CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fitnah Tutup Pintu Rezeki, Raja Afiq Jual Roti Jala

15-1-2018 02:21 PM| Diterbitkan: Cari-suzy| Dilihat: 12716| Komen: 65|Original author: Oleh: Suzy

Description: Beberapa bulan lalu bertebaran kisah seorang wanita mendakwa bayi yang dikandungnya adalah milik seorang pelakon lelaki. Dengan bayangan atau ‘hint’ yang dinyatakan mulalah netizen membuat telahan d ...

Beberapa bulan lalu bertebaran kisah seorang wanita mendakwa bayi yang dikandungnya adalah milik seorang pelakon lelaki. Dengan bayangan atau ‘hint’ yang dinyatakan mulalah netizen membuat telahan dan seterusnya mengaitkan nama Raja Afiq di dalam dakwaan tersebut. 

Kekeliruan yang menimbulkan pelbagai spekulasi yang mengaitkan namanya telah menyebabkan dia kehilangan tawaran berlakon. Demi untuk menyara hidupnya apabila nama digugurkan saat-saat akhir, Raja Afiq mulai menjual roti jala dan brownies. 

Brownies yang dipasarkan Raja Afiq di akaun instagram miliknya
"Saya tidak malu menjual roti jala dan brownies di gerai untuk menampung hidup. Saya juga menerima tempahan di laman sosial dan sanggup menghantar sendiri kepada pelanggan.


"Alhamdulillah, biarpun tidak banyak, sekurang-kurangnya ada rezeki yang masuk. Tiada guna saya terus menyalahkan takdir yang tertulis.

"Saya harus bangkit demi keluarga. Menangis air mata darah sekalipun, saya harus meneruskan hidup. Saya bukan orang senang, selain turut menanggung keluarga.

Jualan roti jala yang 'ditebarnya' sendiri menjadi sumber rezeki Raja Afiq.
"Apa yang akan mereka makan jika saya terus meratapi nasib? Komitmen lain seperti kereta dan rumah juga harus dibayar," katanya dipetik daripada Berita Harian Online.

Kata Raja Afiq, selama ini, dia mengambil pendekatan berdiam diri kerana tidak mahu melayan isu panas yang tidak mempunyai kaitan dengannya.

"Tidak sangka tindakan itu membuatkan saya menjadi mangsa hingga kerjaya lakonan hampir terkubur. Saya tidak tahu apa salah dan silap saya.

"Gosip itu terlalu kejam hingga ada yang menganggap, saya berperangai buruk seperti itu," katanya.

Mencari rezeki di dunia hiburan demi membahagiakan ibunya.
Pelakon itu turut menyatakan dia tidak perlu berasa takut kerana dia tidak bersalah dalam hal tersebut. Baginya, cukup dia menyerahkan urusan itu kepada Allah SWT kerana percaya, doa orang teraniaya akan dimakbulkan.

"Alhamdulillah, akhirnya gadis itu membuat pengakuan bayi yang dikandungnya bukan hasil hubungan dengan artis.

"Saya bersyukur Allah tunjukkan jalan yang sebenar. Tidak adil untuk terus meletakkan hukuman kepada saya dan rakan artis lain yang namanya turut dipalit sama.

"Ia ibarat penganiayaan apabila periuk nasi saya ditabur pasir," katanya.- CARI 

5

Bagus
17

Marah
5

Terkejut
10

Sedih
6

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (50 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamapea 15-1-2018 02:23 PM
terliur lak aku tgk roti jala tu...dh la tgh puasa ni
Quote watachiwa 15-1-2018 02:24 PM
ala king afiq, eja booth pon salah.. jadi both pulok..
Quote onexox97 15-1-2018 02:27 PM
bertabahla king afiq
Quote sepitsiput 15-1-2018 02:29 PM
antara retis Tibaiunta yach

(tibaiunta =tiada bakat utk dipertaruhkan)
Quote tosei 15-1-2018 02:30 PM
terlioq aihh tgk brownies n roti jala dia...dah la tgh posa ni
Quote petit-saconnex 15-1-2018 02:30 PM
watachiwa replied at 15-1-2018 02:24 PM
ala king afiq, eja booth pon salah.. jadi both pulok..

dua kali tulis both, memang takleh nak claim typo la
Quote tomaz 15-1-2018 02:34 PM
Berlakon pon x bg kesan. Baik tebar roti jala je. Sedap pulak tgk
Quote noorhairiahma 15-1-2018 02:36 PM
sepitsiput replied at 15-1-2018 02:29 PM
antara retis Tibaiunta yach

(tibaiunta =tiada bakat utk dipertaruhkan)

omagad kaka!



if kaka tak terangkan apa maksud tibaiunta tu, mati2 i ingat tibai (belasah) unta (camel)...

Quote GigaMom 15-1-2018 02:36 PM
X pernh tgok dia blakon. Tp ada rupa ada body
Quote putehkundor 15-1-2018 02:37 PM
Bagus lah kau belajar niaga nak....
Quote cahaya_almas 15-1-2018 02:38 PM
Bkn deris ke yg dikaitkan ngan gossip tu??ala.hero ni...muka tk hsome sgt..berlakon pn tk best...n pernah jmpa kt.luar...time tu yg dfkl kot...kt area sunway putra mall..sombong beb dia ni...muka berlagak je...emma maembong pn ada...senyum je si emma ni..dh ler cantik...elok lah muka berlagak jual benda mcm ni..cari rezeki halal..baru tau ssh ke senang nk cari mkn...jgn sombong sgt ye...
Quote mieymiey 15-1-2018 03:09 PM
Mungkin rezeki seorang Raja Afiq lebih luas dalam bidang ni banding bidang lakonan? Mungkin?
Quote keypochino 15-1-2018 03:14 PM
Ada lah hikmah tu.. kalau x alami kesusahan kadang manusia ni leka..
Quote terpaku 15-1-2018 03:40 PM

Quote susukambingbest 15-1-2018 03:45 PM
cantik deko brownies dia. nmpk cam sedap
Quote mandak20 15-1-2018 03:48 PM
Bagus la jd usahawan.. jd retis belum tentu kaya, kan ker ramai retis hutang ah long.
Quote chipsmoremore 15-1-2018 03:49 PM
brownies nye nampak sedap... tp kalo beli kat org selalunya mahai sangattt

so akak bawang prefer buat sendiri
Quote bulalof 15-1-2018 04:07 PM
i am wondering, so called artist ni do they have any academic qualifications? Since our entertainment industry ni macam bermusim,... any back up plans?
Quote JeepersCreepers 15-1-2018 04:10 PM
bulalof replied at 15-1-2018 04:07 PM
i am wondering, so called artist ni do they have any academic qualifications? Since our entertainmen ...

Ramai je yg ada degree diploma bagai..mcm fattah mira filzah fahrin dll

Lihat semua komen(65)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:29 AM GMT+8 , Processed in 0.055128 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top