CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Di Sinilah Terletaknya Tasik Berbentuk Hati. Macam Sukar Percaya Kan?

2-2-2018 03:32 PM| Diterbitkan: Cari-Faizal| Dilihat: 6677| Komen: 15|Original author: Oleh: Faizal

Description: Oleh Kerana Papua Dipenuhi Dengan Hutan Belantara, Banyak Juga Tempat-Tempat Menarik Yang Masih Lagi Tersembunyi
Papua adalah sebuah pulau yang terletak di sebelah utara Australia dan merupakan bahagian dari wilayah timur Indonesia. 

Sebahagian besar daratan Papua masih berupa hutan belantara. Papua merupakan pulau terbesar kedua di dunia setelah Greenland.


Sememangnya kurang didengari cerita tentang lokasi ini berbanding tempat peranginan lain di Indonesia. 

Tasik yang berbentuk hati (Sumber : sportourism.id)

Oleh kerana Papua dipenuhi dengan hutan belantara, banyak juga tempat-tempat menarik yang masih lagi tersembunyi. Contohnya Pulau Misool yang memiliki sebuah tasik unik dipanggil Tasik Cinta. 


Lokasi ini mempunyai pemandangan alam semulajadi yang sangat mempesona, perairannya yang jernih, terumbu karang yang cantik dan juga terdapatnya sebuah tasik yang berbentuk hati.

Air Tasik Yang Kelihatan Biru (Sumber : sportourism.id)

Tasik Cinta terletak di antara karangan dan tebing-tebing Pulau Misool ini. Airnya sangat bersih dan jernih. Jika dilihat dari atas, warna biru dari pantulan langit membuatkan pemandangan tasik ini sangat cantik. 

Pepohon yang menghijau di sekitarnya juga menambahkan lagi suasana indah di sini.

Cubalah untuk mandi di sini (Sumber : sportourism.id)

Sememangnya tasik ini begitu sesuai untuk anda yang meminati fotografi alam semulajadi. Tentu sekali gambar-gambar yang anda ambil di sini bakal membuat ramai yang teruja bila melihatnya nanti.


Selain menangkap gambar, anda juga boleh bermain air dan mandi di tasik ini. Anda boleh pergi ke serata tasik dengan menaiki perahu kayu yang tersedia di sini.

Bukan itu sahaja mendapatkan pengalaman lebih menyeronokkan, anda boleh menyewa boat untuk mengelilingi pulau. 


Di samping itu bagi anda yang lebih gemarkan aktiviti lasak, menaiki kayak juga dibenarkan di pulau ini. 

Yang pastinya percutian ke Tasik Cinta memang berbaloi dan tidak sesekali berasa rugi! - CARI 
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miszclassique 2-2-2018 04:14 PM
Ada kawan duduk kat Papua ni, awal2 ingatkan dia negro sbb kulit belah2 sana rambut pun jenis braided sekali dia cakap melayu(read:indo) pulak. Terkejut i
Quote shernazz 2-2-2018 04:48 PM
Flores la kan..
Quote noraidil_06 2-2-2018 05:09 PM
I love indonesia{:childlike{:childlike{:childlike{:childlike
Quote abangadek 2-2-2018 05:11 PM
tu je ke? baik i pergi langkawi
Quote msdummy.2018 2-2-2018 05:22 PM
cantiknyaaaa
Quote Artemesiaa 2-2-2018 05:23 PM
Pemandangan memang cantik perjalanan nak sampai je seksa
Quote whitePoison 2-2-2018 05:51 PM
pulau yang belum dicemari manusia memang cantik.. tapi perjalanan yang agak leceh untuk kesana..
Quote lililen 3-2-2018 09:37 AM
Tu la. Cantik tp mencabar nak pegi
Quote BedahBedul 3-2-2018 09:47 AM
Pulau bentuk love tu ada kan dalam citer Boys Over Flower Lee Min Ho tu
Quote reddots 3-2-2018 10:29 AM
2 minggu lepas ada tgk My Trip My Adventure.. x ingat derang gi mana.. tp shape love tu perfect sgt.
rasanya bukan kat Papua. tp kat indon gak. seingat aku derang ckp Kepulauan Raja Ampat ke2 di Indonesia.

yang kat Papua tu Kepulauan Raja Ampat.

tiap kali tengok My Trip My Adventure  ku akui , mmg Indonesia memiliki kekayaan  nature yang luas. dengki jer ngan host tu.. best dpt pergi tempat yang payah nak sampai...

[youtube]KIXASHyaWus[/youtube]

[youtube]n95Aq4HY50Y[/youtube]
Quote onexox97 3-2-2018 02:56 PM
bila nk masuk dlm filem osman ali{:laugh
Quote meisapoya 3-2-2018 03:41 PM
Cantik            
Quote Iema5008 3-2-2018 05:42 PM
Aku tgh kumpul duit nak p flores ujung taun ni... aku tgok kat fb mmg flores satu tempat yg indah nak explore.. budaya dan alam flores bbaloi utk dhayati... kalau xda kwan tpksa lah p solo...
Quote biozipstar 5-2-2018 08:42 PM
cantiknyaaaaa tempat...
Quote reddots 12-2-2018 02:55 PM
Kepulauan Labengki, Sulawesi  juga dikatakn Kepulauan Raja Ampat kecil...

best nyaaaaa

[youtube]bPdfVFd9wnE[/youtube]

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:37 PM GMT+8 , Processed in 0.056690 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top