CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Makcik Kelantan 'Kecek' Inggeris, Jadi Tular Di Facebook

12-1-2018 06:25 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7355| Komen: 22

Description: Seorang wanita warga emas menjadi tumpuan apabila gelagatnya bercakap dalam Bahasa Inggeris berjaya menarik perhatian pengunjung di Pasar Tani Kota Jembal, Kedai Lalat, Kota Bharu.
Seorang wanita warga emas menjadi tumpuan apabila gelagatnya bercakap dalam Bahasa Inggeris berjaya menarik perhatian pengunjung di Pasar Tani Kota Jembal, Kedai Lalat, Kota Bharu.


Rafeah Jaafar, 67, berkata kefasihannya bertutur dalam bahasa tersebut adalah  sejak dari sekolah menengah, hasil pergaulan dengan pelajar kaum lain dan minatnya terhadap bahasa lain.


"Saya juga berkawan dengan pelbagai kaum untuk meningkatkan tahap penguasaan dalam bahasa termasuk ketika berurusan dengan pelanggan.

"Bagi menarik pelanggan, saya akan bercakap dalam bahasa Inggeris dan mereka berminat untuk mendengar serta turut bertutur dengan saya," katanya kepada Harian Metro.


Terdahulu, video yang diambil oleh seorang pelanggan telah menjadi tular di Facebook.

Foto: Harian Metro
"Alhamdulillah sejak video yang diambil seorang pelanggan tular di Facebook, ramai yang mencari mak cik termasuk untuk membeli kain.

"Mungkin itu rezeki mak cik dan pada masa yang sama dapat meningkatkan jualan kain batik sarung yang dijual," katanya.

Selain Bahasa Inggeris, dia juga fasih bahasa Hokkien.

"Ketika di Makkah, mak cik selalu bertanya kepada orang Arab berhubung sesuatu perkataan ketika mahu membeli barang.

"Dengan cara itu, kita dapat mempelajari dan menguasai bahasa lain supaya tidak terus ketinggalan,"  tambahnya. -CARI
8

Bagus
11

Marah
5

Terkejut
9

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (35 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote HannahMontana 12-1-2018 06:27 PM
apa saja janji business jalannnnnnn
Quote RatuDunia94 12-1-2018 06:53 PM
English sheols level2 tok vida jah..
Quote mirada 12-1-2018 07:04 PM
negare tak de identiti yang beli rakyat pprt je gigih nak berbahase inggris sangat
Quote Jorja 12-1-2018 07:09 PM
English cuma L2 lah n kita bukan nya native speaker pun so good job acik
Quote onexox97 12-1-2018 07:15 PM
canggih makcik
Quote highcastle 12-1-2018 07:34 PM
Apa2 pun.. yg aku nak kata pompuan Kelantan mmg pandai berniaga............
Quote makita 12-1-2018 08:00 PM
Take take take....39........39.......
Hr tu kt fb ade yg ngaku anak murid nenek ni.
Nenek ni cikgu english katanya.
Quote yangsemb 12-1-2018 08:13 PM
Hahahaaa...ok la tu, kelainan dlm berniaga for a makcik
Quote budaktua 12-1-2018 08:36 PM
RatuDunia94 replied at 12-1-2018 06:53 PM
English sheols level2 tok vida jah..

tok vida bjln round donia.. mak cik ni just tercongok kat situ je....

lg kelas la mak cik ni dari tok vida...


cuma yg aku rasa tk best bila pelanggan tu..tk de ke rasa nak lawan kecek english dgn dia...
Quote shernazz 12-1-2018 09:52 PM
Kawan iols klantanese pon masa memula masuk.kolej..dia speaking gini la..kena gelak satu kelas..
After 2 years..dia presentation cakap english urban dh okeh...
Ok la mokcik neh boleh speaking...kelainan dia nak berniaga
Quote wikedsaikel 12-1-2018 09:56 PM
Oloh... kak lopa tu lidoh omputeh boleh jah kecek kelate. Hehehe
Quote wikedsaikel 12-1-2018 09:57 PM
Bagus mokcik ni. Hokkien pon dia reti.
Quote ohnoLia 12-1-2018 11:23 PM
highcastle replied at 12-1-2018 07:34 PM
Apa2 pun.. yg aku nak kata pompuan Kelantan mmg pandai berniaga............

Exactly.... and bukan shj pandai berniaga.. tp cantik.molek ensem2 belaka
Quote nolya 13-1-2018 09:57 AM
Bahasa,adalah media hubungan untuk menyampaikn maksud. Tak kiralah dlm bahasa ape yg diucap, betul ke tak grammernya, asal difahami memadai. Dn kita tentu kagum bila ada orang yg boleh menguasai berbagai bahasa.
Quote nolya 13-1-2018 10:02 AM
budaktua replied at 12-1-2018 08:36 PM
tok vida bjln round donia.. mak cik ni just tercongok kat situ je....

lg kelas la mak cik ni da ...

Tak bijaklah nak bandingkan mak cik dgn tok vida. Mk cik tu tak banyak peluang ke luar negara, tapi kebolehan dia fasih berBI, sesuailah dgn taraf dia sbg peniaga kecilan dn setempat.
Quote AkuMark 13-1-2018 05:41 PM
Hebak mok cik hebak..
Quote chazey 13-1-2018 05:44 PM
Sebab itulah pentingnya inglis edukesyen!
Quote besarkecik 13-1-2018 05:55 PM
lecturer English me dari Kelantan.
Boy, you keng nok be like dek. suka dia mengajar.
Quote Konahhh 14-1-2018 12:59 AM
Alahai janji makcik ni mencuba walau level apapun. Konah respect jah {:love

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:53 PM GMT+8 , Processed in 0.065480 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top