CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Instagram Boleh Buat Anda Kurus, Macam Mana Tu?

25-1-2018 10:38 AM| Diterbitkan: Cari-Norlili| Dilihat: 2560| Komen: 7|Original author: Oleh: Norlili

Description: Rata-rata masyarakat hari ini gemar bergambar. Malah, kebanyakan laman sosial mereka lebih banyak dipenuhi dengan gambar swafoto.
Rata-rata masyarakat hari ini gemar bergambar. Malah, kebanyakan laman sosial mereka lebih banyak dipenuhi dengan gambar swafoto.

Pun begitu, rata-rata mereka yang gemar berswafoto ini memiliki satu tabiat serupa. Mereka gemar membandingkan diri mereka dan orang lain dalam gambar diambil. Mereka rasa, merekalah paling berisi di antara yang lain. 


Foto: A Place for the God-Hungry

Siapa begini? Rasa seperti nak menyorok di belakang orang lain untuk 'menutup' lemak. Tak kurang juga ada yang mengambil gambar dari posisi tertentu untuk menampakkan tubuh lebih kurus? 

Percaya atau tidak, hanya dengan mempunyai akaun Instagram, anda boleh menurunkan berat badan. Aik, macam mana tu? 




Macam mana Instagram menurunkan berat badan?

Menurut Slimming World, ramai yang berjaya menurunkan berat badan hanya dengan mengakses Instagram. Caranya? 

"Hanya dengan mendekatkan diri dengan orang yang kamu kagumi," kata pakar psikologi Dr Linda Papadopoulos. 



Charles Pask yang kehilangan 95kg berpendapat, bukan sekadar berkongsi gambar kurus di media sosial, namun berapa cabaran yang ditempuh itu harus dikongsi supaya menjadi inspirasi kepada orang lain.



India Faulkner-Wiley yang hilang 20kg berkata, dia hanya melihat rakan-rakannya berjaya kurus walaupun sering makan makanan sedap. 

"Macam tak percaya tubuh mereka kekal langsing walaupun tak berhenti makan. Saya kena cari tahu macam mana caranya nak jadi seperti mereka!

"Laman sosial adalah 'guru' terbaik!" katanya.


Foto: Mirror.co.uk

Selepas ibunya memuat naik gambarnya bersama ayahnya di laman Instagram, Matt Briggs berasa dia perlu bertindak selepas melihat tubuhnya dua kali ganda lebih besar daripada ayahnya. 

Dia mengambil keputusan untuk bergerak aktif. Briggs akan memuat naik segala aktiviti dan larian marathon dilakukannya di Instagram sebagai inspirasi. Matt Briggs hilang 100kg melalui aktiviti yang dilakukannya. 


Ayuh, jadikan idola kita di media sosial sebagai inspirasi untuk kurus dan menjalani hidup sihat. - CARI 
18

Bagus
24

Marah
17

Terkejut
15

Sedih
29

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (108 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sufi^_^ 25-1-2018 11:53 AM
Takut rakyat malaysia yang kuat makan dan pemalas lagi enggan membaca tengok tajuk artikel ingat boleh kurus dengan ngadap insta saban hari.
Maknanya, bukan setakat ngadap insta je tup-tup boleh kurus.
Tu sebagai inspirasi je.
Jaga pemakanan dan rajin workout tetap jadi formula nomor satu kalau nak berat badan ideal.
Quote Artemesiaa 25-1-2018 12:40 PM
Jadi pencetus motivasi mungkin tapi kalau jenis malas dan tak suka bersenam sekadar suka bagi komen tak kemana juga
Quote BookerT 25-1-2018 02:04 PM
ada seorang mak hayam forumer tu sampai bukak fake account ig..gigih nyah
Quote jolijo 25-1-2018 03:03 PM
Fuhh sampai gitu penangan instagram {:laugh
Quote beeeee 25-1-2018 03:11 PM
ahahhaha klako
Quote de_ikea 25-1-2018 11:57 PM
Tp mmg banyak juga kempen dan coaching utk lost weight n healthy eating dkat ig. Inspiring jugalah.  Tiru yg baik2 apa salahnya kan.
Quote lampardterry14 3-11-2018 07:56 AM
Ada jumpa tips menarik kat dalam blog ni...cara2 yang dilistkan agak mudah je nak ikut..jadikan rule...harap bermanfaat >> https://doktorkurus.blogspot.com ... hingga-10-hari.html

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:23 PM GMT+8 , Processed in 0.050996 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top