CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Baik Kau Minta Maaf,"- Lelaki Ini Dakwa Akhbar Tempatan Fitnah, Sebar Cerita Palsu

30-1-2018 04:59 PM| Diterbitkan: Cari-Aimi| Dilihat: 4878| Komen: 9|Original author: Oleh: Aimi

Description: Dah biasa kita tengok banyak video di laman sosial, menyaksikan haiwan-haiwan yang didera mendera haiwan secara terang-terangan.
Dah biasa kita tengok banyak video di laman sosial, menyaksikan haiwan-haiwan yang didera secara terang-terangan.

Ada yang kena bakar, ada yang di pijak hidup-hidup tanpa belas kasihan dan baru-baru ini ada kes di mana kedai haiwan sendiri mengabaikan kucing yang dibela, dan dibiarkan kelaparan.

Perasan atau tidak, seolah-olah  muncul satu trend di mana sesetengah pihak meminta orang ramai untuk menyalurkan sumbangan bagi menolong haiwan terutamanya kucing-kucing jalanan yang ditimpa kemalangan atau kurang keupayaan.

Feline Rescuer, adalah antara badan amal yang melakukan kerja menyelamatkan kucing liar yang sakit dan kerap mendapat sumbangan dari orang awam untuk menyelamatkan kucing-kucing ini.


Namun apa yang tidak enak bila salah seorang dari penaung Feline Rescuer difitnah oleh satu akhbar tempatan, katanya beliau menipu orang dengan menjaja kisah sedih kucing namun hakikatnya duit sumbangan yang diterima lesap digunakan untuk kepentingan diri sendiri.

Disebabkan berang dengan kenyataan terbabit, Syamsul Rizal yang merupakan rakan baik kepada penaung kelab tersebut telah memuat naik satu status di Facebook.


Rata-rata yang mengetahui tentang kebaikan badan amal berkenaan juga berang namun ada juga pihak yang mengiyakan tentang perbuatan badan-badan amal yang kadang-kala memang tidak amanah dengan duit yang disumbangkan.

Isu ini sebenarnya boleh dielakkan sekiranya pihak akhbar meneliti dan membuat pengesahan dengan mengemukakan bukti sebelum menulis artikel sebarangan.

Bila sudah jadi begini, macam mana? -CARI
9

Bagus
13

Marah
5

Terkejut
13

Sedih
6

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (56 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote harkktuih 30-1-2018 05:14 PM
saman je la kalo benda x betul..motip nk viral segala..
Quote prettyuglybabe 30-1-2018 05:32 PM
kalau betul tak makan duit, saman je la..
bagi bukti audit segala..
Quote Artemesiaa 30-1-2018 06:20 PM
Sebab tu kadang2 ada eloknya siasat dulu cerita2 yang diviralkan ni sebelum nak membantu. Kalau benar tak mengapa tapi kalau ada yang menipu pasti ada yang akan marah.  Zaman sekarang ni macam2 cara orang ambil kesempatan atas kemurahan hati rakyat.
Quote anony-mous 30-1-2018 06:55 PM
I perati kdg2 kesian tau dgn rescuer ni. Hidup mcm dlm masalah. Ada je status xpuas hati, org cari psal, org fitnah. Tp klau bkn diaorg nk bantu sape lg?

Cuma ada sorang rescuer ni dia OKU, gelar diri as walid. Tp mcm xrmai nk tlg dia. Krik krik je. Status plak klua masuk spital mmnjang. Wonder jgk knape & knape rescuer sama rescuer pon boleh gaduh kdg2,
Quote Jorja 30-1-2018 11:18 PM
Ada orang yg langsung tak pernah sumbang duit kt animal shelter, I salah seorang nya tapi I selalu lah bawa kibble letak dlm my car..bila parking ke driving long distance ke selalu jumpa kucing anjing bagi makan puas ati oh
Quote CiliPadiSedap 31-1-2018 04:00 AM
Kucing akak, akak hantar shelter pasar tani.
Quote mieymiey 31-1-2018 09:29 AM
Saman jangan tak saman.
Quote batmana 31-1-2018 12:58 PM
Edited by batmana at 31-1-2018 01:00 PM

pada akula
klu x mampu, jgn buat pusat2 cmni

tumpu je pada keluarga, belanja mak ayah, anak bini

tu lagi mulia

klu jupe kucing seekor , dua nk bantu bela kt umah tu takpela juga

ni buka pusat , bela 10 ekor, 20, smpai 50 ekor. tapi diri sendiri terbengkalai hidup, mkn xcukup
priority tu letak kt mana?

Quote Rainsack 31-1-2018 11:40 PM
Macam2x adoii

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:57 AM GMT+8 , Processed in 0.193224 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top