CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Kerabu Belimbing Buluh Dan Kerabu Telur Masin - Resipi Baru Yang Sangat Terangkat!

23-3-2018 12:47 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 7701| Komen: 8|Original author: Oleh: Azza Rai

Description: Kerabu belimbing buluh kerabu telur masin - resipi baru yang sangat terangkat! Menu kampong memang sedap. Ditambah lagi dengan ulam-ulaman dan sambal belacan, memang terangkat lah makan nasi, silap-s ...

 

 

Menu kampung memang sedap. Ditambah lagi dengan ulam-ulaman dan sambal belacan, memang terangkat lah makan nasi, silap-silap bertambah pinggan dibuatnya.

Apa lagi jika dihidangkan dengan kerabu yang mempunyai rasa masam, manis, masin – memang rasa cukup lengkap untuk makan tenghari sempurna.

Kali ini ada 2 resipi baru kerabu yang dicipta sendiri oleh 2 netizen untuk dijadikan penyedap iaitu kerabu belimbing buluh dan kerabu telur masin.

Memang agak ‘rare’ sebab kombinasi yang tidak pernah dibuat orang tapi bila merasanya, wow! Nikmatnya memang lazat tak terkira. Jom kita lihat resipinya.

Kerabu belimbing buluh

Kerabu belimbing buluh
Kerabu belimbing buluh

Bahan A (hiris halus)
- Buah belimbing
- Bunga kantan
- Daun selom
- Bawang besar

Bahan B (tumbuk hingga hancur)
- Cili api
- Cili besar
- Belacan
- Kelapa parut
- Isi ikan yang direbus
- Kerisik

1)    Masukkan bahan A ke dalam mangkuk besar, gaul rata.
2)    Tambahkan bahan B ke dalam mangkuk tersebut, kacau.
3)    Tambahkan kerisik dan isi ikan, gaul rata.
4)    Akhir sekali, perasakan dengan garam dan gula.

 kerabu telur masin

Kerabu telur masin

Bahan-bahan
 -    Telur masin (direbus dan ambil isi sahaja)

(Hiris halus)
-    Bawang besar
-    Bawang merah
-    Halia
-    Bawang putih
-    Kacang panjang
-    Tomato
-    Cili api
-    Serai
-    Garam, gula dan cuka

1)    Bahan-bahan yang dah dihiris halus tadi dimasukkan ke dalam mangkuk besar.
2)    Masukkan telur masin.
3)    Perasakan dengan gula, garam dan cuka. - CARI

Kredit : Roshasnida Radzai dan Siti Noor Diana

15

Bagus
13

Marah
8

Terkejut
11

Sedih
9

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (67 people)

  • RaginiEHarris

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CardiGans85 23-3-2018 01:16 PM
Kdg2 bila blk kg mmg x tau nk buat apa dgn belimbing buluh ni. Boleh la buat resepi ni nnt
Quote Siputjelly 23-3-2018 01:35 PM
i selalu buat sambal ikan guna belimbing buluh.

guna lesung batu.
- cili api / padi
- garam sikit
- tumbuk sampai lumat
- masukkan isi ikan( tak kisah ikan apa)
tumbuk lagi sampai lumat/sebati
- pastu masuk belimbing buluh yg dah dipotong(ambil bahagian luar je, bahagian tengah tak ambil) , tumbuk lagi sikit je jgn sampai lumat.
dah siap. sedap makan dgn nasi panas nyum2
Quote CardiGans85 23-3-2018 03:38 PM
Siputjelly: i selalu buat sambal ikan guna belimbing buluh. guna lesung batu. - cili api / padi- garam sikit- tumbuk sampai lumat- masukkan isi ikan( tak kisah ik ...


Ni pun cam sedap juga. Isi ikan tu rebus ke atau goreng?
Quote sakinahxpdc 25-3-2018 02:39 AM
Siputjelly: i selalu buat sambal ikan guna belimbing buluh. guna lesung batu. - cili api / padi- garam sikit- tumbuk sampai lumat- masukkan isi ikan( tak kisah ik ...

macam buat sambal hitam gak ke cuma bezanya, sambal hitam guna ikan bilis
Quote bloodyamuk 25-3-2018 06:53 AM
macam mana nak tau kalau belimbing buluh tu dah ranum untuk dimakan? tak reti nak pilih...
Quote haryatie 22-5-2018 01:43 PM
da try da kerabu telur masin
tp gula, garam dn cuka aku x campur sbb telur tu da masin
tomato pun da rasa nya msam
Quote purple_prune 22-5-2018 02:21 PM
ya ampunnn
mengences air liur tgk telur masin tu!
Quote kucing02 28-11-2018 12:56 PM
kerabu telur masin tu sgt la menggoda

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:02 PM GMT+8 , Processed in 0.059719 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top