CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Lindsay Lohan Sudah Berhijrah?

22-2-2018 12:51 PM| Diterbitkan: Cari-suzy| Dilihat: 4600| Komen: 9|Original author: Oleh: Suzy

Description: Lindsay Lohan atau lebih dikenali sebagai Lilo dilihat telah beberapa kali memakai hijab apabila muncul di khalayak ramai. Sebelum ini dia dilihat mengusung naskah Al-quran dan tindakannya itu mendapa ...
Lindsay Lohan atau lebih dikenali sebagai Lilo dilihat telah beberapa kali memakai hijab apabila muncul di khalayak ramai.

Sebelum ini dia dilihat mengusung naskah Al-Quran dan tindakannya itu mendapat perhatian ramai. Akan tetapi biasalah media Barat akan memperlekehkannya dan menganggap dia hanya hangat-hangat tahi ayam dan hanya mahukan perhatian.

Dengan imej terbaru Lilo di pertunjukan fesyen London baru-baru ini, semakin kuat dakwaan bahawa Lilo mempertimbangkan untuk memeluk agama Islam.


Foto Lilo manis memakai hijab itu dimuat naik di akaun instagram hujung minggu lalu oleh pembekal kosmetik halal, Hawa Cosmestics.

Bintang filem dan juga penyanyi pop itu yang kini menetap di Dubai hadir ke minggu pertunjukan fesyen yang dikhaskan untuk fesyen Islamik itu dengan berpakaian serba hitam.

"Fesyen tidak semestinya tampil seperti tidak berpakaian, ia juga boleh jadi satu gaya yang berani dan anggun hasil tangan wanita-wanita kuat dibelakangnya," ujar Lilo kepada BBC Minute apabila memperkatakan tentang fesyennya malam itu.

Pemilik Hawa Cosmetics, pembekal kosmetik halal memuatnaik foto bersama Lilo dengan gaya hijab ringkas menutupi leher dan menampakkan sedikit rambutnya. Foto itu dilampirkan bersama kapsyen ceria;

"Hari yang bertuah! Lilo hadir menyapa pasukan Hawa! Dia sgt baik hati dan memberitahu meminati produk kosmestik halal!"

Foto Carian internet


Pada April 2016 yang lalu, apabila foto Lilo mengusung kitab suci al-Quran bertebaran, jurucakap dia menjelaskan Lilo berminat mempelajari budaya Arab.

Kemudian Oktober tahun sama di dalam sebuah rancangan televisyen di Turki, Lilo meluahkan perasaannya yang diburuk-burukkan media Amerika Syarikat apabila dilihat membawa kitab itu.

"Jika Islam adalah apa yang saya ingin belajar...ia adalah datang daripada keinginan sy sendiri".
- CARI

36

Bagus
17

Marah
36

Terkejut
27

Sedih
17

Lawak
22

Bosan

Friends Rank (155 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mokcikKSKB 22-2-2018 02:38 PM
PErcubaan desperate nk up nama balik
Quote mokcikKSKB 22-2-2018 02:38 PM
PErcubaan desperate nk up nama balik
Quote greantea 22-2-2018 02:39 PM
kalo betul dah islam alhamdulillah. semoga istiqomah.
kalo belom semoga mendapat hidayah
Quote yangsemb 22-2-2018 03:06 PM
Syukur alhamdulillah if its true {:question
Quote biozipstar 22-2-2018 04:31 PM
kalau betul baguslah.. bawa benda baik apasalahnya
Quote mizruncing 22-2-2018 05:15 PM
hurmmm. klu btol alhamdulilah laa
Quote idakamaruddin 23-2-2018 09:16 AM
Alhamdulillah kalau btl nak kembali kepada fitrah

Quote mieymiey 23-2-2018 10:54 AM
Rindu pula nak tengok The Parent Trap
Quote lumie 9-3-2018 08:33 AM
Semoga istiqamah tujela

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:36 PM GMT+8 , Processed in 0.453000 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top