CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

‘Leftover’ Nasi Dan Roti Jadi Menu Unik Lagi Lazat – Sesuai Buat Sarapan Budak Sekolah

16-1-2018 01:36 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 7070| Komen: 13|Original author: Oleh: Azza Rai

Description: ‘Leftover’ nasi dan roti jadi menu unik lagi lazat – sesuai buat sarapan budak sekolahApa yang anda buat dengan lebihan (leftover) nasi malam tadi?Ramai yang buat nasi goreng kan?Kalau leftover rot ...


Apa yang anda buat dengan lebihan (leftover) nasi malam tadi?
Ramai yang buat nasi goreng kan?
Kalau leftover roti pula, kadang-kadang sampai berkulat tidak disentuh.

Apa kata kali ini, ikut resipi yang dikongsi oleh dua netizen bergelar ibu muda dalam mempelbagaikan menu untuk anak-anak.

Nana Ruzzana berkongsi resipi manisan dari leftover nasi.

Manakala Yan Diana pula memberi kelainan dengan menggoreng leftover roti dengan menggunakan bahan-bahan nasi goreng.

Jom, kita lihat kepakaran mereka berdua.

‘Leftover’ nasi


1)    Manisan shola
Bahan-bahan
-    Secawan nasi
-    Susu segar
-    Sebiji telur
-    ½ cawan gula
-    1 sudu mentega
Cara membuatnya
1)    Ratakan nasi dalam periuk, masukkan susu menutupi nasi. Masukkan gula dan kacau rata (elakkan kerak)


2)    Sementara itu, pecahkan telur dan letakkan satu sudu esen vanilla.

3)    Bila nasi dah kembang, ambil sikit nasi dan gaul dengan telur. Baru masukkan ke dalam periuk lalu kacau rata (tujuan – elakkan telur jadi scramble egg)


4)    Masukkan mentega dan kacau rata.



5)    Tabur serbuk kulit kayu manis sebagai pelengkap rasa. Boleh dimakan suam atau sejukkan dalam peti ais terlebih dahulu. 

Tip 1 
jika nak makan sejuk-sejuk, tuang pudding nasi ke dalam bekas dan tutup dengan cling film untuk elakkan permukaan keras bila sejuk nanti. Pastikan puding menyentuh cling film.


Tip 2
Puding nasi bersama nutella dan aiskrim caramel buat sendiri. Rasanya lagi menggiurkan sampai ada orang kata menyamai Caramel Macchiato aiskrim yang mahal itu.


Tip 3
Versi sihat – Tuangkan susu dan minyak zaitun ke dalamnya. Boleh juga masukkan madu dan lenyekkan pisang. 




2)    Roti goreng
Bahan-bahan
- leftover roti putih (potong dadu)
-    2 ulas bawang putih
-    2 ulas bawang merah
-    2 ulas lada merah
-    sedikit ikan bilis

‘Leftover’ nasi dan roti jadi menu unik lagi lazat – sesuai buat sarapan budak sekolah
Cara membuatnya
1)    Tumbuk atau kisar kasar bahan-bahan di atas.
2)    Tumis sampai garing.
3)    Masukkan roti yang dah dipotong dadu. Kacau rata.
4)    Masukkan telur, kacau.
5)    Setelah siap, boleh juga tabur parut keju untuk lagi sedap.

Memanglah, bila dah jadi ibu-ibu, ada sahaja idea baru tercipta atau sekadar menambah baik resipi asal. Jadi, anda juga boleh mencubanya di rumah. Tidak lah membazir leftover begitu sahaja. - CARI 

11

Bagus
4

Marah
5

Terkejut
15

Sedih
6

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (54 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matchstick 16-1-2018 02:27 PM
puding nasi sounds x menyelerakan pada aku

Quote pukulrata 16-1-2018 02:53 PM
hahaha terbalik....
goreng jela nasi tu, roti tu buat pudding
Quote sue_liah 16-1-2018 03:27 PM

iols tetap pilih nasi utk di goreng  hehehe

Quote minahsenget 16-1-2018 06:29 PM
Janji pinggan portmerion.tp x menyelerakan.silap2 buang jgak dlm tong sampah
Quote RatuDunia94 16-1-2018 11:47 PM
Hmmm.. Mau ke budak2 telan?
Quote PongKang 17-1-2018 01:08 AM
puding nasi sedap mcm masakan shanghainese sikit... makan bekpes waktu winter... letak kismis.. homai sedapnyaaaa
Quote pjade 17-1-2018 01:58 PM
Rice pudding sedap wooo.. tak cuba tak tahu...
Quote Genkidesuka 27-1-2018 11:38 PM
Assalammu'alaikum n selamat sejahtera.

For the leftover roti, I've been doing it for years.  Cuma my version, letak ayam hiris halus n rempah kari sikit.  And no need to tumbuk the bawang2, hiris je.  Letak sayur kailan or any sayur yg ada dlm fridge.  Voila!  A belen meal.  Balanced, belen?   Get it?   Get it?  No?  Haha.  Ok, not funny.  
Quote missDollie 27-1-2018 11:51 PM
Wahh..menarikkkkkk..ini baru ilmu baru..
Quote JerryJemima 1-2-2018 11:12 PM
Sy pulak selalu bakar roti sandwich tu. Letak majerin+gula lepas tu bakar dlm oven. Jadi la homemade Koki (ada sesapa masih ingat benda ni?hehe)

Kadang2 sapu garlic+majerin homemade, potong kecik2 pastu sumbat dlm oven. Sy suka tekstur yg crunchy sekaligus dpt elak dr roti tu trbuang shj
Quote chicozinn 12-4-2018 11:16 AM
rice pudding tu aku teringat bubur putih bubur merah dessert org jawa tu..dapnyehh
Quote Cari-Azza 12-4-2018 01:44 PM
chicozinn replied at 12-4-2018 11:16 AM
rice pudding tu aku teringat bubur putih bubur merah dessert org jawa tu..dapnyehh

tolong buatkan plsss

Quote chicozinn 12-4-2018 01:58 PM

azza, bese orang buat bbur tu kalu ade birthday..meollss kne tggu bulan dpan birthday adik meollss baru leh buat..dia simbolik untuk orang smbut hari lahir gitu

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:46 AM GMT+8 , Processed in 0.117934 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top