CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Betul Ke Singapura Membosankan? Siap Tak Puas Hati Dengan Majalah London!

5-2-2018 12:37 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 8138| Komen: 28|Original author: Oleh: Azza Rai

Description: Bermula dengan kaji selidik majalah gaya hidup, Time Out London yang meletakkan Singapura sebagai kota kedua paling bosan di dunia kerana cuma bagus dalam perkhidmatan pengangkutan awam dan keselamata ...

Bermula dengan kaji selidik majalah gaya hidup, Time Out London yang meletakkan Singapura sebagai kota kedua paling bosan di dunia kerana cuma bagus dalam perkhidmatan pengangkutan awam dan keselamatan sahaja, namun gagal menarik perhatian pelancong dari faktor seni dan budaya.

Betul ke Singapura membosankan? Siap tak puas hati dengan majalah London!

Terasa dengan kenyataan itu, Lembaga Pelancongan Singapura (STB) memberi maklum balas secara sarkastik dengan menghasilkan video mengiyakan bahawa “There is nothing exciting to do." (Tiada yang mengujakan untuk dilakukan).

Video berdurasi 56 saat dimulakan dengan pengakuan sinikal “Singapore is boring ... there is nothing exciting to do."


Dalam video itu, latar tarikan seperti pertunjukan bunga api di tengah kota, Universal Studios Singapore, perlumbaan Formula One, Musium Artscience, serta aktiviti terjunan bungee kendalian AJ Hackett di Pulau Sentosa dipaparkan.

"Ya, Time Out London, kami agak ‘tidak mengujakan’,” kata paparan video itu sambil diteruskan dengan visual pelbagai makanan tempatan, termasuk hidangan ayam bertaraf Michelin yang hanya berharga 2 dolar di Chinatown, bersama kapsyen: “Semuanya mahal.”


Bila dibaca keseluruhan Indeks Kehidupan Kota 2018 itu, memang ia boleh dipertikaikan pun kerana mengambil 32 kota sahaja di seluruh dunia untuk didebatkan.

Padanlah Singapura marah kerana cuma satu tangga sahaja di atas Istanbul.

Chicago mendahului senarai tersebut, diikuti Porto di Portugal dan bandar raya New York, yang mendapat markah tinggi dari aspek makanan, minuman, budaya, kemesraan, kemampuan, kebahagiaan dan kehidupan.




Nampaknya ia bukan pertama kali Singapura ‘terasa’ lalu memberi respon sarkastik.

Pada April lalu, ia memuat naik gambar-gambar ke media sosial untuk menafikan ketidaktepatan geografi dan fakta seperti yang dipaparkan dalam episod program televisyen terbitan CBS, Criminal Minds, yang mengetengahkan zon ‘lampu merah’ Geylang sebagai ‘sisi gelap di destinasi syurga’.

Ada beberapa iktibar iaitu tidak semua yang dipaparkan di media barat tepat. Tapi, mujurlah juga Malaysia tidak tersenarai. Kalau tidak, bagaimana respon Menteri Pelancongan agaknya. - CARI 

9

Bagus
7

Marah
9

Terkejut
5

Sedih
11

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (48 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote umbut 5-2-2018 01:06 PM
X kisahlah boring pun.. currency tinggi, tiap minggu boleh turun johor atau negeri lain holiday.. yg penting transportation bagus..
Quote sally03tomato 5-2-2018 01:21 PM
umbut: X kisahlah boring pun.. currency tinggi, tiap minggu boleh turun johor atau negeri lain holiday.. yg penting transportation bagus..

