CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isteri Dilarikan Pekerja, Lelaki Diugut Bayar RM100,000

23-2-2018 10:14 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4655| Komen: 31

Description: Seorang lelaki diugut untuk membayar RM100,000 jika mahu isteri yang dilarikan pekerjanya dikembalikan kepadanya.
Seorang lelaki diugut untuk membayar RM100,000 jika mahu isteri yang dipercayai dilarikan pekerjanya dikembalikan kepadanya.

Memetik Harian Metro, Lim Seng Lee, 38, juga pemilik pusat aksesori kereta di Bukit Mertajam tinggal di Taman Tenang bersama isteri, Tran Thi Dieu Huong, 29, yang juga warga Vietnam.



Foto: Harian Metro

Menurut laporan, sebelum kejadian mangsa meninggalkan isterinya di rumah untuk keluar minum bersama rakan kira-kira jam 10 malam pada 4 Februari lalu.

Malangnya, sebaik pulang ke rumah pada jam 2 pagi, dia dapati isterinya hilang bersama barang kemas serta beberapa barang berharga lain, kata Ketua Biro Pengaduan Awam MCA Pulau Pinang, Gui Guat Lye.


“Selain barang berharga, pasport, beg pakaian serta wang tunai RM30,000 juga hilang.

“Dia yang risau dengan keselamatan isterinya membuat laporan polis pada keesokan hari,” katanya kepada Harian Metro.

Bagaimanapun, pada 6 Februari lalu Lim menerima panggilan telefon daripada orang tidak dikenali meminta RM100,000 sebagai wang tebusan untuk membebaskan isterinya.

“Keesokan hari dia menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada orang dikenali memberitahu dia akan mendapatkan kembali isterinya dan meminta upah RM400.

“Selain itu, dia berkata, lelaki yang dipercayai pekerjanya itu tahu di mana lokasi isterinya berada dan meminta Lim tidak membesarkan perkara ini,” katanya.

Sementara itu, menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid kes disiasat mengikut Seksyen 383 Kanun Keseksaan kerana melakukan pemerasan. - CARI
2

Bagus
4

Marah
23

Terkejut
12

Sedih
8

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (62 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mieymiey 23-2-2018 10:26 AM
Selain barang berharga, pasport, beg pakaian serta wang tunai RM30,000 juga hilang


Bini laki dengan lelaki lain ker ni? Sambil nak peras duit laki?
Quote gaara_X 23-2-2018 10:35 AM
pok ya chong codei kata dah...jangan dok cari bini lari....
Quote prettyuglybabe 23-2-2018 11:57 AM
bini dia pun sama la tu..
entah ada bf sama bangsa agaknya..
kawin takat nak pr..
Quote noor2 23-2-2018 11:59 AM
Percayalah sangat dengan bini Vietnam. ..hehe
Quote sufi^_^ 23-2-2018 12:23 PM
Kalau  dilarikan kenapa siap bawak beg baju?
Quote saviour_09 23-2-2018 12:34 PM
vietnam
ntah2 sama naik lari dengan staff tu jugak
dah selamat sampai hanoi dah kot
Quote jazaa100 23-2-2018 12:37 PM
Passport pun hilang.....

Apa lah kau nk kecoh apek....kawin lg satu dgn org vietnam jugak....kelam kabut bini kau balik cari kau....
Quote spiderman80 23-2-2018 12:58 PM
Tapi kes-kes isteri warga Vietnam melarikan diri memang sering berlaku. Ada yang bawakan bayi sekali.
Jejaka-jejaka Cina tempatan harus berhati-hati sekiranya berfikir mahu berkahwin dengan gadis Vietnam.
Ada di antara mereka sebenarnya dah ada suami dan anak-anak di kampung halaman dorang. Mereka ke sini cuma cari mangsa saja.
Quote JunkMail 23-2-2018 01:12 PM
Macam sajat pulak aku tgk muka bini dia
Quote sabar_sabariah 23-2-2018 01:51 PM
bini pun comel nye..
Quote sarahmirza 23-2-2018 02:03 PM
Dah tak laku sangat ke sampai terpaksa cari isteri warga lain?
Hari tu kat hospital pun i nampak satu couple ni..
Suami apek tua dekat 60 tahun dengan isteri mungkin Indon kot dan anak kecik umur kurang setahun.
Quote dubuk 23-2-2018 02:32 PM
muka sajat memang digemari ramai
Quote cmf_premierleag 23-2-2018 02:39 PM
spiderman80 replied at 23-2-2018 12:58 PM
Tapi kes-kes isteri warga Vietnam melarikan diri memang sering berlaku. Ada yang bawakan bayi sekali ...
Jejaka-jejaka Cina tempatan harus berhati-hati


ya ampun aku TERbaca, "jejaka-jejaka cina Tampan"
Quote reenz013 23-2-2018 02:41 PM
cm muka sajat
Quote narifalim 23-2-2018 02:44 PM
kahwin pakai khidmat agenci mencari jodoh ke ni?
Quote ell768 23-2-2018 03:42 PM
nampak sgt menipunya..kene wat lari dgn pekerja konon..selamat kene tipu jer laaaa
Quote exclusive_vvip 23-2-2018 04:50 PM
sarahmirza replied at 23-2-2018 02:03 PM
Dah tak laku sangat ke sampai terpaksa cari isteri warga lain?
Hari tu kat hospital pun i nampak sa ...

sbb belanja kawen murah sis...menurut kawan cina i, berabis takat 5-6 ribu je kalu kawen dgn pompuan vietnam berbanding kawen pompuan cina tempatan...ni rate 10tahun lpas..skrg xtau la plak..
Quote Star_el 23-2-2018 04:58 PM
dah bawak brg kemas, pasport dan beg tu, mcm lari je.
gambar tak filter takde ke?lol
kekdg jenuh sgt dok post gmbr yg dah edited, kalau org guna gmbr tu nak cari, lain betul drpd muka sebenar camne nak jumpa
Quote sarahmirza 23-2-2018 05:06 PM
exclusive_vvip replied at 23-2-2018 04:50 PM
sbb belanja kawen murah sis...menurut kawan cina i, berabis takat 5-6 ribu je kalu kawen dgn pompu ...

Ingatkan Melayu je hantaran belas puluh riban...
Nasib la kan...

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:01 AM GMT+8 , Processed in 0.057927 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top