CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Daging Goreng Ala Thai - Lebih Berempah Dan Perisa! Lain Dari Daging Kunyit Biasa..

19-2-2018 11:49 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 19266| Komen: 18|Original author: Oleh: Azza Rai

Description: Daging goreng Ala Thai - lebih berempah perisa!Daging goreng kunyit untuk makan tengah hari? Bunyinya sangat lazat, ringkas cuma gaulkan kunyit dan garam kemudian goreng hingga garing. Ada yang tamba ...


Daging goreng kunyit
untuk makan tengah hari? Bunyinya sangat lazat, ringkas cuma gaulkan kunyit dan garam kemudian goreng hingga garing. Ada yang tambah lada merah, bawang dan kicap sebagai penyedap tapi masak begitu pun dah sedap.

Namun, jika anda mahukan stail yang lebih berempah, apa kata cuba resepi daging goreng ala Thai, yang lebih banyak rencah - pastinya lebih ‘rasa’ pada setiap gigitan.



Sedia untuk menyinsing lengan di dapur? Maklumlah resepi ini memerlukan lebih usaha dengan menumbuk, menyangai dan ada bahan-bahan khas dari negara jiran. Jom semak.

RESEPI DAGING GORENG THAI STYLE


Bahan-bahan:

-800gm daging
-5 sb biji ketumbar (kisar / ditumbuk)
-4 ulas bawang putih (tumbuk / hiris halus)
-1 sb lada hitam (dikisar/ditumbuk)
-2 sb sos tiram 2 sudu besar
- Garam secukup rasa
- Mentega


Bahan-bahan untuk sos:

-Serbuk cili Thai
- Gula kabung atau somtam (jika tiada pakai 2sb gula putih)
- 2 sudu beras (goreng / disangai / di kisar halus)
- 2 sb air limau nipis
- 3 sb air asam jawa
- Kicap sotong / sos ikan
- 3 ulas bawang merah (hiris nipis)
- Daun ketumbar dan daun bawang

Cara membuatnya


1)    Gaul daging dengan semua bahan kecuali mentega dan bawang putih. Perap selama 30 minit atau 2 jam. (Ada juga yang perap sekejap)



2)   Panaskan mentega hingga cair, tumis bawang putih, kemudian masukkan daging perapan. Kacau hingga sebati.

3)    Bila air dah kering, ia akan bersatu dengan rempah, kacau sebati. Agak-agak bila dah masak, perlahankan api seketika.


4)    Campurkan bahan-bahan sos tadi ke dalam daging dan kacau rata. Bila dah sebati, bolehlah angkat.  

Jadi, bagaimana? Rasa yang berbeza daripada daging goreng kunyit biasa. Bolehlah cuba di hujung minggu. - CARI 

Kredit : Yuyu Mt Isa & Pen hitam
13

Bagus
9

Marah
5

Terkejut
10

Sedih
23

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (71 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote purpledesire 19-2-2018 11:59 AM
Tp tt bawang putih pula mcmana.? Bila boleh masukkan.?
Quote moonbug 19-2-2018 12:40 PM
Serious nampak sedapnya
Quote myakayina 19-2-2018 01:19 PM
sos ikan or kicap sotong tu brand apa yg halal ek?
Quote CARI-MAMS 19-2-2018 02:10 PM
purpledesire replied at 19-2-2018 11:59 AM
Tp tt bawang putih pula mcmana.? Bila boleh masukkan.?

ok dah update kt no 2 ya
Quote anastasia7 19-2-2018 11:09 PM
Lapanya. Boleh cuba ni. Tp tang sos sotong ikan tu yg fail. Tkde ke jual botol kecik. Sbb x selalu guna
Quote sapeka 20-2-2018 08:28 AM
Good idea
boleh cuba nanti
Quote syue86 20-2-2018 08:58 AM
anastasia7 replied at 19-2-2018 11:09 PM
Lapanya. Boleh cuba ni. Tp tang sos sotong ikan tu yg fail. Tkde ke jual botol kecik. Sbb x selalu g ...

ade je botol kecik..bley tgk kt tesco
Quote yayangmama 20-2-2018 10:30 AM
besnya...da lama tak msak daging
Quote anastasia7 20-2-2018 11:09 AM
syue86 replied at 20-2-2018 08:58 AM
ade je botol kecik..bley tgk kt tesco

Ok. Nt bleh carik. Tq
Quote purpledesire 20-2-2018 11:52 AM
CARI-MAMS replied at 19-2-2018 02:10 PM
ok dah update kt no 2 ya

Hehee..ok..
Quote anastasia7 27-2-2018 12:42 PM
Tq tt share resepi. Semalam berjaya buat walaupun salah / tak cukup bahan. Patutnya peram dgn sos tiram. Ku peram dengan sos ikan. Tengah masak baru perasan. Masuk sos tiram atas drt la jawabnya. Sedap juga hehe
20180226_202525.jpg
Quote anastasia7 27-2-2018 12:43 PM
Maaf la kalaubyg tengok tu mcm tk selera. Hehe
Quote pearl.silver 3-3-2018 01:45 AM
anastasia7 replied at 27-2-2018 12:42 PM
Tq tt share resepi. Semalam berjaya buat walaupun salah / tak cukup bahan. Patutnya peram dgn sos ti ...

I macam kurang konpiden sikit nk masak daging tanpa masuk pressure cooker dulu..
Tak liat ke goreng je terus mcm tu.
Quote anastasia7 3-3-2018 10:14 AM
pearl.silver replied at 3-3-2018 01:45 AM
I macam kurang konpiden sikit nk masak daging tanpa masuk pressure cooker dulu..
Tak liat ke gore ...

Tak liat. Utk masakan lain bukan yg ni, i selalu peram dengan hirisan bwg putih dgn halia. Mmg lembut jadinya
Quote pearl.silver 3-3-2018 11:58 AM
anastasia7 replied at 3-3-2018 10:14 AM
Tak liat. Utk masakan lain bukan yg ni, i selalu peram dengan hirisan bwg putih dgn halia. Mmg lem ...

Ooo..klu perap dulu tak liat ya..
Dulu pernah gak dgr halia boleh lembutkan daging..tp i xpernah amik risiko try..hahaa

Pernah gak tengok org prepare daging untuk bbq, perap sekali dgn air f&n ginger tu
Quote chazey 3-3-2018 03:34 PM
pearl.silver replied at 3-3-2018 01:45 AM
I macam kurang konpiden sikit nk masak daging tanpa masuk pressure cooker dulu..
Tak liat ke gore ...

Tak liat pun. Guna daging batang pinang (tempat ai panggil daging manis). Dan potong against urat daging. Dan ya bila daging diperap dengan bawang, halia segala, otomatik ia akan mudah lenbut bila dimasak.
Quote ayjay 6-3-2018 01:30 PM
myakayina: sos ikan or kicap sotong tu brand apa yg halal ek?


Kena cari yg sotong atau ikan disembelih secara Islamlah.
Quote sue_0684 28-5-2018 08:36 PM
CARI-MAMS replied at 19-2-2018 02:10 PM
ok dah update kt no 2 ya

tt, kalu ganti limau nipis dgn  lemon ok ke?

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:39 PM GMT+8 , Processed in 0.401462 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top