CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isu Piala Dunia 2018: Tiada Kos Ditanggung Kerajaan, Tajaan Sepenuh Pihak Swasta

4-6-2018 11:32 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 3367| Komen: 22

Description: Menteri Kewangan, YB Lim Guan Eng mengesahkan pihak kerajaan mendapat tajaan sepenuhnya daripada syarikat swasta berhubung siaran langsung kejohanan Piala Dunia 2018 di RTM.
Susulan tindakan kerajaan mengambil keputusan untuk mengadakan siaran langsung kejohanan Piala Dunia 2018 di RTM, rata-rata masyarakat umum mengecam keputusan itu bercanggah dengan usaha kerajaan yang ingin berjimat cermat berikutan mengalami hutang yang menggunung tinggi.


Lebih-lebih lagi, baru-baru ini Perdana Menteri turut mengumumkan penubuhan Tabung Harapan Malaysia yang bertujuan untuk menyelamatkan masalah kewangan negara.

sumber : carian internet

Sehubungan itu, menurut laporan Malaysiakini, Menteri Kewangan, YB Lim Guan Eng mengesahkan pihak kerajaan mendapat tajaan sepenuhnya daripada syarikat swasta.

"Pihak kerajaan tidak akan membayar satu sen pun untuk siaran berkenaan." 

Beliau berkata demikian dalam sesi temubual Program Bicara Khas di TV1 semalam. 

Selain itu, apabila ditanya mengapa penaja terbabit tidak menyalurkan sumbangan kepada Tabung Harapan Malaysia.

Menteri Kewangan tersebut memaklumkan, terdapat perbezaan antara dana yang diberi untuk penajaan siaran Piala Dunia dengan derma kepada tabung berkenaan.

"Melalui penajaan pihak yang berkenaan mendapat iklan pada sepanjang tempoh pertandingan berlangsung. Jadi sekurang-kurangnya mereka mendapat sedikit pulangan."

Beliau juga menjelaskan pada awalnya Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agak keberatan untuk menerima idea menayangkan Piala Dunia di RTM ekoran keadaan kewangan negara yang tidak memberangsangkan.

"Tetapi selepas diberi penjelasan bahawa kejohanan itu hanya berlangsung setiap empat tahun dan siaran di RTM akan membolehkan masyarakat menontonnya secara percuma, beliau akhirnya bersetuju."- CARI


12

Bagus
13

Marah
13

Terkejut
6

Sedih
3

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (59 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote watatakut 4-6-2018 12:21 PM

pulak dah. hari tu kata kerajaan tanggung rm40juta
Quote krustykrab 4-6-2018 12:23 PM
syukur...kalau tidak mmg kena hencap
Quote prettyuglybabe 4-6-2018 01:04 PM
yang amik sport channel mesti sakit hati kan
Quote chanteksekali 4-6-2018 01:06 PM
Tak bayar 1 sen bravoooooo
Quote kecimpret 4-6-2018 01:19 PM
adoiiii...camana sore loserrr nak meroyan camnihhhh


Quote kecimpret 4-6-2018 01:20 PM
prettyuglybabe replied at 4-6-2018 01:04 PM
yang amik sport channel mesti sakit hati kan

aku rs dorang ok jer...RTM ni SD dorang tgk HD
Quote dodolgemok 4-6-2018 01:41 PM
So cacai dan lobai xdpt la nak hencap lgi kan? Kau org duk diam main bola sendiri jah.
Quote kemaruk 4-6-2018 01:53 PM
alhamdulillah

suara rakyat didengari

kerajaan terpaksa u turn dan jilat kahak sendiri
Quote hzln 4-6-2018 10:45 PM
Ok lah
Aku tulung hencap bagi pihak pembangang yg kian tertekan
Hek elehh kecoh ah apek ni
Dpt tajaan 30 juta pun nak heboh
Masa melayu isele jadi mentri kewangan, duit 2.6bilion masuk akaun peribadi pun rilekkkkk je, takde nak bising2 mcm lu
Quote grouper 4-6-2018 10:50 PM
Kan rtm selalu siar world cup dulu..dah berapa edisi dah
Quote becir 4-6-2018 10:50 PM
Rasa corporate companies lagi yakin nak menaja bila tengok muka lge dari najib..
Quote spiderman80 4-6-2018 10:51 PM
watatakut replied at 4-6-2018 12:21 PM
pulak dah. hari tu kata kerajaan tanggung rm40juta

Kerajaan pada mulanya cuma berkata akan memperuntukkan RM40 juta untuk penyiaran Piala Dunia 2018. Keesokan harinya selepas penggumuman tersebut, mereka beritahu pihak penaja swasta akan menyewa iklan sepanjang program Piala Dunia. Yang terbaru ini, kerajaan menggumumkan mereka tidak perlu mengeluarkan sesen pun untuk tujuan penyiaran.
Quote mogey 4-6-2018 10:53 PM
kemaruk replied at 4-6-2018 01:53 PM
alhamdulillah

suara rakyat didengari

kerajaan U-Tun

kakakakakakaka
Quote noell 4-6-2018 11:01 PM
takpe asalkan....
Quote ninja boy 4-6-2018 11:03 PM
APA Sgt 40 juta swasta senang2 boleh taja, untungla, Singapore boleh tumpang
Quote oneders 5-6-2018 09:44 AM
aku yang takde Astro ni merasa amat gembira.
Quote alesandra 5-6-2018 09:45 PM
kecimpret replied at 4-6-2018 01:20 PM
aku rs dorang ok jer...RTM ni SD dorang tgk HD

ntah ..apa barang rtm.hadap laa korang....kesah plak nak sakit hati bagai

i was born to take care of you
every single day of my life.....
Quote kecimpret 5-6-2018 09:48 PM
alesandra replied at 5-6-2018 09:45 PM
ntah ..apa barang rtm.hadap laa korang....kesah plak nak sakit hati bagai

i was born to take ca ...

Melekat terus lagu queen kat ko ekkk


Lol
Quote uda 5-6-2018 09:55 PM
ninja boy replied at 4-6-2018 11:03 PM
APA Sgt 40 juta swasta senang2 boleh taja, untungla, Singapore boleh tumpang

Singapore tidak boleh tenguk , signal akan di encript sebab melibatkan rights.

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:08 PM GMT+8 , Processed in 0.113405 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top