CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Euww, Gelinya Lipas! Jom Lihat 6 Tips Halau Makhluk Menggelikan Ni...

12-3-2018 03:21 PM| Diterbitkan: Cari-Amiey| Dilihat: 6464| Komen: 13|Original author: Oleh: Amiey

Description: Lipas adalah antara serangga yang paling menggelikan bagi kebanyakan kita. Bagi penulis sendiri, apabila nampak je lipas memang tak cukup tanah nak lari. Paling tidak, habis 'Ridsect' sebotol semata-m ...
Lipas adalah antara serangga yang paling menggelikan bagi kebanyakan kita. Bagi penulis sendiri, apabila nampak je lipas memang tak cukup tanah nak lari. 

Paling tidak, habis 'Ridsect' sebotol semata-mata nak bunuh seekor lipas. Geli sangat!


Penulis memang tidak akan sesekali memukul lipas kerana tidak gemar mendengar bunyi halus lipas yang penyek kerana ianya boleh menyebabkan bulu roma naik. Hish!

Lagipun, terdapat kajian yang menyatakan bahawa di dalam perut lipas terdapat cacing halus dan lembut. Dan sekiranya kita memukul lipas tersebut, berkemungkinan besar cacing dalam perut lipas itu akan terkeluar dan merayap mencari tempat baru untuk membiak.


Bukan itu sahaja, cacing halus yang sangat sukar dilihat dengan mata kasar ini boleh memasuki tubuh kita melalui pori-pori kaki terutama sekali jika terdapat luka. 

Jadi, apakah cara yang sesuai untuk menghalau lipas selain menggunakan penyembur serangga? Melalui laman Karangkraf, penulis kongsikan enam tips yang mudah bagi menghalau lipas:

1.Sabun mandi (buku)
Ambil sebuku sabun mandi. Potong kiub kecil dan letakkan di sudut-sudut serta kawasan yang selalu lipas kunjungi. Biarkan dan ganti ketulan sabun baru bila sabun lama kurang berbau.
Foto: Celoteh MJ

2.Lemon
Potong lemon menjadi kepingan dan letakkan di tempat gelap seperti dalam kabinet atau laci. Ganti kepingan lemon yang baru setelah kepingan lemon lama kering.
 
Foto: Carian Google

3.Buah Pelaga
Lipas biasanya membiak di kawasan yang tersorok dan gelap. Ambil beberapa biji buah pelaga, tumbuk sedikit dan letakkan di kawasan tersebut.
Foto: Carian Google

4.Daun Pandan
Ambil daun pandan, koyak sedikit daunnnya dan letakkan di kawasan yang banyak lipas berkeliaran. Bau dari daun ini mampu menghalau lipas dari rumah anda.

 
Foto: Carian Google

5.Daun Bay
Selain daun pandan, anda juga boleh menggunakan daun bay untuk menghalau lipas. Caranya mudah sahaja. Tumbuk daun bay hingga halus dan tabur di sudut-sudut atau kawasan yang lipas selalu kunjungi.

 
Foto: Carian Google

6.Baking Soda & Gula
Campuran bahan ini boleh membunuh lipas. Campur kedua-dua bahan ini pada nisbah 1:1 dan letakkan di kawasan gelap yang banyak lipas. Lipas akan memakan campuran ini kerana ia manis dan seterusnya akan mati.

Foto: Carian Google

Penulis selalu cuba tips keempat dan setakat ini memang berkesan.Tetapi harus rajin untuk menukar daun pandan ini apabila ianya sudah kering. Anda pula macam mana? -CARI 
22

Bagus
19

Marah
9

Terkejut
7

Sedih
13

Lawak
26

Bosan

Friends Rank (96 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manjalara_01 12-3-2018 04:46 PM
TQ for t tips TT...

skrg ni manja guna ni...dlm kotak ade 2...RM10...mahal jgk la..tp bgs sbb tahan lame & xde bahan beracun..semua natural oils...bau pun ok la...xde la nak pengsan mcm bau shelltox

environment friendly...xyah guna letrik...or bakar...bukak je...bile nak pakai..tutup bile x nak..

i letak kat bilik air.....masa mlm baru bukak...bile siang tutup....
Quote Andyscenes 12-3-2018 08:53 PM
Rumah kotor je ada lipas ni..
Quote noraidil_06 12-3-2018 09:09 PM
Andyscenes replied at 12-3-2018 08:53 PM
Rumah kotor je ada lipas ni..

