CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Nak Hidup Normal, 'Single' Macam Ni Sunyi!" Wanita Cari Jodoh Melalui Twitter

8-1-2018 02:39 PM| Diterbitkan: cari-khair| Dilihat: 13352| Komen: 73|Original author: Oleh: Khair

Description: Jodoh itu sememangnya satu rahsia yang kita sendiri tidak tahu bila akan tiba. Tetapi, sebagai manusia kita boleh berusaha untuk mencari 'Si Dia'.
Jodoh itu sememangnya satu rahsia yang kita sendiri tidak tahu bila akan tiba. Tetapi, sebagai manusia kita boleh berusaha untuk mencari 'Si Dia'. 

Jadi, tidak menjadi suatu kesalahan untuk wanita ini kongsikan di akaun Twitternya bahawa dirinya sedang mencari jodoh kerana masih bujang walaupun sudah berusia 32 tahun. 



Wanita yang tidak diketahui namanya ini berkongsi satu tweet yang menyatakan hasratnya untuk mencari teman hidup.

"Sedang mencari kekasih dari seluruh dunia. Saya berusia 32 tahun dan masih belum berpunya. Tak tahulah di mana 'jodoh' saya berada sekarang atau 'orang tu' memang tak ada.

"Saya mahu kehidupan normal seperti orang lain, sunyilah hidup solo begini!" tulisnya.


Tweet itu telah dikongsikan pada malam semalam dan sehingga kini mendapat pelbagai respon daripada netizen. Ada juga yang berbunyi seperti hendak mengusik wanita berkenaan selain mendoakan supaya wanita tersebut cepat bertemu jodohnya.




Betulkah dah berusia 32 tahun?

Ada juga netizen mempertikaikan usia wanita berkenaan kerana raut wajahnya kelihatan lebih muda dari usia. Ada yang meneka dia dalam lingkungan usia awal 20-an, namun hingga kini wanita tersebut tidak memberikan sebarang respon terhadap tweet itu.



Tweet wanita tersebut turut mendapat respon daripada netizen negara jiran kita iaitu Indonesia. Wah ini betul-betul international. 


Foto: Twitter

Eh, yang tengah baca ni berminat ke? Apapun, sabar sajalah ya kak. Mungkin belum tiba masanya bertemu jodoh. Bila dah bertemu jodoh nanti, jangan lupa jemput kenduri pula tau! - CARI
19

Bagus
5

Marah
7

Terkejut
11

Sedih
4

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (57 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote eyansss 8-1-2018 02:45 PM
salah satu cara mencari jodoh walaupun akan ada yang mengata...

cuma dek, pesan akak, jangan stress sangat hidup bujang ni...  enjoy ur life to the fullest dek...  insya Allah ada bahagia tu cuma maybe dalam bentuk yang lain...
Quote prettyuglybabe 8-1-2018 02:58 PM
esok dah jumpa laki pastu kawin rasa tak best cam mana?
Quote fushimi 8-1-2018 03:07 PM
da banyak cara nak hilangkan bosan sisturrrrr

pergi travel ke confirm ko tak sunyi sistur

jangan hadap sangat nak berlaki takut satgi hang twis hang punya twitter "hidup berlaki sangat membosankan"
Quote Minami2013 8-1-2018 03:12 PM
Antara usaha... ok lah....
Quote CiliPadiSedap 8-1-2018 03:19 PM
abg sajat yang pondan tu pun dah nak kahwin dah tapi tak kahwin lagi kan? mesti meriah macam rumah alif syukri.
Quote salmon-suki 8-1-2018 03:36 PM
Ada kenal sorg macik ni,umur 50+,keje nurse..tp belum kahwin..xde plak dia nk kesah upload meratib bagai kt socmed..dia just continue living her life,berbakti pd mak dia..is being married considered as a "normal" life?? Ke x tahan nk bersuwit sawit ngn berlainan jantina?
Quote helicornia 8-1-2018 03:38 PM
fushimi: da banyak cara nak hilangkan bosan sisturrrrrpergi travel ke confirm ko tak sunyi sisturjangan hadap sangat nak berlaki takut satgi hang twis hang pun ...

kalau tak kawin si ifan sibuk kompang andartu sis
Quote chinta89 8-1-2018 03:45 PM
jgn anggap kalau hidup takde pasnagan ni, tak normal.

ade je yg tak enjoy dlm perkahwinan... dan rse bujang lbh baik.

