CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Sedap Ke Air Milo Keju Durian?

26-2-2018 10:19 AM| Diterbitkan: Cari-Faizal| Dilihat: 8550| Komen: 28|Original author: Oleh: Faizal

Description: Apalah rasanya air yang mempunyai rasa milo, keju dan durian? Boleh diterima dek tekak kita ke? Ha! Jangan pelik jika anda boleh dapatkan air minuman milo berperisa durian, dan keju. Memetik dari Mala ...
Apalah rasanya air yang mempunyai rasa milo, keju dan durian? Boleh diterima dek tekak kita ke?

Ha! Jangan pelik jika anda boleh dapatkan air minuman milo berperisa durian, dan keju. 

Memetik dari Malaymail Online, restoran Cheese Banjir yang terletak di Desa Pandan, Kuala Lumpur menjadi tumpuan ramai kerana makanan dan minuman yang di sajikan semuanya berasaskan keju.

Kopi Keju Durian (Sumber: Malaymail Online)

Minuman seperti Milo, kopi, teh dan lain-lain dicampur dengan keju menjadi keunikan dan daya tarikan di restoran ini. Pemilik restorant, Saudara shafizzam Moideen, 32 berkata, setiap minuman yang berasaskan keju dan durian ini telah beliau lakukan eksperimen bagi mendapatkan rasa yang sesuai dan memenuhi citarasa pelanggan.

Milo Keju Durian (Sumber: Malaymail Online)


Ternyata keju jenis parmesan dan cheddar serta durian kampung menjadi pilihan bagi memastikan minuman yang bercampur dengan durian dan keju ini akan mempunyai rasa yang enak dan lazat. Dipercayai, tambahan durian dan juga keju didalam air milo terutamanya menjadikan air milo itu bertambah lemak dan sedap.

Harga-harga air minuman berkeju dan durian antaranya ialah Milo keju durian berharga RM25, teh keju durian RM25, kopi keju durian RM25 dan mangga keju durian RM29.

Selain minuman yang unik, terdapat juga menu-menu lain termasuklah Cop ayam Captain America, Stik Tulang Rusuk Uncle Tiger dan terbaru "meatza', piza pertama tanpa doh.

Menu lain (Sumber: Malaymail Online)

Waktu beroperasi restoran ini ialah 12 tengah hari hingga 10.30 malam pada Isnin hingga Jumaat. Pada Sabtu dan Ahad, ia bermula awal sedikit, 11 pagi hingga 10.30 malam.

Alamatnya: Lot G10, G-Village, Jalan 1/76D, Desa Pandan. Anda boleh meletak kenderaan di ruang parkir di G-Village.

Lokasi restoran hanya 600 meter dari Kedutaan Bangladesh dan bersebelahan kedai pakaian Pret A Porter.

Lebih mudah, cari Cheese Banjir di peta Google dan Waze di telefon anda.- CARI 
10

Bagus
8

Marah
6

Terkejut
8

Sedih
9

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (55 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote vanillaninja 26-2-2018 10:41 AM
Macam muak je. Ada siapa2 yang dah try ke?
Quote CiliPadiSedap 26-2-2018 10:54 AM
mahal sungguh RM 25. not worth.
Quote myakayina 26-2-2018 11:21 AM
baca dan tengok pic pun dah terasa muak..
Quote sabar_sabariah 26-2-2018 11:40 AM
Thanks, but no thanks. Tak selera pulak
Quote dubuk 26-2-2018 11:41 AM
hmmm tak selera
Quote anaktoyol 26-2-2018 11:46 AM
milo + durian + keju......bila bdn cam badak salahkan milo...puihhhh!!
Quote hzln 26-2-2018 12:07 PM
milo durian keju tak cukup klasik lah
masih tak dapat tandingi maggi kari milo...hat tu mmg out of this world

Quote CardiGans85 26-2-2018 12:25 PM
Kopi O+ durian ok. Cheese? Muaknya. Either coffee + cheese, ok.

Milo (typical Malaysia letak susu pekat manis) + durian+ cheese? After marathon 10km bole la minum.

Ricotta cheese ringan sikit rsnya n healthier dr parm and cheddar utk d letak dlm beverage.
Quote devilito2 26-2-2018 12:27 PM
mahal.... tu jer nak cakap
Quote AbukRokok 26-2-2018 02:19 PM
malam pekena teh tarik mamak
padanlah kadar kemalasan dan obesiti tertinggi
Quote giyomi 26-2-2018 07:26 PM
pas minum duk makan pil kurangkan kolestrol lar jawabnya...durian tu nampak menyelerakan, tp klu macam kat atas, NO...NO...NO.
Quote syue86 27-2-2018 08:45 AM
pitam
Quote crozencoklat 27-2-2018 01:54 PM
aku minum milo buh aiskrim pun da penin2 kepala,lagi mau letak doyan hahaha alamatnya muntah la jwbnya
Quote crozencoklat 27-2-2018 01:55 PM
hzln replied at 26-2-2018 12:07 PM
milo durian keju tak cukup klasik lah
masih tak dapat tandingi maggi kari milo...hat tu mmg out of ...

erkkk kembang tekak sbb milo da mengenyangkan plus megi (kembang) mcm mana la rasa
Quote greantea 27-2-2018 05:02 PM
semua benda nak dikejukan. huhuhu...
mahal gilo kot.... bg free pon x mo la. mcm x lepas kat tekak jek
Quote missDollie 27-2-2018 05:33 PM
Bukan tak boleh campur ke kopi dengan durian ni?? Teringat thread yang guard minum kopi durian itu hari..ape2 pun yucks..
Quote beautifulliar 28-2-2018 09:00 AM
Muaknya tgok gmbr pon dh boleh tau betapa manisss thp dewa
Quote Ambola 6-3-2018 09:16 AM
Ewww tgk pun nak termuntah dah
Quote kucing02 28-11-2018 01:01 PM
pelik2 minuman skrg

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:20 AM GMT+8 , Processed in 0.049778 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top