-terang, sepanjang saya menyertai program GV4 ini tidak pernah walau sekalipun saya merujuk Nana untuk mendapatkan pandangan dan buah fikiran daripadanya berhubung corak persembahan sesuai, pakaian, cara nyanyian dan sebagainya.

“Apa yang saya pakai, cara menyanyi dan persembahan dibuat semua ilham sendiri. Ini kerana, saya tahu yang bertanding dalam GV4 sekarang ialah saya dan bukannya Nana,” katanya. 

Syura Bengang Disamakan Dengan Siti Nordiana?
Katanya lagi meskipun sudah berasa lali bila disamakan dengan penyanyi lain namun dia masih berharap masyarakat memberinya ruang untuk membentuk identiti sendiri. 

“Saya kini dalam proses berusaha mencari identiti sendiri. Jadi, tolong beri saya ruang dan peluang itu serta janganlah cepat membuat penilaian.

“Jangan terus mengaitkan saya cuba meniru Nana atau penyanyi lain kerana itu tidak adil bagi saya.

Syura Bengang Disamakan Dengan Siti Nordiana?

“Saya kini gigih berusaha untuk majukan diri dalam karier seni diceburi dengan cara sendiri," katanya lagi. - CARI
14

Bagus
6

Marah
6

Terkejut
7

Sedih
18

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (57 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote melinda_kerr 22-11-2017 10:13 AM
lepas gv nanti sendu baliklah acik ni. ala- ala kakyan gomen
Quote mixed 22-11-2017 10:20 AM
nana ada aura nyanyi sedap  

syura xd aura ni pas MC terus sendu di dapur
bercerai plk lg sendu

sape la pg kenen kan  konon nk kapel kan syura dgn fikri bangla
bkn ke dulo nana yg berlakon dgn fikri  pastu  ada plk nk kenen2 kan deols berdua


Quote Grndrbi 22-11-2017 10:36 AM
melinda_kerr replied at 22-11-2017 10:13 AM
lepas gv nanti sendu baliklah acik ni. ala- ala kakyan gomen

Alangkan first komen kat sini pun da xbagi semangat ... So syura awak doa la banyak2 supaya impian mu tercapai
Quote chinta89 22-11-2017 11:08 AM
dah di awal2 kemunculan dulu mmg nmpk sgt cara lenggok nyanyian nk tiru retis lain.

sukar nk hidup identiti sendiri sb u yg cipta suasana tu dulu.

dengan lagu tajuk yg sekan2 nk buat ala2 Pandang2 Jeling2 dlu tu, ape?
Quote beruangmuda 22-11-2017 11:09 AM
syura chuols patut fokus masak memasak sbb bila chuols memasak nampakla jugak ada identiti sendiri
Quote Aduradura 22-11-2017 11:11 AM
Mmg iolls terbayang ctnana mase sheolls pakai baju merah ni kekeke
Quote wookiehoney 22-11-2017 11:12 AM
awal kemunculan sampai sekarang lenggok nyanyian macam org lain
so acaner?
Quote kivio 22-11-2017 11:15 AM
“Saya kini dalam proses berusaha mencari identiti sendiri.


Mak ai umor dah 30 duk tercari identiti lagi
Tak ubah cam dak dak wicet
Quote kodoksilver 22-11-2017 11:17 AM
kihkihkih, mcm sama jewwww. eeeeyewwwww
Quote samasam90 22-11-2017 11:19 AM
memang dari dulu pun syura ne asek dibandingkan dgn org lain sampailah dia sendu.. so syura bertabah lah ye..
Quote CauPandin 22-11-2017 11:27 AM
mmg la sama noks..

sore korang sama jah pesennya, suara yg bleh diikut orang kebanyakan

bapok pun bleh tiru
Quote melinda_kerr 22-11-2017 11:33 AM
Grndrbi replied at 22-11-2017 10:36 AM
Alangkan first komen kat sini pun da xbagi semangat  ... So syura awak doa la banyak2 su ...

kan... tkde aura acik ni..
Quote buragazz 22-11-2017 11:40 AM
Maaf Dik Syura..

Ada sebab orang bandingkan ko dengan penyanyi lain...

Klu korang tak caya sila dengor lagu gantung - Lagu ni keluar lepas kes cerai dia tak silap

Dari patah lagu sebutan sampai ke lenggok.. klu aku tak tau la dia penyanyi memang aku tersangka TokSriTi sejiban.. Identiti dia nampak bila lagi traditional klu ballad memang dengor penyanyi lain.. tapi klu dorang banding ngan Nana memang lain sangat le nak2 part suara...
Quote appleGold 22-11-2017 11:44 AM
shuh shuhhhhh pi masak sana
Quote fara7351 22-11-2017 11:49 AM
tak best lah dgr dia nih nyanyi.. mcm rimas gitu.. sorry.
Quote cikmanggabatu 22-11-2017 11:53 AM
Xde aura la ko syura oi...sekadar pelengkap kuota peserta pertandingan boleh la tapi utk menang memang x...ko memang xsama dgn ct nana sendayan...ct nana pon xde aura sebenarnya tapi sbb dia gigih bekerja dan imej naif tu yg dia semakin fofular...
Quote mieymiey 22-11-2017 11:58 AM
Tak minat. Next!
Quote MH3707 22-11-2017 12:03 PM
aku rasa suara syura 100x lagi sedap dari nana yg suara mcm minah rempit nyanyi kat karaoke tepi jalan...seriusly
Quote aammyy 22-11-2017 12:08 PM
itu hari aku tgk GV lan dgn nana perform. aku takpakai spec. aku ingat syura. bila kamera tunjuk lan. aku pelik la. bukan dorang lawan ke. asal nyanyi sama2. rupa2nya si nana.

Lihat semua komen(92)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:20 PM GMT+8 , Processed in 0.071317 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top