Baru nak cakap.my kids sgt takut lipas.so far x de lipas kt umah ni.Alhamdullilah
Quote Andyscenes 12-3-2018 09:53 PM
noraidil_06 replied at 12-3-2018 09:09 PM
Baru nak cakap.my kids sgt takut lipas.so far x de lipas kt umah ni.Alhamdullilah

Knnn.. rumah kena lah bersih, bilik air sental seminggu sekali.
Quote buragazz 13-3-2018 11:08 AM
Aku lipas besau tu takde tapi lipas kecik2 tu dalam kereta pun ada dia berjangkit lak tu aku baru tukau kete selang sebulan ada sekor masuk menyirap...
Quote prizadane 13-3-2018 05:04 PM
buragazz replied at 13-3-2018 11:08 AM
Aku lipas besau tu takde tapi lipas kecik2 tu dalam kereta pun ada dia berjangkit lak tu aku baru tu ...

sama la dengan kereta aku. baru pakai 2 minggu, dah ada lipas. yelah, maybe parking kat open space. kadang-kadang sebelah tong sampah pulak tu. sekarang ni memang every 3 days aku sembur ridsect. memang mati..tapi asyik ada je balik lipasnya tu
Quote SecretLuv 30-3-2018 10:07 AM
manjalara_01 replied at 12-3-2018 04:46 PM
TQ for t tips TT...

skrg ni manja guna ni...dlm kotak ade 2...RM10...mahal jgk la..tp bgs sbb tah ...

Kalau ada kucing merbahaya tak? Takut kucing pergi jilat pulak benda tu.
Quote manjalara_01 30-3-2018 04:56 PM
SecretLuv replied at 30-3-2018 10:07 AM
Kalau ada kucing merbahaya tak? Takut kucing pergi jilat pulak benda tu.

x tau la..tp bleh je letak kat atas shelf ke..i letak atas tempat flush tu..nak bukak tutup senang..
Quote SecretLuv 31-3-2018 04:57 PM
manjalara_01 replied at 30-3-2018 04:56 PM
x tau la..tp bleh je letak kat atas shelf ke..i letak atas tempat flush tu..nak bukak tutup senang ...

Oh. Lipas memang tak ada langsung ke kalau pakai benda tu?
Quote aunisofia 10-4-2018 02:31 PM
Edited by aunisofia at 10-4-2018 02:33 PM
manjalara_01 replied at 12-3-2018 04:46 PM
TQ for t tips TT...

skrg ni manja guna ni...dlm kotak ade 2...RM10...mahal jgk la..tp bgs sbb tah ...

manja gune ni tahan berapa lama?

adakah lipas tu mati atau sekadar lari je...heehehe





Quote manjalara_01 10-4-2018 07:21 PM
aunisofia replied at 10-4-2018 02:31 PM
manja gune ni tahan berapa lama?

adakah lipas tu mati atau sekadar lari je...heehehe

tahan dlm 2,3 bulan...
lipas x muncul....eheheheh
Quote aunisofia 11-4-2018 08:15 AM
manjalara_01 replied at 10-4-2018 07:21 PM
tahan dlm 2,3 bulan...
lipas x muncul....eheheheh

wow nnti nak beli la hehe.
thnx manja..

Quote manjalara_01 11-4-2018 12:42 PM
aunisofia replied at 11-4-2018 08:15 AM
wow nnti nak beli la hehe.
thnx manja..

no problem

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:16 PM GMT+8 , Processed in 0.053913 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top