CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mahasiswa Disarankan Jadi Tukang Cuci Di Universiti

6-3-2018 12:03 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2361| Komen: 5

Description: Dalam keadaan ekonomi tidak menentu dan kos sara hidup semakin meningkat, mahasiswa dicadangkan menjadi “floor engineer” atau tukang cuci di universiti untuk menjana pendapatan sampingan.
Dalam keadaan ekonomi tidak menentu dan kos sara hidup semakin meningkat, mahasiswa dicadangkan menjadi “floor engineer” atau tukang cuci di universiti untuk menjana pendapatan sampingan.


Memetik FMT, cadangan itu disuarakan pakar ekonomi, pensyarah kanan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Mohd Yusof Saari dalam Forum “Dilema Poket Mahasiswa” di Hub Teach For The Needs (TFTN) di Bangsar, malam tadi.

Mohd Yusof menjelaskan, cadangan itu menguntungkan kedua-dua pihak memandangkan universiti yang menghadapi pemotongan peruntukan kerajaan boleh mengoptimumkan kapasiti mahasiswa yang ingin mencari kerja sampingan.


Foto: FMT

“Apa yang saya nampak sekarang, kalau dekat Universiti Putra Malaysia pagi-pagi, ibu-ibu dan bapak-bapak dari Indonesia selesai sahaja azan subuh di masjid, dia dekat luar cuci.

“Jadi, saya punya salah satu pendekatan gantikan mereka ini dengan mahasiswa. Mesti ada mahasiswa yang nak bekerja, ke anda tak nak bekerja?

“Kalau saya diberi peluang, saya pun nak kerja jadi ‘floor engineer’. Sihat pun sihat, naik 3 tingkat, turun ke bawah seronok juga,” katanya.

Selain mengurangkan pergantungan kepada pekerja asing, cadangan itu juga boleh mengurangkan pengaliran keluar wang ke negara lain.

“Daripada kita bagi kepada mereka, kita juga boleh jimat, kita upah mahasiswa buat. Kenapa tidak memikirkan perkara-perkara tersebut kepada pihak universiti.

“Sebenarnya, kalau tanya pensyarah-pensyarah (atau) sesiapa yang belajar di luar negara, universiti luar negara benarkan mereka bekerja kerja sambilan.

“Banyak daripada mereka menjadi ‘floor engineer’ atau tukang cuci,” jelasnya. - CARI
36

Bagus
19

Marah
13

Terkejut
14

Sedih
27

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (126 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote merrissa 6-3-2018 11:21 AM
mauuu keeee.....

memang byk pelajar malaysia yg jadi 'floor engineer' ketika belajar di luar negara

tapi tapi tapi....tengok la tandas kat sini....aku rasa sebab tuh deme x sanggup...

gaji tukang cuci di sana pon bukan banyak mana....dapat la dalam 200-300 lepas tolak cukai

kebanyakannya buat dua tiga kerja...baru cukup  katanya (untuk yang berkeluarga)...single cukop la kot

itu yang aku dengar la....tapi aku dengar ada yg dapat banyak..ntah la xtau...sb x pernh experience....just dgr je....

sapa yang pernah bekerja sebagai 'floor engineer' di luar negara cer kongsi sikit pengalaman.....
Quote mjla 6-3-2018 11:27 AM
Ramai lg warga asing yg patut dihalau kluar
Bikan takat pencuci je
Quote BebeQ 6-3-2018 12:38 PM
merrissa replied at 6-3-2018 11:21 AM
mauuu keeee.....

memang byk pelajar malaysia yg jadi 'floor engineer' ketika belajar di luar nega ...

tandas di europe tak macam sini. sini manjang basah becak je. sana tandas kering.
Quote prizadane 6-3-2018 12:41 PM
kakak n abang iparku antara yang menjadi floor engineer ni. okay la, diorang kata gaji tu lepas la nak beli toys n bayar school fee anak-anak
Quote aHoi83 6-3-2018 01:08 PM
Setuju tapi salary paid mestila sama atau lebih dari tukang cuci indon skrg. Jgn kau igt depa student ko, ko bayar wang ehsan plak .

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:52 AM GMT+8 , Processed in 0.047827 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top