CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak Dua Tahun Maut Terjerut Kain Pengikat Langsir

28-3-2018 10:24 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5206| Komen: 24

Description: Kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut terjerut tali pengikat langsir ketika ibu tirinya sedang memasak, lapor BH Online.
Kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut terjerut tali pengikat langsir ketika ibu tirinya sedang memasak, lapor BH Online.

Kejadian berlaku di rumah mereka di Meru Raya, Ipoh pada jam 2.15 petang semalam.


Menurut laporan, ibu tiri mangsa menemuinya tergantung pada tali pengikat langsir berkenaan di kawasan tangga berhampiran ruang masuk dapur dalam keadaan tidak sedarkan diri.



Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby mengesahkan kejadian berkata, ketika kejadian bapa mangsa yang juga seorang pensyarah berusia 33 tahun berada di Bangi atas urusan kerja.

Difahamkan, selepas memberi makanan kepada mangsa sebelum dia bermain di ruang tamu, ibu tiri mangsa yang berusia 30 tahun itu berasa tidak sedap hati selepas tidak mendengar suara mangsa dari ruang tamu.

"Apabila ibu mangsa memasuki ruang tamu, dia mendapati leher mangsa terjerut dan tubuh mangsa tergantung di tali langsir ruangan masuk ke dapur.

"Ibu tiri mangsa mengangkat dan menurunkan mangsa di atas lantai. Ketika itu mangsa tidak sedarkan diri," katanya.

Berikutan itu, wanita berkenaan bergegas menghubungi bapa mangsa sebelum menghubungi kakaknya yang tinggal selang satu rumah dari rumah berkenaan.

"Ibu mangsa menghubungi talian kecemasan dan pihak hospital mengajar cara membuat bantuan pernafasan (CPR) menerusi telefon sementara menunggu ketibaan ambulans.

"Ketika itu, mangsa memberikan tanda positif apabila ibu mangsa merasai denyut an nadi dan terdapat susu keluar dari mulut mangsa," katanya.

Bagaimanapun, kanak-kanak malang itu disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada jam 3 petang.

Pemeriksaan awal mendapati mangsa dipercayai bermain dengan tali pengikat langsir di kawasan tangga berhampiran dapur.

"Hasil bedah mendapati mangsa maut akibat kesan tekanan pada leher yang konsisten akibat tergantung dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya. - CARI
20

Bagus
15

Marah
26

Terkejut
13

Sedih
17

Lawak
96

Bosan

Friends Rank (187 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MH3707 28-3-2018 10:50 AM
mesti nakal mcm setan...
Quote moonbug 28-3-2018 10:54 AM
Takziah. Main mcm mana agaknya sampai boleh terjerut leher sendiri
Quote Oroi8887 28-3-2018 10:58 AM
Adoi kesiannya, mcmna bole trjerut
Quote myakayina 28-3-2018 11:00 AM
kenapa dibiarkan budak besar tu main sendiri2.. kenapa tak tidokan dulu sebelum masak..
Quote vanillaninja 28-3-2018 11:35 AM
Salam takziah buat family. Semoga jadi pengajaran untuk semua.
Quote minguk 28-3-2018 11:48 AM
kesiannya....
Quote wanitajelita 28-3-2018 11:50 AM
Hebat mak tirinya..berani kan diri buat CPR, dah usaha sedaya upaya
Quote SWORKS27 28-3-2018 12:07 PM
MH3707 replied at 28-3-2018 02:50 AM
mesti nakal mcm setan...

ayat macam setan jugak kamu ni...
Quote cmf_premierleag 28-3-2018 12:12 PM
Kesiannya.. Dah la mak kandung dia passed away last yr sbb breast cancer
Mak tiri dan ayahnya baru kawin akhir thn lps
Quote cmf_premierleag 28-3-2018 12:12 PM
Ada news akak baca dr the star
Quote mawarika 28-3-2018 12:14 PM
Bukankah pernah ada kes budak terjerut kat langsir mcm ni? Budak tak tau apa..kesiannya.
Quote haryatie 28-3-2018 12:19 PM
Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un
Quote jpbstarlife 28-3-2018 12:26 PM
Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un.. anak syurga.. selamat bertemu ibumu nak...
Quote ninjago 28-3-2018 12:31 PM
jpbstarlife replied at 28-3-2018 11:26 AM
Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un.. anak syurga.. selamat bertemu ibumu nak...

innalillah.. sebak i baca ayat last tu
Quote Levespa 28-3-2018 12:33 PM
mana boleh tinggal budak sorang2..kesian budak tu jadi mangsa kecuaian
Quote mieymiey 28-3-2018 12:40 PM
Kesiannya
Innalillahiwainnailaihirajiun.
Quote MH3707 28-3-2018 03:12 PM
SWORKS27 replied at 28-3-2018 04:07 AM
ayat macam setan jugak kamu ni...

kamu yg setan...avatar menceritakan segalanya...harktuihh
Quote luvemedaa 28-3-2018 03:44 PM
innalillahiwainnailaihirajiun.
Benda yg kita tak jangka apa pun boleh jadi..
Iols pun ada anak lebih kurang sebaya pun kenkadang xleh nak pantau ngn kita buat kerja rumah lg.
Quote sofiazara 28-3-2018 03:53 PM
nasib baikla laporan forensik mendapati kecederaan lehernya konsisten dengan kesan gantung

kalo kesan leher tu didapati akibat dicekik ke hapa ke, masakla kau mak tiri oi

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:23 AM GMT+8 , Processed in 0.110694 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top