CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Prank Berani Mati Si Isteri Sempena Hari Jadi Suami. Memang Rare!

22-3-2018 10:44 AM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 11308| Komen: 51|Original author: Oleh: Whitney

Description: Hari jadi adalah hari yang amat penting bagi sesetengah orang dan ia diraikan dengan pelbagai cara. Sama ada ia diraikan dengan memberikan hadiah yang istimewa, mengadakan jamuan dan acara memotong ke ...


Hari jadi adalah hari yang amat penting bagi sesetengah orang dan ia diraikan dengan pelbagai cara. Sama ada ia diraikan dengan memberikan hadiah yang istimewa, mengadakan jamuan dan acara memotong kek hari jadi dan atau diberi kejutan yang kreatif daripada pasangan, ahli keluarga atau kawan-kawan. Ia dilakukan semata-mata untuk mengembirakan dan menghargai orang tersayang.

Bagi pasangan suami isteri, pasti tidak mahu melupakan tarikh hari jadi pasangan masing-masing bukan? Kadang kala pening juga memikirkan hadiah yang sesuai agar pasangan berasa gembira menyambut ulang tahun kelahiran yang hanya setahun sekali. Sebab itulah penting bagi suami atau isteri itu mengenali dan memahami minat, hobi atau kesukaan pasangannya agar hadiah yang diberikan benar-benar istimewa dan dihargai.

Kisah kejutan hari jadi yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Encik Amar ini begitu menarik dan unik. Dia sendiri tidak menyangka bahawa isteri kesayangan berani membuat kerja gila dengan ‘mencuri’ keretanya selama seminggu untuk dicat dengan warna baru sebagai hadiah hari jadinya.


 Dia siap sebarkan kehilangan keretanya di Facebook dengan harapan ada orang yang menjumpai. Laporan polis juga dibuat.



Netizen berasa terhibur dan tergelak dengan kejutan atau prank yang dibuat oleh isteri lelaki tersebut. Mereka mengakui yang isterinya begitu kreatif dan berani. Sedangkan si suami begitu resah dan tidak senang duduk selama seminggu kerana memikirkan keretanya yang hilang.



Netizen juga mengangap yang isteri lelaki tersebut begitu menyanyanginya malah memahami dan menyokong minatnya pada kereta sehingga sanggup memberikan kejutan yang luar biasa. Lelaki tersebut pada mulanya ingin marah tetapi pada masa yang sama berasa sangat lega dan gembira kerana menjumpai semula keretanya dengan cat baru berwarna merah. 

Sekarang memang sudah menjadi trend menyambut hari jadi dengan membuat prank kepada mereka yang ingin diraikan. Ia tidaklah salah tetapi aspek keselamatan juga perlu diambil kira. Jangan memberi kejutan yang melampau dan membahayakan sudahlah. - CARI

1

Bagus

Marah

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mongoose_kidz 22-3-2018 11:12 AM
klau aku jadi polis yg amik report tu aku marah....rugi masa je...n sia2
prank ni budaya bodoh yg jadi ikutan..terbukti rakyat malaysia suka buat bnda2 x berfaedah mcm ni
Quote cmf_premierleag 22-3-2018 11:12 AM
harap lps ni laki dia lak prank bini sendiri
hilang seminggu...rupanya dah menikah lain
Quote sarahmirza 22-3-2018 11:17 AM
Boleh dakwa menyusahkan polis tak?
Prank tahap mengada2...
Ingat cool ke?
Pooorahhh...
Menyusahkan abang polis ada la.
Quote haryatie 22-3-2018 11:20 AM
zamn sekrang org suka nak show off, nak mintak org viral jerk
konon mereka lah couple sporting, loving bagaii..
sekali laki prank hilang gi kawin..meroyannnn
Quote idakamaruddin 22-3-2018 11:24 AM
sarahmirza replied at 22-3-2018 11:17 AM
Boleh dakwa menyusahkan polis tak?
Prank tahap mengada2...
Ingat cool ke?

nth2 polis pn setakat amik report n filling report je...x de buat apa2 carian pun lg..mesti dlm hati bang polis..ala kete buruk koserr sgt nk g cari, nth2 kene tarik claim hilang


Quote saviour_09 22-3-2018 11:24 AM
ok je prank ni selagi tak menyusahkan & menyakitkan orang
masalahnya ko dah siap buat report & tarik balik pulak lagi
tak menyusahkan pdrm ke tu?
Quote manehnya 22-3-2018 11:48 AM
nyusahkan orang .... neway kalu nk tukar color kereta x kena jpj approval ka
Quote munchkin 22-3-2018 11:48 AM
Sign petition dakwa si bini ni. Sebab dia husband buat false report. Kalau takde tindakan, benda ni jadi berleluasa.
Quote munchkin 22-3-2018 11:49 AM
Sebab tu viral bangang mcm ni attention seekers lahabau bangang cam ni jangan dilayan. Makin bodoh bahlol org melayu ni
Quote Artemesiaa 22-3-2018 11:51 AM
Ramai yang gilakan pujian zaman sekarang ni malang lain jadinya hingga menyusahkan pihak lain je
Quote Minami2013 22-3-2018 11:52 AM
Ni bukan kira laporan palsu dan polis boleh ambik tindakan?
Quote lyza2474 22-3-2018 12:03 PM
gila nok glamer jeeee
Quote CardiGans85 22-3-2018 12:17 PM
Prank myusahkan org lain. Kau x fkr ke kesan pd org lain? Byk lg kes yg polis kena siasat. Selfish
Quote alieyrina 22-3-2018 12:37 PM
Pls tell me yg laki bini ni skolah x tinggi...
Quote mrizumi 22-3-2018 12:58 PM
Skrg jnis nk mnunjuk kapel paling sweet romantik semua lah kat org..
Siap ada aku baca prank buat2 sesak nafas nk suprise wife pnya bday..
Agak2 la..aku xsuka org main psl sakit,hidup n mati nih..
Quote irlene_hana 22-3-2018 01:11 PM
Bodoh......
Quote missDollie 22-3-2018 01:20 PM
Aku peduli ape korang nak buat prank ape pun tapi jangan la menyusahkan pihak berkuasa dengan laporan palsu tu..buang Masa je layan kes bangang korang tu..btw warna kereta tu hideous..
Quote sufi^_^ 22-3-2018 01:21 PM
alieyrina replied at 22-3-2018 04:37 AM
Pls tell me yg laki bini ni skolah x tinggi...

I suspect so.
Tapi since zaman ni yang tak sekolah pun have access to smartphones and the internet, so...
Quote mrs_adr 22-3-2018 01:48 PM
haryatie replied at 22-3-2018 11:20 AM
zamn sekrang org suka nak show off, nak mintak org viral jerk
konon mereka lah couple sporting, lov ...

adehhh trus teringat kes tahun lepas bini viral hilang ckp laki ikut 2org lelaki lain naik kereta lepas tu xbalik2...
dia xcerita yg betul, rupanya laki tu dah balik rumah bini tua lepas dia kebas laki org tu dkt 2tahun....

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:15 AM GMT+8 , Processed in 0.064531 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top