CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Mana Yang Tak Sakit, Gantung Guna Tali Atau Tembak? – Perbualan Budak Darjah 4

20-3-2018 11:45 AM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 2876| Komen: 19|Original author: Oleh: Whitney

Description: Pendidikan sangat penting kepada anak-anak. Sebab itulah, sejak kecil lagi, ibu bapa akan menghantar anak-anak ke sekolah tadika. Apabila anak-anak mula bersekolah, ibu bapa akan mula risau memikirkan ...

Gambar sekadar hiasan
Pendidikan sangat penting kepada anak-anak. Sebab itulah, sejak kecil lagi, ibu bapa akan menghantar anak-anak ke sekolah tadika. Apabila anak-anak mula bersekolah, ibu bapa akan mula risau memikirkan masa depan mereka. Jika boleh, ibu bapa mahu anak-anak mereka serba boleh iaitu bijak dalam pelajaran, mahir dalam pelbagai kemahiran dan mempunyai nilai kepimpinan yang hebat.

Apabila ibu bapa menaruh harapan yang terlalu tinggi, anak-anak sebenarnya terbeban dan menjadi mangsa keadaan. Dalam pelajaran, ada ibu bapa terlalu menekan anak-anak supaya mendapat markah paling tinggi dan mula membandingkan keputusan peperiksaan dengan murid lain. Sudahlah sistem pendidikan dan silibus di sekolah sekarang ini terlalu mencabar bagi anak-anak, ditambah pula dengan sikap ibu bapa yang suka memaksa. Kesannya, anak-anak tertekan dan membesar dengan suasana yang tidak sihat.

Seorang pengguna Facebook, Aizuddin Ismail berkongsi kisah seorang budak lelaki berumur 10 tahun yang terfikir untuk membunuh diri akibat tertekan dengan pelajaran dan sikap ibu bapanya. Seolah tidak logik akal apabila budak sekecil itu sudah memikirkan perkara sebegitu.



Ramai netizen yang terkejut dan tidak menyangka kanak-kanak tahun 4 sudah mampu berfikir untuk membunuh diri. Hal ini sangat parah dalam masyarakat kita sekarang. Netizen mengecam ibu bapa tersebut yang terlalu mementingkan diri sendiri dan tidak menghiraukan perasaan dan kemampuan anaknya.

Netizen turut risau dengan sistem pendidikan dan silibus pelajaran di sekolah yang semakin mencabar. Bukan sahaja murid-murid yang mengalami masalah, malah guru-guru dan ibu bapa juga.

Ibu bapa yang ada anak-anak yang bersekolah tu, janganlah terlalu menekan anak-anak semata-mata untuk menurut kemahuan sendiri. Jika ibu bapa tidak stres dan tertekan dengan pelajaran anak-anak, sebenarnya semakin tinggi potensi anak-anak untuk berjaya hasil daripada motivasi mereka sendiri dan bukannya dipaksa.  - CARI 

2

Bagus
6

Marah
3

Terkejut
12

Sedih
4

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (31 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manehnya 20-3-2018 12:01 PM
sedehnya jd budak2 zaman skrg, tertekan kiri kanan, atas bawah
Quote haryatie 20-3-2018 12:01 PM
siannya...budak tu
semoga Allah melindunginya
abis  x kan setakat tulis kt FB jerk kut
mana boleh biar jerk budak tu fikir mcam2 smpai tahap nk bunuh diri
risau pulak nnti budak tu buat mcam2..
Nauzubillahiminazalik...


