CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Empat Kali Dipanggil Temuduga, Empat Kali Bagi Alasan! Yang Ke-4 Tu Kelakar

18-4-2018 01:50 PM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 6485| Komen: 33|Original author: Oleh: Whitney

Description: Perasan atau tidak, sekarang ini zaman yang susah untuk mendapat pekerjaan. Jadi, tidak hairanlah jika ramai graduan yang menganggur begitu lama. Jika dahulu, ramai yang yakin selepas habis sahaja bel ...
Perasan atau tidak, sekarang ini zaman yang susah untuk mendapat pekerjaan. Jadi, tidak hairanlah jika ramai graduan yang menganggur begitu lama. Jika dahulu, ramai yang yakin selepas habis sahaja belajar di pusat pengajian tinggi awam atau swasta, banyak peluang pekerjaan yang menanti. 

Sedangkan apa yang terjadi pada hari ini, kita sudah tidak mampu lagi memilih pekerjaan yang sesuai dengan minat dan kelayakan tetapi perlu merebut peluang yang ada didepan mata jika kita benar-benar ingin bekerja.


Apa yang dikongsi oleh seorang pengguna twitter ini benar-benar membuatkannya kesal dengan sikap sesetengah netizen yang mensia-siakan peluang yang ada di depan mata. 

Dia kecewa apabila ada pemohon kerja yang sebelum ini beriya-iya meminta untuk bekerja di syarikat tempat dia bekerja tetapi telah memberi pelbagai alasan untuk tidak menghadiri temu duga yang telah ditetapkan kepadanya sebanyak empat kali!



Ada netizen yang terkejut dengan sikap pemohon kerja itu. Memang tidak bersyukur! Orang dah bagi peluang, dia sia-siakan. Jika di syarikat lain, gagal untuk datang temu duga kali pertama, mungkin sudah disenarai hitam terus tetapi syarikat ini sanggup memberi peluang sehingga lebih daripada tiga kali. Seperti melampau pula apabila banyak alasan kan?


Ramai juga netizen yakin yang sebenarnya pemohon kerja itu dari awal lagi tidak begitu berminat untuk bekerja di syarikat tersebut. Sebab itulah dia bersikap tidak acuh. Nampaknya pihak syarikat yang terlalu baik dengan memberi banyak peluang kepadanya setelah tertarik dengan resume yang dihantar. Rupanya, resume yang bagus tidak semestinya mengambarkan kredibiliti pemohon itu sendiri.


Alasan ke-4 dia kata tiada transport, padahal...


Jika kalian rasa tidak serius untuk bekerja, tidak perlulah membuang masa apatah lagi menyusahkan pihak syarikat untuk meneliti resume dan menyusun jadual temu duga untuk kalian. Rancang sebaiknya apa yang kalian inginkan dalam hidup agar masa depan lebih cerah. - CARI

1

Bagus
2

Marah
3

Terkejut
1

Sedih
7

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (18 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Red_mAnc


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote grizz 18-4-2018 01:53 PM
die nk tgk company tu mmg nk die ke..tu yg die bg xcuse memcm..
Quote idakamaruddin 18-4-2018 01:56 PM
alahaiii terasa iolss

iols pn sllu mcmni hahah dh dpt intvw x dtg

kadang saje test water je

insap kak ton

btw email official iols bkn register kt fb lega laaa

Quote palmolive 18-4-2018 01:59 PM
kampeni kecik jek ni kalo still layan lagi org cmni..
kampeni besar takder masa nak layan
Quote fliphair8 18-4-2018 02:38 PM
Company ni pun gegeh nak panggil jugak2...kalau big co/headhunter kompem blacklist dah ko dek....org merayu just to get an interview....ko dah dpt interview macam2 alasan plak.....mesti dasar pemalas!
Quote damian_lee 18-4-2018 02:49 PM
Kalau betul nak kerja
Bersungguh laaaaaaa
Alasan xde kenderaan xkoserr k ..
Grab ... bersepah
.............
Sbnrnya jarang tau nak dpt interview skrg ni
............
Yang HR pun bersungguh ya
Maybe sbb gaji murah
Tu yg bagi peluang sampau 4 kali
Hihihi
Quote Red_mAnc 18-4-2018 03:01 PM
hahahha kan, recently ada topik pasal graduan manja, tapi ini lah hakikat yg kita org hadapi sekarang, dah la kosong, fresh grades no experience gaji demand sky rocketing attitude pulak zero n semua nak senang.. what on earth is going on right now?!!