apepun good luck.
Quote sabar_sabariah 8-1-2018 04:05 PM
kalau solo, jangan amalkan cara hidup solo
seperti mengasingkan diri dari orang lain
takde aktiviti pape, dok rumah je

aku ada jugak kawan camni
dah dekat 40 dah umur dia
aku pulak yang fikir sangat camne dia jalani hidup dia secara solo tu
sesekali dia up kat fb, travel backpack dgn orang2 yg dia baru kenal
join group backpack travel seluruh dunia
pastu rajin amik course belajar berenang la, belajar jahit la
kelas memasak la..
tak sunyi pun hidup dia
Quote naina 8-1-2018 04:16 PM
Nampak mudala xpnh lawen dan beranak lagi. Pk diri sendiri jah..
Quote cmf_premierleag 8-1-2018 04:33 PM
prettyuglybabe replied at 8-1-2018 02:58 PM
esok dah jumpa laki pastu kawin rasa tak best cam mana?

register porem CARI, pastu bukak tred kat bod FD
Quote prettyuglybabe 8-1-2018 04:59 PM
cmf_premierleag replied at 8-1-2018 04:33 PM
register porem CARI, pastu bukak tred kat bod FD

sekarang ni ramai tukar MO..
park kat cinta emosi
Quote Lula2 8-1-2018 05:15 PM
naina replied at 8-1-2018 04:16 PM
Nampak mudala xpnh lawen dan beranak lagi. Pk diri sendiri jah..

Takde sape kata kawen tu mudah..
Tp tu fitrah semua org rasa nak kawin..
Sama mcm org kawin nak anak..igt senang nak bela anak? Tp kenapa nak anak jugak?
Selalu yg ckp gini ladies yg dah kawin awal lepas tu dok perlekeh org yg ada hasrat nak kawin..
Yg dulu kawin kenapa? Sama je kan reason..
Quote aleesyasofia 8-1-2018 05:49 PM
in shaa Allah kalau jodoh dah datang kawin la.. kalau belum kawin bkn sbb tak ada jodoh.. kdg2 sbb kita belum btul2 sdia nk brumah tgga.. enjoy your life.. kalau msh ada mak ayah brbakti dan jg mak ayah baik2..
Quote Knowlee 8-1-2018 06:47 PM
Sama-samalah berdoa setiap waktu lepas solat fardhu, lepas solat hajat. Minta pada Allah nonstop. She feels that way, then let her feel that way. Kenapa nak suruh dia enjoy life la, apa la. Sapa yg rasa happy masa single, then good for you. Sapa yg rasa lonely, then that's how you feel, then keep searching for your jodoh. Setiap org ada rasa dan cara masing2. Kenapa nak compare.
Quote mujer_in_espejo 8-1-2018 07:23 PM
Kadang2 aku rasa takde jodoh je kat dunia nih.

Ramai org kata enjoy la selagi single! .. persoalannya enjoy ke? Ingat enjoy ke travel ke sana ke mari buat muka manis happy uplod dlm socmed bagi org lain jeles?  oh tak tak.. tak selamanya camtu.. Org  nak kawen sebab mmg NALURI KITE NAK. Iye, klu kawen pun x semestinya best dan bahagia kan? Tapi kenapa nak nafikan naluri sebab dgr2 cite org kawen tu xla best sgt? Menyakitkan? sama jugak single kdg2 menyakitkan. Sama je.

Jadi klu dah ada kwn2 atau saudara mara sekeliling nk kawen, support lah. Tolong kenen-kenen kan, jgn perlekehkan. Moga ada jodoh yg baik utk akak nih.

Quote hudalarva 8-1-2018 07:36 PM
Baguslah tu usaha cari jodoh... moga dipertemukan dgn insan yang terbaik... takut sgt bila selalu dgr kisah org tua 2 3 hari meninggal baru tau... at least bila kawen tu, kurang sikit risiko tua mati sorang2
Quote ~boolean 8-1-2018 07:49 PM
Dia sunyi, dia rasa hidup tak normal tanpa pasangan. Okay.

Yang malaon lain sibuk suruh dia enjoy, menghasut kahwin tak best, rugi dapat jantan tak guna...kauorang dah kenapa? kenapa selalu negatif dengan usaha orang lain yang nak hidup berpasangan...

Jangan lah samakan hidup kau dan dia.

Seratus orang gagal dalam perkahwinan, ada seratus lagi yang bahagia dalam perkahwinan.  Aku doakan dia dapat bersama dalam golongan yang bahagia itu.
Quote ~boolean 8-1-2018 07:54 PM
mujer_in_espejo replied at 8-1-2018 07:23 PM
Kadang2 aku rasa takde jodoh je kat dunia nih.

Ramai org kata enjoy la selagi single! .. persoal ...

Kadang2 jumpa yang single tak kahwin ni bukan semuanya enjoy hidup, tapi guna alasan tu untuk menidakkan perasaan sendiri dan juga sebagai alasan bila makcik2 kepam tak guna tanya bila nak kahwin...

Aku antara mereka yang single dan gunakan alasan enjoy ini. Lama2 aku sendiri sedar dalam aku enjoy ni banyak kali juga terdetik kalau ada partner pun seronok juga

Lihat semua komen(73)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:09 PM GMT+8 , Processed in 0.114665 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top