CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Impikan 'Magic Carpet' Macam Aladdin? Tak Mustahil Dengan Cruise Ini!

26-1-2018 10:16 AM| Diterbitkan: Cari-Zai| Dilihat: 2902| Komen: 0|Original author: Oleh: Zailina

Description: Kalau setakat nak belayar di atas kapal persiaran saja, macam tak puas, kan? Nah, kapal persiaran mewah The Celebrity Edge yang bakal belayar di lautan Barat Caribbean mulai Disember 2018 akan memenuh ...
Kalau setakat nak belayar di atas kapal persiaran saja, macam tak puas, kan? Nah, kapal persiaran mewah The Celebrity Edge yang bakal belayar di lautan Barat Caribbean mulai Disember 2018 akan memenuhi impian berada di atas 'Magic Carpet' (Permaidani Ajaib) Aladdin.



Dekorasi indah yang menjanjikan keseronokan

Memetik Travel And Leisure, Cruise ini dilengkapi kemudahan membolehkan tetamunya 'terbang' bersama kapal. Magic Carpet adalah tarikan utamanya. Ia merupakan sebuah platform 'terapung' pertama di dunia yang boleh bergerak di sekeliling kapal. Magic Carpet sebesar gelanggang tenis ini boleh berubah fungsinya ketika ia bergerak dari dek dua sehingga 16.


Apabila ia berada di dek bawah kapal, tetamu boleh menggunakan Magic Carpet untuk menaiki bot-bot yang disediakan. Di tingkat-tingkat atas pula, platform ini akan menganjurkan parti, majlis makan malam dan barbeku. Namun, tetamu tak dibenarkan menaiki platform ini bagi tujuan mengelilingi kapal serta tidak diizinkan berada di atasnya apabila ia berubah dek ke atas dan ke bawah. 


Bilik tidur mewah yang menjanjikan pengalaman menarik


Makan, minum, berbual sambil menikmati kebiruan laut

Kapal ini boleh menampung 2,900 tetamu pada satu masa. Di dalam bilik tidur istimewa pula, tetamu boleh duduk di Infinite Veranda (beranda tidak berpenghujung). Bila butang ditekan, seluruh tingkap bergerak ke bawah untuk mewujudkan beranda di dalam bilik. Hm, memang eksklusif dan mengagumkan!

Kapal ini juga menyediakan trek joging dua tingkat, taman di atas bumbung, serta pelbagai hidangan, spa dan kolam renang. Bolehlah kumpul duit mulai sekarang sebab kapal ini masih dalam proses pembinaan di Perancis.


Gah! Salah satu kapal cruise milik syarikat sama, dilengkapi peralatan canggih
Foto: cruisefever

Macam-macam cara digunakan bagi menarik perhatian pelancong. Pasti mereka yang tergila-gilakan dunia fantasi teruja jika dapat menaiki permaidani 'terbang' ini, kan? - CARI
16

Bagus
6

Marah
4

Terkejut
4

Sedih
4

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (43 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:19 AM GMT+8 , Processed in 0.041024 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top