Quote sarahmirza 18-4-2018 03:02 PM
Company apa tu yang merayu2 panggil orang interview?
Dah takde orang lain ke yang mintak kerja?
Quote Red_mAnc 18-4-2018 03:03 PM
tapi company tu sure desperate jugak sebab for me, if candidate tu betul2 super qualified & top notch, if once x dapat hadir n dia bagitau in advance before hand, mmg akan reschedule balik, tapi kalau buat bodoh n senyap je, mmg reject terus no matter how well qualified sebab kalau belum kerja lagi dah buat perangai, apa lagi bila dah dpt kerja, lagi payah nak terminate..nak build case lagi & DI, leceh..so better reject siap2..
Quote Artemesiaa 18-4-2018 03:04 PM
Nampak sangat sifat sambil lewa tak ambik beratnya.  Jenis macam ni elok di blacklist kan je, belum mula kerja pun dah macam2 alasan bayangkan kalau dah mula kerja nanti datangkan masalah je
Quote beeeee 18-4-2018 03:12 PM
dah hr pun melayan. ko macam takde org lain plak nak offer. aku rasa belambak lagi candidates lain
Quote prettyuglybabe 18-4-2018 03:56 PM
sarahmirza replied at 18-4-2018 03:02 PM
Company apa tu yang merayu2 panggil orang interview?
Dah takde orang lain ke yang mintak kerja?

sebab pilih gaji murah kot..
candidate lain minta gaji tinggi agaknya..
so choicenya pilih candidate yang minta gaji paling sikit..
Quote sarahmirza 18-4-2018 04:00 PM
prettyuglybabe replied at 18-4-2018 03:56 PM
sebab pilih gaji murah kot..
candidate lain minta gaji tinggi agaknya..
so choicenya pilih candi ...


Tapi kalau company betul2 establish... takdenya hadap orang mintak gaji rendah tp tak serius...
Sekali minta reschedule boleh la, ni dah kali ke 2, ke 3 dgn alasan yang remeh2... bye bye la
Quote haryatie 18-4-2018 04:00 PM
sungguh ke ada company yg rajin benar panggil berkali kali nii..
nape org lain susah btul nak dipanggil interview
kat ofis ni berlambak permohonan yg belajar dr luar negara, yg ada degree, diploma..
spm apa lg la ...tu pun utk keje sambilan gaji hari..gaji pun ikut gred spm
tp kesian... keje kosong pulak xde
permohonan punya la banyak
tengok result dia org byk yg bagus2
sekarang ni ramai yg susah nk dpt keje..
Quote lasagnaklcc 18-4-2018 04:05 PM
Wonder jgk kenapa dia demand gaji level SPM je. Designer meh?
Quote batmana 18-4-2018 04:44 PM
designer tk tau pakai waze?

silameninggal ajala..
Quote biskutsusu 18-4-2018 04:51 PM
idakamaruddin replied at 18-4-2018 01:56 PM
alahaiii terasa iolss

iols pn sllu mcmni hahah dh dpt intvw x dtg

email official iolls pun tak sama degan fb, ig. tapi nama penuh iols kalau taip, bersepah . nyampah
Quote whitePoison 18-4-2018 08:50 PM
company pun macam ape tah.. gigih betul tunggu. Dua2 bongok
Quote faraway1 18-4-2018 10:21 PM
rajin benar sampai kasi peluang 4 kali...
Quote mieymiey 19-4-2018 07:56 AM
Sama macam company i lama. Bos jenis kedekut. Mana calon yang minta gaji paling rendah tu la dia hadap nak panggil walaupun calon tu belajar bidang lain. Yang sah-sah berkelayakan, bos takkan panggil iv sebab demand gaji.

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:38 PM GMT+8 , Processed in 0.067696 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top