CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Degup Ramadan 2018 Lihat artikel

Selepas Kerbau Guling, Kini Viral Pula Kuih Selak Pintu

4-6-2018 03:41 PM| Diterbitkan: Cari-Faizal| Dilihat: 5190| Komen: 4|Original author: Oleh: Faizal

Description: Baru-baru ini viral dengan kuih Kerbau Guling yang popular di Rantua Panjang Kelantan. Terbaru, muncul pula satu kuih baru yang diberi nama Selak Pintu yang berasal dari Batu Pahat Johor.Kuih selak pi ...
Baru-baru ini viral dengan kuih Kerbau Guling yang popular di Rantua Panjang Kelantan. Terbaru, muncul pula satu kuih baru yang diberi nama Selak Pintu yang berasal dari Batu Pahat Johor. 



Kuih selak pintu ini merupakan kuih yang agak terkenal dalam masyarakat Banjar dan ia jarang ditemui. Biasanya ketika bulan Ramadan kuih ini akan muncul. 

Nama lain kuih selak pintu ialah papudak atau dalam masyarakat Banjar sendiri ia dipanggil sunduk lawang yang memberi maksud palang pintu berikutan bentuknya yang memajang seperti selak pintu rumah zaman dahulu kala.


Bahan-bahan untuk membuat kuih selak pintu ini juga mudah sahaja sebenarnya. Bahan-bahannya hanyalah adunan tepung gandum, santan, gula, air daun pandan dan sedikit garam. Yang merumitkan adalah proses untuk membuat kelongsong daripada daun pisang, mengisi dan merebus. Proses ini sememangnya memerlukan penelitian yang tinggi.


Memetik dari Harian Metro online, Sabiah Simat, 68 merupakan antara mereka yang berpengalaman dalam membuat kuih selak pintu ini. Puan Sabiha berkata setiap kali Ramadan beliau memang tidak menang tangan memenuhi tempahan dari pelanggan kenalan rapat mahupun jauh. Dalam sehari, beliau hanya mampu membuat kuih ini sebanyak 150 batang sahaja.

Bercakap melalui proses pembuatan kuih selak pintu ini, Puan Sabiah berkata, daun pisang yang digunakan untuk membungkus kuih ini hanyalah menggunakan daun pisang nipah dan kapas kerana jika menggunakan daun pisang yang lain, kuih akan menjadi pahit apabila direbus.

Selain itu, sebelum membuat kelongsong kuih ini, daun pisang harus direbus sebentar supaya daun pisan tidak mudah koyak. Memang agak merumitkan ya! Biasanya kuih tradisional ini mempunyai rasa yang tersendiri dan sedap. 

Apa agaknya rasa kuih selak pintu yang namanya agak unik ni kan? - CARI 
2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Siputjelly 5-6-2018 04:53 AM
sedapnyaaaa! lama tak makan papudak ni. {:childlike
Quote bedahmenjuyah 6-6-2018 08:18 AM
Kali pertama dengar. Kat mana cari?
Quote chinta89 6-6-2018 09:30 AM
oooo menu org Banjar ek. nt nak tanya kwn2 yg asal keturunan banjar.
Quote dewi_rina 7-6-2018 10:08 AM
Kerbau guling pun tak sempat nak try lagi, nie selak pintu pulak

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:46 AM GMT+8 , Processed in 0.050427 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top