CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Anda Suka Macaron Atau Macaroon? Tahu Ke Ia Dua Makanan Berbeza?

3-4-2018 04:16 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 6937| Komen: 37|Original author: Oleh: Azza Rai

Description: Perbezaan kedua-duanyaPencuci mulut yang manis-manis ni memang ramai penggemarnya. Tak kiralah manisan tradisional atau manisan antarabangsa semua ada peminatnya sendiri.Bagi peminat manisan tradisi, ...

Perbezaan kedua-duanya

Pencuci mulut yang manis-manis ni memang ramai penggemarnya. Tak kiralah manisan tradisional atau manisan antarabangsa semua ada peminatnya sendiri.

Bagi peminat manisan tradisi, memang sedia maklum banyak gula dicampur untuk menyedapkannya. Antaranya ialah kuih lapis, keria, seri muka, apam dan lain-lain.

Bagaimana pula dengan manisan antarabangsa? Pasti banyak rencah untuk menyedapkannya. Tapi kali ini kita berbicara tentang manisan dibuat dari putih telur ini iaitu macaron atau macaroon.

Eh! Kenapa ada dua nama yang seakan-akan sama? Adakah ia sama atau berbeza sebenarnya?

Mungkin anda termasuk orang yang berfikir bahawa macaron dan macaroon adalah makanan yang sama. Sebenarnya majoriti  berfikiran sama dengan anda. Hanya mereka yang benar-benar arif dalam ilmu kulinari  sahaja tahu tentang perbezaan kedua-dua jenis makanan ini.

Sebenarnya macaron dan macaroon adalah dua jenis manisan yang memiliki bentuk seakan sama. Bahan utamanya pun sama, iaitu putih telur. Tetapi ada perbezaan asas di antara keduanya.

Jadi, apa yang berbezanya?
Menurut laman sesawang Real Simple, macaron dan macaroon ibarat 'saudara jauh'.  Manakala Pengarah di Institut Kulinari, Chef Jansen Chan menyifatkan
macaron atau macaroon ini banyak dipengaruhi oleh budaya Perancis dan Itali.

Macaron

Macaron atau disebut juga Parisian Macarons atau Macarons Gerbet adalah pencuci mulut yang dibuat dari tepung almond, putih telur dan gula. Ia diproses dengan cara dibakar hingga menghasilkan tekstur luar yang tipis dan bahagian dalam yang lembut.

Anda suka macaron atau macaroon? Tahu ke ia dua makanan berbeza?

Ia biasanya disajikan bercantum seperti sandwich (roti lapis). Bahagian tengahnya pula diisi jem atau sapuan mentega.

 Macaroon
Sementara itu, macaroon pula dibuat dari putih telur, kelapa, dan gula yang dibakar hingga berwarna cokelat keemasan. Bahagian dalamnya terasa padat namun kenyal.

Macaroon paling sedap bila disajikan dengan teh atau kopi panas. Nama lain macaroon adalah congolais dan sangat terkenal di Perancis. Pencuci mulut yang manis ini sering disajikan ketika perayaan Paskah.


Jadi, anda antara orang yang bertuah kerana mengetahui bahawa macaron dan macaroon adalah dua makanan yang berbeza ya. - CARI 

12

Bagus
12

Marah
4

Terkejut
6

Sedih
9

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (57 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote grizz 3-4-2018 04:35 PM
baru tau len..ingat same..
Quote umbut 3-4-2018 04:36 PM
Macaron tu bhn x byk, tapi melampau mahal
Quote Artemesiaa 3-4-2018 04:40 PM
Dah lama tahu
Quote missDollie 3-4-2018 04:41 PM
Wah ada nyok.. mesti lagi sedap..
Quote shernazz 3-4-2018 04:50 PM
Dua dua iols x boleh telan..
Huhu...
Tp iols.suka tgk.macarons tu..sebab comel comel je..
Ada certain kedai..macarons x menjadi.pon dia buat jual...hamjadah
Quote meisapoya 3-4-2018 05:16 PM
Macaroon lg sedap dri macaron. Nk buat pon x renyah mcm macaron
Quote gummiebear 3-4-2018 05:27 PM
Macaroon tu macam ada satu kueh tradisenel tu tapi lupa la pulak apa nama dia
Quote dubuk 3-4-2018 05:50 PM
yang dua oo tu nampak sedap
Quote salmon-suki 3-4-2018 06:50 PM
macaroni macarena juga berbeza~
Quote eyansss 3-4-2018 09:38 PM
gummiebear replied at 3-4-2018 05:27 PM
Macaroon tu macam ada satu kueh tradisenel tu tapi lupa la pulak apa nama dia

kan... puas aku cuba ingat...
Quote Cari-Azza 3-4-2018 10:11 PM
shernazz replied at 3-4-2018 04:50 PM
Dua dua iols x boleh telan..
Huhu...
Tp iols.suka tgk.macarons tu..sebab comel comel je..

Sama, mahal sangat kan? Pernah terkena di Mid Valley, tak sedap langsung!

Quote AmandaRollins 3-4-2018 10:19 PM
Macaron manis..xsuka
Quote shernazz 3-4-2018 10:26 PM
Cari-Azza replied at 3-4-2018 10:11 PM
Sama, mahal sangat kan? Pernah terkena di Mid Valley, tak sedap langsung!

Tu la..terlalu manis..krim nya patut boleh balancekan tp semua manis..
Boleh bersemut okeh
Quote najib888 4-4-2018 04:37 AM
Macam dorayaki je...
Quote mrizumi 4-4-2018 07:24 AM
Xsuka macaron..tlampau manis..ingtkn lembut mcm cocopie..
Quote faraway1 4-4-2018 07:51 AM
jauh beza sebutan walaupun macam nak sama ejaan..
Quote makton 4-4-2018 07:51 AM
tak penah makan macaroon
Quote lelakinaive 4-4-2018 07:56 AM
Camne dgn macaroni? Mak aku slalu buat macaroni goreng
Quote chinta89 4-4-2018 11:26 AM
gummiebear replied at 3-4-2018 05:27 PM
Macaroon tu macam ada satu kueh tradisenel tu tapi lupa la pulak apa nama dia













beko nyior (bingka kelapa)

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:56 PM GMT+8 , Processed in 0.057747 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top