CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

“Kalau YB Terus Nak Hantar Technician, Kami Rakyat Biasa Disuruh Restart Modem” - Netizen Kesal

22-11-2017 12:11 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 9168| Komen: 36|Original author: Oleh : Hafiz BZ

Description: Siapalah yang tidak kesal jika diberi layanan yang tidak sama rata hanya kerana tidak mempunyai darjat

Siapalah yang tidak kesal jika diberi layanan yang tidak sama rata hanya kerana tidak mempunyai darjat, pangkat dan nama.

Sejak dua hari lalu, tweet yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter bernama Amy Medusa mengenai layanan berat sebelah oleh sebuah syarikat telekomunikasi telah dikicau semula hampir 15,000 kali.



Menurut Amy, dia telah membuat aduan di akaun Twitter rasmi TMConnects mengenai masalah kelajuan internet di rumahnya yang terlalu perlahan. Pihak TMConnects kemudian membalas tweet beliau dan mencadangkan kepada Amy supaya mengoperasi semula sistem (restart) modem/router.



“Hi. You dah cuba restart modem/router?” balas TMConnects.

Sebaliknya apabila seorang Ahli Parlimen iaitu YB Rafizi Ramli juga bertanyakan soalan yang hampir sama, lain pula jawapan yang diberikan oleh TMConnects.

“Selamat tengahari YB. Boleh kami dapatkan waktu yang sesuai untuk juruteknik kami datang di premis YB semasa weekdays bagi menjalankan siasatan lanjut?” balas TMConnects.

Tweet balas TMConnects yang dianggap "pilih bulu" itu telah mengundang pelbagai reaksi netizen.



Bagi menjernihkan kembali keadaan, diharapkan pihak TMConnects dapat memberikan penjelasan secepat mungkin mengenai perkara ini. - CARI



13

Bagus
24

Marah
18

Terkejut
6

Sedih
9

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (87 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote krustykrab 22-11-2017 12:21 PM
siap tanya waktu yg sesuai nak htr technician...hhahhah

aku prnh gak la TM  htr technician tu pun lps dah berhari2 tutup buka modem, cuma takde la dpt layanan VIP mcm rafizi dpt...kena tggu technician call lagi bbrp hari, pastu set masa...

dah technician dtg, test punya test katanya takde prob dgn line, suh aku beli modem baru, pun sama gak, last2 dtg lagi techinican kata wayar kat luar tu rosak, kena ganti baru
Quote BebeQ 22-11-2017 12:26 PM
Aku nak try letak nama alhi parlimen juga la dekat form AirAsia sebelum mula Chat tu. Sebab belum sempat aku scroll baca semula atas2 tu, laju je operator disconnect chat.

Macam mana nak bagi thumb up? Memang selayaknya la aku bagi thumb down.
Quote chinta89 22-11-2017 12:28 PM
mendapat la ko!
Quote Skuau 22-11-2017 12:42 PM
antara 2 darjat....
Quote apedehal 22-11-2017 12:45 PM
iols pun rakyat marhaen jua...bila komplen tenet mcm lahanat elok ja esok TM hntar technician...hentahlaa myb i was lucky at that time
Quote palmolive 22-11-2017 12:46 PM
silalah jawab...hahahaha
Quote Andyscenes 22-11-2017 12:48 PM
tm connect x professional. Tu je aku boleh bgtau walaupun aku keje tm
Quote CiliPadiSedap 22-11-2017 01:21 PM
silap rakyat malaysia buta IT

modem kat rumah, splitter box semua tak kalis petir. jadi bila cuaca petir, tolong cabut wire telekom wire unifi matikan.

petir boleh mengalir melalui talian telefon , bila mengalir akan rosakkan modem dan jadi kejap ada kejap tiada.

akak dah banyak kali kena jadi faham kelemahan modem system.