Quote CardiGans85 20-3-2018 12:04 PM
This is pathetic
Quote cHimo 20-3-2018 12:09 PM
Kesian dapat mak mental camtu... Semua mak bapak nak anak berjaya tapi kalau dah sampai tahap mcm tuh mmg melampau..
Quote mamapea 20-3-2018 12:11 PM
aku pun jenis yg suka mendesak anak2...tp slalu la suami marah...
skrg aku dh xde mendesak anak2 lg setelah aku fikir blk apa yg suami ckp...
bila dpt result exam aku dh x marah2 atau membebel...aku akan puji diorg & terus bg semangat...
setakat tu je yg diorg mampu...nk paksa lbh2 pun x blh takut anak2 stress...
tp bab agama mmg aku tegas...budak2 skrg ni mmg dh pandai mcm2 perkara...
anak aku yg no 2 pun suka tanya mcm2 sampai aku x reti nak jwb...
aku pulak yg stress
Quote Artemesiaa 20-3-2018 12:11 PM
Sebab tu zaman sekarang kecik2 lagi dah ramai yang stress.  Perangai mak pak yang terlalu berharap anak sentiasa cemerlang demi nak jaga air muka depan kawan2 dan sedara mara antara puncanya.
Quote myakayina 20-3-2018 12:24 PM
aku prefer mental yg sihat utk anak2..dari gred yg bagus tapi end up bunuh diri dan dendam dgn mak bapak..klu dah tu setakat yg dia mampu , kita kena bagi semangat bukan push them too hard dan ckp dorg tu bodoh or lembab..pernah jumpa org yg gred bagus pun tapi tanam anggur dan ada yg tak menjadi jgk.. yg no.corot2 ni end up jadi insan berjaya pulak.. so, dimana ada usaha disitu ada jalan.. janji sekolah habis..ada duit sambung belajar klu minat..klu tak keje jer..
Quote Catpaw 20-3-2018 12:51 PM
Anak dibuat trophy... Potensi setiap org mana sama, kalau tak pandai belajar ada la pandai benda lain... Explore potensi budak tu. Kalau boleh biar dia lalui zaman kanak2 dia dengan gembira. Nanti stres bawak kemurungan bukan joke masalah kesihatan mental dan emosi zaman ni...
Quote AznieBunnie 20-3-2018 12:57 PM
mak dia dulu tak cemerlang. maka impian dia yang kecundang tu, terpaksa digalas si anak.
boleh report teledera tak?
Quote mizruncing 20-3-2018 01:00 PM
kesiannyaaa
Quote gummiebear 20-3-2018 01:02 PM
Kesiannya budak tu.. Umur 10 thn dah pikir benda2 camtu.. umur dimana mereka sepatutnya pikir pasal kartun apa nak tengok, ptg ni nak main apa etc..
Quote moonbug 20-3-2018 01:05 PM
Tekanan hidup di zaman millenia
Quote Orix 20-3-2018 01:14 PM
myakayina: aku prefer mental yg sihat utk anak2..dari gred yg bagus tapi end up bunuh diri dan dendam dgn mak bapak..klu dah tu setakat yg dia mampu , kita kena  ...



I 2nd youuuuu... agree sesangat
Quote MsKoreanfanatic 20-3-2018 03:34 PM
harap adik tu ok...
Quote iszablack 20-3-2018 04:12 PM
Gantung tali atau tembak? Aduh..  
Quote chazey 20-3-2018 05:09 PM
Kezen akak umo 10 tahun dulu balik2 cakap nak bunuh diri sebab kena buli. Ingat budak tak reti depressed bagai? Silap la... Kalau dah memang tak normal macam orang lain, dari kecik memang dah pandai fikir macam2 termasuklah hada suicidal tendency.
Quote RatuDunia94 21-3-2018 01:58 AM
Zmn skrg budak2 mng stress sbb mak bpk skrg suka banding2 kan anak deols.. Pastu kan skrg semua sekolah ada group whats app pelbagai.. Cikgu siap boleh post markah ujian/eam kat group tu.. So mana yg anak dpt markah sikit malu la dgn mak bapak lain yg ada dlm group tu..
Quote Owlknight 21-3-2018 08:10 AM
Di Singapore ada 1 case budak umur 11 terjun bunuh diri sebab depression. Sekarang ni bab2 kesihatan mental memang kena selalu perhatikan dan ambil peduli.

http://says.com/my/news/singaporean-mum-opens-up-story-of-her-depressed-11-year-old-son-who-committed-suicide
Quote moocoww 21-3-2018 08:37 AM
Ada kenalan tu bkn maknya yg mendesak..tapi ayah..
Klau x dpt kputusan yg baik mmg jadi bahan sindiran la..blum campur penampar,rotan dgn tali pinggang segala..
Kwn tu x boleh tahan,sampai amik keputusan utk bunuh diri..terus maknya cepat2 hantar ddk ke asrama..
Tahun demi tahun berlalu..alhamdulillah kwn tu elok dah..aman2 merantau kerja kat madrid..
Heols kata mujur ada maknya..klau x tentu heols skrg tgh dlm kubur..


Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:49 AM GMT+8 , Processed in 0.055761 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top