CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Penyanyi ‘Perfect’, Ed Sheeran Temui Kesempurnaan Pada Tunang

23-1-2018 11:15 AM| Diterbitkan: Cari-suzy| Dilihat: 6834| Komen: 23|Original author: Oleh: Suzy

Description: Siapa bilang 'cinta monyet' tidak akan kekal dan menjadi serius? Penyanyi dan komposer British, Ed Sheeran baru-baru ini mengumumkan dia telah bertunang dengan teman lamanya Cherry Seaborn. Mengenali ...

Siapa bilang 'cinta monyet' tidak akan kekal dan menjadi serius? Penyanyi dan komposer British, Ed Sheeran baru-baru ini mengumumkan dia telah bertunang dengan teman lamanya Cherry Seaborn. 

Mengenali Seaborn sejak berumur 11 tahun, Sheeran mengakui wanita itu adalah sempurna di matanya. 

Memuat naik foto dengan kapsyen berikut, Sheeran dilihat sedang bahagia apabila dirinya kini telah bertunang dengan wanita yang disayanginya.  

Sheeran 26 tahun, dan tunangnya seorang akauntan 25, adalah bekas pelajar di sebuah sekolah di Suffolk, Timur England. Mereka mulai serius bercinta pada tahun 2015. 


Ed Sheeran berkongsi minat yang sama dengan tunangnya. 
Pasangan itu memasang impian untuk menetap di sebuah perkampungan di Suffolk. Sheeran juga bercadang membina sebuah bilik muzik di taman di mahligai tersebut berserta beberapa bilik hiburan. 

Aset yang akan didiami mereka itu dikatakan mempunyai rumah di atas pokok berukuran 26 kaki x 26 kaki, garaj dan ‘outdoor jacuzzi’. Manakala, pub peribadi sediada di mansion tersebut akan dikekalkan. 

Sheeran pernah merangkul anugerah di majlis anugerah muzik berprestij, Grammy dan kejayaannya itu berterusan sejak album pertama dilahirkan pada tahun 2011. 

Single “Shape Of You” telah menjadi jualan single terbaik di UK dan Perfect menjadi hit pada Krismas lalu. Manakala tunangya, Seaborn adalah pemain hoki berbakat, graduan daripada Unversiti Duke di Utara Carolina. Dia kemudiannya bekerja di Wall Street di bahagian kewangan sebelum berpindah ke England. 

Ed Sheeran bagaimanapun belum menumumkan tarikh perkahwinan mereka. - CARI 

2

Bagus
6

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
5

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (20 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote samasam90 23-1-2018 11:39 AM
iolls tak faham apa konsep marriage bagi depa.. nak settle down ke? padahal waktu lovey dovey bf gf pun, bila couple ada skandal, siap bergaduh tarik rambut..  
Quote noraidil_06 23-1-2018 11:45 AM
samasam90: iolls tak faham apa konsep marriage bagi depa.. nak settle down ke? padahal waktu lovey dovey bf gf pun, bila couple ada skandal, siap bergaduh tarik  ...

To legalized everything i guess.

I think this 'perfect ' stories.
Quote helicornia 23-1-2018 12:55 PM
serabainya ed sheran
Quote greantea 23-1-2018 01:45 PM
padan la diorg dua ni
Quote MyNameIsIris 23-1-2018 02:46 PM
my daughter's fave artist
ur 'perfect' guy is someone's  fiance now, girl...
Quote beeeee 23-1-2018 02:50 PM
wey potong rambut la wey!
Quote pinkpunk 23-1-2018 03:03 PM
untunglah pempuan tu.. wlupun muka nan hado ed sheeran ni, lagu sedap2.. kaya royalti mamat ni..
Quote Blackbra 23-1-2018 05:47 PM
Wahhhhhhhhhh
Quote estrelle 23-1-2018 10:34 PM
Kepam2 pon maasyuk.
Quote Queenmastani 24-1-2018 12:04 AM
Best dgr perfect  feat with andrea bocelli my fav singer.. terbuai2 iolss
Quote whadda 24-1-2018 11:08 AM
selekeh btol la ed sheeran ni.. nasib baik suara sedap
Quote chauky314 24-1-2018 11:25 AM
serabai betul, tapi poket tebal...
Quote onexox97 24-1-2018 11:39 PM
ada ke manusia perfek
Quote Artemesiaa 25-1-2018 12:48 PM
Elok ler declare cepat2 maklum ler sejak makin famous dan kaya ni makin ramai nak ngimpit
Quote aammyy 28-1-2018 03:14 AM
samasam90 replied at 23-1-2018 11:39 AM
iolls tak faham apa konsep marriage bagi depa.. nak settle down ke? padahal waktu lovey dovey bf gf  ...

To settle down of course. Tapi tak pernah pulak dgr gosip cinta ed sheeran before this.
Quote samasam90 28-1-2018 12:55 PM
aammyy replied at 27-1-2018 07:14 PM
To settle down of course. Tapi tak pernah pulak dgr gosip cinta ed sheeran before this.

maksud aku, aku tak faham konsep settle down depa tu apa.

sebelum kahwin pun, depa memang kena setia, masih ada hubungan seks, sampai la ada anak. pastu memang kekasih tanggung hidup depa sama mcm konsep kahwin juga..
Quote aammyy 29-1-2018 10:43 AM
samasam90 replied at 28-1-2018 12:55 PM
maksud aku, aku tak faham konsep settle down depa tu apa.

sebelum kahwin pun, depa memang kena  ...

oh. faham. trust issues kot. tapi lepas kahwin pun still ada yg taknak tukar surname. kapoor-khan, kardashian-west, jolie-pitt.
Quote jeligoreng 21-3-2018 12:16 PM
aammyy replied at 28-1-2018 03:14 AM
To settle down of course. Tapi tak pernah pulak dgr gosip cinta ed sheeran before this.

Dia ada dulu tak silap I lah, dia bercinta dengan Ellie goulding dan seorang lagi penyanyi tapi tak berapa famous kat sini... Tapi putus lah semuanya ditengah jalan..
Quote miss_baby 21-3-2018 12:39 PM
samasam90 replied at 28-1-2018 12:55 PM
maksud aku, aku tak faham konsep settle down depa tu apa.

sebelum kahwin pun, depa memang kena  ...

kawin to legalize the relationship
kalau jadi apa2 nanti, bole la tuntut harta2..
kalau tak kawin, blah gitu jer lah..

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:16 AM GMT+8 , Processed in 0.065755 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top