haah telekom double standard dengan yb terus nak hantar teknisyen dengan akak 24 hour baru datang.
Quote buragazz 22-11-2017 01:26 PM
Aku tak boleh nak marah sebab TM - Webe semenjak aku tukau ni laju berdesup pastu TM pernah wave kan bill aku 1K sebab ada masalah technical jadi so far TM namamu terpahat dihati cuma nya HyppTV tu klu streamyx 8mbps pun sangkut2 gak tapi sebab harga sama masa 4mpbs so aku pasrah je la..
Quote Clan204 22-11-2017 01:49 PM
koi rasa tenang aman damai lepas tutup account streamyx koi dan bertukar ke digi 150 unlimited... dengn digi dalam kebun koi pun dpt 40-50mbps... senang nak tengok youtube cara2 tanam pokok wakakaka
Quote leena1234 22-11-2017 02:11 PM
HahahahahaahhA..komen win
Quote kakigebang 22-11-2017 02:42 PM
Alahai..bende camni pun nak viral..mana2 servis pun camtu la.. ade p1 sampai p4..kalau vip or bisness customer mmg p1 la, dan2 tu nk hntar technician, kalau rakyat biasa mmg p4 je la, mane yg sempat je la....inilah realiti
Quote sarukhan 22-11-2017 02:53 PM
Rumah iols ni sampai dah naik fedup report weh. Dah macam astro skang.  Pantang hujan.. atau berangin.. tak tau la kalau menara dia yg dah tua reput.  Tiap 1 2 minggu mesti jadi.. dah masuk 2 tahun dah.. adalah sekali technician datang..
Quote deltoid 22-11-2017 03:04 PM
Boikot terus la
Quote tintin22 22-11-2017 03:17 PM
rasakan! Pernah terkena mase pindah rumah internet aku 4 bulan xsetel2.
Quote pichee 22-11-2017 03:20 PM
sarukhan replied at 22-11-2017 02:53 PM
Rumah iols ni sampai dah naik fedup report weh. Dah macam astro skang.  Pantang hujan.. atau berangi ...

Wei..sama la ngn umh i..sia2 je byr rm199 tiap2 bln..tp hampir tiap2 mgu xde internet..yg gmbr xde satelite tu...anak2 i mengamuk je x dpt tgk cartoon..

I pn fed up..dh la nk call ssh..pastu nk sambung ke pic pnye la ssh..tp klu lambat byr..terus je potong..hare btl.

Mmg dorg ckp plg2 pn reset modem..bosan oi..
Quote rogayahtop 22-11-2017 03:43 PM
sian staff tm tu. ingatkan respon kat yb camtu dpt bonus point la sekali kena bambu lol

Quote evey709 22-11-2017 03:55 PM
Memang selalu contact twitter TM sbb ade je problem TM nih. Selalu diorg ok, bila minta rate bagi rate bagus2. Ade sekali tu, punye lah lembab servis dia, bila dia suh rate letaklah rate rendah, siap dngan komen sebab mmg servis tak elokkan. Next time ada problem, contact twitter diorg lagi, tak jawab2. Rupenya dah kena blok ngan hawau2 ni. Macam mana tahu? Sebab bila contact diorg guna 2nd account, helok jah jawab. Ari sabtu lepas de problem lagi, bila guna acc yang kena block tu, diorg tak jawab.

Kesimpulannya, sape yang mintak support dari twitter TM kalau diorg tak layan, maksudnya korang da kena block la tu. Saya da emel TM, MCMC dgn ape ntah lagi satu persatuan tu ckp pasal ni, tapi sebab bukan YB kan, diorg tak layan.
Quote batmana 22-11-2017 05:15 PM
kamu kene ada kawan yg pakar, ada kt sblh kamu, suh dia testing modem tu,
pstu kwn tu yg tepon operator bukan kamu.

bila kwn aku, perkenalkn diri sbg technician, gune kalilinux buat diagnos, barula operator tu tergagap nk ckp sket, terus anta support dtg uma esok

klu ko terus ckp cmtu sbg rakyat marhaein , mmgla disuruh restart modem byk kali, tunggu bagai nk rak la, psl dorg ikut prosedur bertulis, kene suh customer buat itu ni baru anta support

tapi klu customer tu sndiri bagitau dia sendiri technician, dh guna linux smua buat diagnos pn sama, dia akan skip prosedur tu dan terus anta support check wayar luar rumah.

serupala mcm ko anta kete rosak

kalu ko takat bawa kete, tau isi minyak aja, dlm enjin haram nk tau, ko pi bengkel, mmg masakla ko nnti
lainla ko Ahli parlimen, artis, selebriti, org terkenal yg masuk TV, akan tergagap2 la tokey bengkel tu klu tanya dia.

tu yg rata2 pi bengkel bwa kwn yg pndai sket bab kete tu.

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:25 PM GMT+8 , Processed in 0.064778 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top