Mesti ko rs malaysian x mampu bercuti selalu kann
Quote merrissa 5-2-2018 01:47 PM
sally03tomato replied at 5-2-2018 01:21 PM
Mesti ko rs malaysian x mampu bercuti selalu kann

kawan aku duk london..balik malysia...macam balik kl johor je...byk duit...blik free jah
Quote prettyuglybabe 5-2-2018 02:38 PM
tempat tarikan yang dia ada, most ada kat negara lain..
universal, museum, F1, bungee..
food pun similar dengan negara sekeliling..
apa tempat/makanan yang asli dia ada sebagai tarikan pelancongan?
natural beach, forest, food, culture?
Quote Themilo 5-2-2018 03:46 PM
prettyuglybabe replied at 5-2-2018 06:38 AM
tempat tarikan yang dia ada, most ada kat negara lain..
universal, museum, F1, bungee..
food pun s ...

takde sisthur.. semua yang ada kat singapore tu ada kat Mesia & lagi murah

Cuma 'ikan dalam akuarium' kat Geylang tu jaa yang takde kat Mesia..
Quote prettyuglybabe 5-2-2018 04:11 PM
Themilo replied at 5-2-2018 03:46 PM
takde sisthur.. semua yang ada kat singapore tu ada kat Mesia & lagi murah

Cuma 'ika ...

sentap orang singapore
Quote Vegaraj 5-2-2018 05:17 PM
Penang IGCSE Tuition

http://www.tcheredu.com/2018/02/penang-igcse-tuition.html
Quote Artemesiaa 5-2-2018 05:31 PM
Bab transportation dan kebersihan memang tak dinafikan bagus.  Tapi walau banyak mana pun tarikan yang ada kalau sebut bab keaslian memang agak tak ada.  Omputih selalunya lebih berminat dengan keaslian dan kesemula jadian sesuatu tempat tu bukan benda2 yang dibuat semula.  Jadi kalau dinilai mengikut bab itu memang ada kekurangan disitu.
Quote abangadek 5-2-2018 06:29 PM
mmg bosan pun lainlah mesia.. berbilang PATI ade
Quote Nana_Man 5-2-2018 07:43 PM
memang bosan pun kat sini. Aku lg suka gi msia untuk bercuti. More things to see and explore.
Quote biozipstar 5-2-2018 08:41 PM
yeke.. dah la dah beli tiket ke spore ni...
Quote uda 5-2-2018 09:37 PM
Chicago tu pun bukannya best sangat. Ramai pak hitam. I rasa lebih tenaang lagi tokyo
Quote PersonaGerek 5-2-2018 10:17 PM
yup..mmg boring....every week shopping kt sana...agak murah tp suasana membosankan....nak makan pon xde port yg Rare....Parking pon cam harem...x byk tempat nak teroka...
Quote Ferr_Remy 6-2-2018 01:43 AM
Boring utk org yg mmg asal dari bandar2 besar. Yg rasa syok pergi Singapore smuanya ummah2 jakun PPRT dari kampung yg tak penah tgk bandar besar.
Quote ninja boy 6-2-2018 02:32 AM
hanya public toilet free jah,
pantai/pulau buatan kunun yg kelihatan tiruan yg pokok kelapanya ditanam di tengah2 pasir
pprt yg bersih, deko2, architecture building, sailing boat,  water surfing etc
Quote danieladam 6-2-2018 03:55 AM
SO, apa keaslian dan kebudayaan serta culture yg asli kat New York dgn London berbanding Bangkok?

Quote amyza 6-2-2018 08:17 AM
Pelancong kan suka kebudayaan&kesenian. Singapore memang takde. Daripada pegi sana baik pegi langkawi.
Quote beeeee 6-2-2018 05:25 PM
Spore hidup sbb uss je ummah msia senang nak g situ dekat
Quote an2toncit 7-2-2018 10:45 PM
Themilo replied at 5-2-2018 03:46 PM
takde sisthur.. semua yang ada kat singapore tu ada kat Mesia & lagi murah

Cuma 'ika ...

Ikan akuarium malaysia lagi banyak la ...sporean sendiri turun sini cari sebab lagi murah

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:44 PM GMT+8 , Processed in 2.141937 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top