CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Dato Vida Lega Tak Bayar GST Dah - Netizen Pula Tuduh DSV Kedekut

10-5-2018 07:19 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 4521| Komen: 13|Original author: Oleh: Azza

Description: Add Image Caption HereCerita Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) melakar sejarah yang sangat menarik untuk diperkatakan. Keputusan mengejutkan banyak pihak ini membuatkan ramai menjadi penganalisis politi ...


Cerita Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) melakar sejarah yang sangat menarik untuk diperkatakan. Keputusan mengejutkan banyak pihak ini membuatkan ramai menjadi penganalisis politik tidak bertauliah melontarkan pandangan masing-masing.

Pastinya ramai yang menarik nafas lega kerana cukai GST akan dihapuskan oleh kerajaan yang baru. Antara usahawan yang meluahkan kelegaan ialah Dato Seri Vida yang menulis di Instagram mengenai hari terakhirnya membayar GST.

Foto : IG Dato Seri Vida

Luahan itu boleh difahami sebagai kegembiraan kerana terpaksa mengharungi ekonomi tenat dan sendu, ditambah buruk dengan cukai GST pula itu. Terdahulu jutawan kosmetik tersebut menghadapi perbicaraan di Mahkamah Seksyen bagi 16 pertuduhan gagal membayar GST sejak April 2015 hingga Julai 2016 berjumlah RM4.2 juta.

Namun Vida akhirnya membuat bayaran penuh bagi jumlah yang dituntut iaitu RM4,246,0029.10 pada Mac 2017.

Ada yang bersetuju dengan kelegaan Dato Vida.

Namun, lebih ramai yang menyatakan Dato Vida lebih dari mampu untuk membayar cukai tersebut.

Malahan ada yang cuba menegakkan bahawa GST sewajarnya diteruskan terutamanya bagi mengelakkan orang kaya lari dari cukai.

Ada juga yang mengingatkan Dato Vida agar menggantikan bayaran GST kepada kebajikan.

Bagaimanapun, ramai nampaknya menjadikan ruangan komen sebagai perdebatan untuk memenangkan parti politik masing-masing. Sindrom pasca PRU sedang hangat sama ada di sosial media dan juga realiti.

Apa pun, kita mengharapkan agar manifesto mengenai GST ini akan memberi keuntungan kepada rakyat jelata sekaligus membangunkan Malaysia. - CARI 
5

Bagus
9

Marah
6

Terkejut

Sedih
11

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (40 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote anna-zara 10-5-2018 07:28 PM
GST bagus untuk elak jerung2 lari cukai macam DSV ni la. Yang marhaen nak sibuk setuju dengan minah ni ape ke hal nya. Dia kaya raya sibuk nak lari cukai.

Yang berpendapatan rendah ye la terbeban. Yang dia ni dah kaya raya siap berlagak bagai pun xnak bayar cukai tolong bangunkan negara.
Quote siputsedut 10-5-2018 07:40 PM
Tak kene gst pon dia still kene sst kan?
Quote meisapoya 10-5-2018 07:43 PM
Ada lg yg x leh beza gst ngn income tax...
X pe lah dik... era gst dh habis
Quote CiliPadiSedap 10-5-2018 08:09 PM
masalah orang benci GST sebab masa GST dilaksanakan petroleum harga jatuh, subsidi di tarik, dan macam2 lagi.

actually GST bagus cuma value 6% agak tinggi dan bad luck masa dilaksanakan rakyat sangat susah kena macam2 pukulan tarik subsidi, tarik petrol, kos sara hidup, cukai macam2.
Quote Clan204 10-5-2018 08:17 PM
tak payah lupus pun tak pe... cuma kurangkan ke 3% ke sbb org malaysia bukan gaji cam org singapore ke uk ke...
Quote mis_j_alexanda 10-5-2018 08:31 PM
Kita ke sistem sst la blk ye semua netizen
Quote sharlenetexas 10-5-2018 11:00 PM
CiliPadiSedap replied at 10-5-2018 08:09 PM
masalah orang benci GST sebab masa GST dilaksanakan petroleum harga jatuh, subsidi di tarik, dan mac ...

bila top up RM10 kena tambah 60 sen aku jadi sakit hati benci najib.
Quote CiliPadiSedap 10-5-2018 11:09 PM
sharlenetexas replied at 10-5-2018 11:00 PM
bila top up RM10 kena tambah 60 sen aku jadi sakit hati benci najib.

akak cari 60sen dalam purse akak, sekali keluar middle finger
Quote SLAManya 10-5-2018 11:32 PM
Clan204: tak payah lupus pun tak pe... cuma kurangkan ke 3% ke sbb org malaysia bukan gaji cam org singapore ke uk ke...

Sokong.. tak hapuskan atleast turunkan sikit pun takpe.
Quote Hazi2000 11-5-2018 12:17 AM
Makin kaya lah Dsv lps ni boleh lah kuar tv selalu taja macam2 program dgn astro ke tv3 ke
Quote bintangterang 11-5-2018 06:17 AM
dah charge org gst kne la pulang blk pada gomen
Quote Diamje 11-5-2018 06:51 AM
Sale sendu konon..
Kene gst 4 juta pon ko n toklip mampu tayang kemewahan hari2.

Dah hapus gst esok aku x tau la apa korg nk tayang lg. Toklip kalau bckap kdg2 aku tgk mcm riak sgt. Die mcm lupa diri. Die mcm x sedar Allah yg bg rezeki..tanpa izin Allah sesen pon die takkan ada.. Tp toklip selalu ckp die bjaya sbb usah die, sbb smgat die... Mcm punca kekayaan tu sbb die la..
Quote Kakaknanako 14-5-2018 12:32 AM
Pelik juga.... Rumah, kereta sampai berjuta2 boleh pulak dia beli.... GST tak mampu bayar

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:54 AM GMT+8 , Processed in 0.046897 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top