CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Encik Ada Buat Hubungan Kelamin Dengan Isteri Ke Tadi? - Doktor

12-3-2018 10:41 AM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 10746| Komen: 33|Original author: Oleh: Whitney

Description: Menerima kehadiran cahaya mata adalah satu saat yang sangat menggembirakan buat pasangan suami isteri. Selepas bersalin, wanita perlu melalui tempoh berpantang bagi memulihkan luka jahitan dan badan k ...


Menerima kehadiran cahaya mata adalah satu saat yang sangat menggembirakan buat pasangan suami isteri. Selepas bersalin, wanita perlu melalui tempoh berpantang bagi memulihkan luka jahitan dan badan kembali sihat seperti sedia kala. Pada waktu berpantang juga, wanita memerlukan rehat yang cukup bagi menstabilkan emosi dan keadaan fizikal. 

Proses untuk sembuh daripada jahitan selepas bersalin sama ada pada bahagian perut atau di bahagian ‘bawah’ akan mengambil masa yang lama iaitu sebulan atau lebih. Oleh itu, wanita tidak dibenarkan untuk melakukan hubungan intim bersama suami kerana risau jahitan tersebut terbuka atau berlaku tumpah darah. Ianya sangat berisiko dan sebab itulah wanita selepas bersalin perlu menjaga kesihatan sebaiknya malah mendapat sokongan daripada suami.  

Kisah yang dikongsi oleh seorang pengguna Facebook bernama Indah Hazrila wajar dijadikan pengajaran buat kaum lelaki bergelar suami dan bapa. Walaupun sakit bersalin belum lagi hilang dan luka masih belum pulih lagi kerana baru empat hari berpantang, seorang wanita dipaksa untuk memenuhi keinginan seks si suami. Dia kemudiannya meninggal dunia kerana mengalami pendarahan yang teruk akibat melakukan hubungan seks terlalu awal. 

Geram! Si suami pada awalnya tidak mahu mengaku melakukan hubungan seks dengan isteri ketika ditanya oleh doktor.

Kesian pada si anak kerana tidak sempat merasa kasih sayang ibunya.

Ramai netizen yang terkejut, marah dan mengecam tindakan si suami yang tidak boleh mengawal nafsu seks ketika isteri sedang dalam pantang. Si suami dianggap terlalu kejam dan tidak berhati perut kerana sanggup ‘membunuh’ isterinya sendiri. 


Netizen berasa sangat kasihan dengan nasib bayi tersebut yang kehilangan ibu semasa berumur empat hari. Netizen turut berharap agar bayi itu tidak dijaga oleh bapanya kerana risau perkara buruk akan berlaku kerana bapanya mempunyai nafsu binatang. 


Jelas sekali tindakan si suami adalah salah dari segi hukum agama dan moral. Si suami perlu menunggu sehingga darah nifas isterinya berhenti dan badan isteri kembali pulih. Netizen juga berpendapat, si suami perlu lebih memahami keadaan isteri selepas melahirkan anak. Sihat luaran tidak bermakna dalaman sudah sihat dan pulih sepenuhnya. 


Kepada kaum suami, sayangilah isteri kalian dan bertimbang rasalah selalu. Bersalin adalah proses yang amat menyakitkan, jangan ditambah lagi dengan kesakitan untuk melayan nafsu seks sebelum isteri belum lagi bersedia. Apa pendapat kalian? - CARI 

9

Bagus
27

Marah
24

Terkejut
8

Sedih
13

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (96 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote idakamaruddin 12-3-2018 10:52 AM
nyiluuu nye aku bc
Quote Burong_Hantuk 12-3-2018 11:01 AM
tak sanggup baca sampai habis
Quote aku_statik 12-3-2018 11:03 AM
OMG.. X kan x tahan... Nipis nau ketahanan diri
Quote moonbug 12-3-2018 11:17 AM
Dasar BEBAL
Quote Victorioussss 12-3-2018 11:25 AM
I laki pun rs ngilu walau tak makan aiskrim

Kejadian 10 tahun lepas? Mesti jantan tu dh kawen lain skg
Bodoh punya laki..
Quote jerukkedondong 12-3-2018 11:39 AM
Ngilu lak celah kangkang ni..
Haduii...sangap sangat sohai ni...
Pls jaga anak yatim tu elok2 sohai..
Sohai..sohaii..sohai
Quote pearl.silver 12-3-2018 11:47 AM
Baru lepas habis kelas urutan lepas bersalin
Wahai wanita, tolonglah jaga badan anda elok2
Quote sharlenetexas 12-3-2018 11:48 AM
Suami jadi pembunuh. Kesian anak jadi yatim. Agaknya sekarang ni menyesal tak dengan apa dia dah buat kat isteri? Sangap sangat sampai isteri jadi mangsa.

Quote Bangku 12-3-2018 11:51 AM
Bila nak kawin senang memukeyy...gini lahh jadinya...ehhhh...jantan pergi carik sabun sanaaa...pergi melancapp sampai lebam......hanattt punya jantan...
Quote salmon-suki 12-3-2018 12:20 PM
Asal laa laki bodoh cmni hidup merata ye? Soalan serius ni..
Quote prettyuglybabe 12-3-2018 12:51 PM
ni cerita betul ke hasanah versi baranak?
kalau kes betul, bukan doktor boleh report laki tu atas kesalahan merogol ke?
Quote AmandaRollins 12-3-2018 12:57 PM
Ngilu baca cite ni..at the same time sedih n pilu atas kejadian menimpa arwah..jantan x guna,xde iman mcm ni mmg patut mati!!!!!
Quote stillen 12-3-2018 01:04 PM
Kesian baby, kesian betui..
Quote vanillaninja 12-3-2018 01:20 PM
Tak sanggup nak baca habis. Betul ke ni kisah benar?
Quote makita 12-3-2018 02:30 PM
Kesian pada baby...tp yeay pd suami leh cari bini baru. Ni la hasil berfikir guna testikel
Quote UMMI_MAI 12-3-2018 05:27 PM
prettyuglybabe replied at 12-3-2018 12:51 PM
ni cerita betul ke hasanah versi baranak?
kalau kes betul, bukan doktor boleh report laki tu atas k ...

ntahnyeee... cam tipuuuu je ....

Quote sonatalady 12-3-2018 05:49 PM
X samggup baca sampai habis..
Ikutkan nafsu tu...anak isteri jadi mangsa.
Tu ajelah yg ada dlm kepala
Quote orgsepang 12-3-2018 07:18 PM
Semoga ini hanya cerita rekaan sahaja
Quote gummiebear 12-3-2018 07:53 PM
Iols pulak yang rasa ngilu kejam betul laki dia. Patutnya dia yang mati

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:35 PM GMT+8 , Processed in 0.063173 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top