CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mahkamah Majistret Tolak Permohonan Reman, Siti Kassim Dibebaskan

25-6-2018 10:35 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 21087| Komen: 194

Description: Semalam, peguam Siti Zabedah Kassim atau lebih dikenali sebagai Siti Kassim dibebaskan dengan jaminan selepas permohonan reman polis terhadapnya berhubung siasatan menghalang tugas penjawat awam dan d ...

sumber : carian internet


Semalam, peguam Siti Zabedah Kassim atau lebih dikenali sebagai Siti Kassim dibebaskan dengan jaminan selepas permohonan reman polis terhadapnya berhubung siasatan menghalang tugas penjawat awam dan didakwa menculik ditolak.

Harian Metro melaporkan, Siti Kassim ditahan kira-kira pukul 12.40 tengah malam Sabtu lalu selepas satu laporan polis dibuat oleh seorang wanita mengenai anak perempuannya berusia 24 tahun yang dipercayai dilarikan oleh Siti Kassim ketika menjalani pemeriksaan psikiatri di Hospital Kajang pada Khamis lalu.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Fadzil Ahmat, Siti Kassim didakwa melarikan wanita itu ketika sedang menjalani pemeriksaan psikiatri di Hospital Kajang.

Tambah Fadzil, polis kemudian menyelamatkan mangsa dari sebuah unit kondominium di Segambut, lebih kurang pukul 9 malam kelmarin.


Wanita itu bagaimanapun mendakwa tuduhan Siti Kassim menculiknya, yang dikatakan dibuat oleh ibunya sendiri, adalah satu pembohongan.

Sehubungan itu, Ambiga Sreenevasan yang mengetuai 12 peguam yang mewakili Siti Kassim berkata, majistret tidak membenarkan permohonan reman itu kerana tidak memenuhi syarat untuk beliau ditahan lanjut.

"Selepas mendengar hujah pihak polis dan peguam, majistret telah tolak permohonan reman," jelas Ambiga.


sumber : carian internet

Siti Kassim sebelum itu dibawa ke Mahkamah Majistret Kajang dalam pakaian lokap, dengan tangannya bergari dan diiringi lima anggota polis.- CARI


17

Bagus
28

Marah
13

Terkejut
17

Sedih
29

Lawak
29

Bosan

Friends Rank (133 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote eyansss 24-6-2018 02:08 AM
dalam kes ni, kalo yang kena culik menafikan diculik, camne ye... ke polis ikut kata makbapak?
Quote munchkin 24-6-2018 02:29 AM
Hnmn. Jangan nak memandai label itu ini.

Mak bapak sekarang ni pun
Quote iloveselangor 24-6-2018 02:52 AM
Anaknya umur berapa?

Sakit mental???
Quote iloveselangor 24-6-2018 02:52 AM
Anaknya umur berapa?

Sakit mental???
Quote OrenTheReturn 24-6-2018 04:50 AM
Tak fahamlah kat msia ni, sampai umur berapa anak2 dianggap dibwh hak milik ibubapa? 19? 21? Umur berapa seorang manusia di msia dianggap dewasa dan mempunyai hak sepenuhnya ke atas dirinya sendiri dan boleh mempunyai pemikiran berbeza, menentukan hala tuju hidopnya sendiri tanpa ibubapa pprt cuba claim si anak lari dari rumah n dianggap melakukan jenayah?
Quote OrenTheReturn 24-6-2018 04:52 AM
Parents pprt ni kadang2 byk drama...nak control anak agaknya.
Quote OrenTheReturn 24-6-2018 04:56 AM
Kjaan kena clear kan skit pasal benda ni....undang2 kata apa? Adakah klu seorang yg mempunyai pemikiran berbeza di dlm menetukan hidopnya drpd kehendak parents pprt walaupun si anak telah mencecah umur 21 thn, maka ibubapa blh menggunakan polis utk  memberi tekanan kepada si anak? Lain lah klu anak buat jenayah.
Quote OrenTheReturn 24-6-2018 05:14 AM
Parents pprt mana ni anak dah umur 24 thn rupanya takkan nak simpan dlm lemari lagi?
Quote OrenTheReturn 24-6-2018 05:17 AM
Harap parents pemikiran pprt ni ditangkap klu cuba merampasss hak anak2 yg dah dewasa ni.
Quote OrenTheReturn 24-6-2018 05:20 AM
Masih ramai lagi netizen pprt kat msia ni, mcm mana nak dianggap #msiabaru?

Masia baru tp netizen pprt. Polis pun pprt. Lawyer pun kena tangkap ntah apa2.
Quote OrenTheReturn 24-6-2018 05:30 AM
Tanggungjwb parents sediakan makan minum tempat tinggal pakaian, bagi kasih sayang perhatian dan pendidikan yg sepatutnya pd seorNg anak. Bila anak dah cecah umur dewasa mereka bertanggungjwb pd diri sendiri ibubapa tak blh buat anak jadi hak milik dorg lagi. Kena belajar melepaskan, klu perangai baik layan anak didik elok insyaalah anak takkan lupa, insyaallah. Tapi jgn nak control anak. Parents mcm ni dasarr tak sedar diri. Bodohh!
Quote tanakkampung1x 24-6-2018 05:57 AM
Berapa umur anak ini? Kalau bawah umur memang masih dalam jagaan ibubapanya
Quote OrenTheReturn 24-6-2018 06:08 AM
Tak perlu sampai nak tangkap siti kassim. Just ambik kenyataan sudahlah, elakkan menganiaya org dlm buat kija. Polis pun perangai mmg tahap donia ke tiga sgtt...senang2 tangkap org. Tgk kes lah jugak. Klu setakat perlu keterangan tak perlulah aniaya org tangkap bagai, lqinlah kes jenayah yg mmg perlu ditangkap.
Quote xAthenax 24-6-2018 06:13 AM
tanakkampung1x replied at 24-6-2018 05:57 AM
Berapa umur anak ini? Kalau bawah umur memang masih dalam jagaan ibubapanya

Budak tu umur 24 tahun
maknya jenis control freak
pi report katanya anaknya nak murtad


Quote tanakkampung1x 24-6-2018 07:03 AM
xAthenax replied at 24-6-2018 06:13 AM
Budak tu umur 24 tahun
maknya jenis control freak
pi report katanya anaknya nak murtad

Dah dewasa rupanya.
Quote ladybugz 24-6-2018 07:24 AM
Betul ke nak murtad atau ade underlying problem? Sometimes, anak2 ni just nk rebel atau ade isu yg die x puas hati kat parents. Sometimes, walaupun dah 24 still ade yg just nk perhatian the parents.
Quote dess402 24-6-2018 07:42 AM
aku rasa baik tangkap aje geng2 yg cuba murtad ..  cuba mempengaruhi atau juga yg cuba menghasut utk murtad dlm negara ini . geng2 yg takde agama sama seperti kumpulan qadiani ..  geng2 shaari yg sesat lagi menyesatkan . gunakan saja undang2 tubuh negeri setidak2nya menhalau depa yg sesat ini kepulau komodo .
puak2 yg tidak beragama lagi tidak berguna . insan2 yg tidak berakhlah lesbian sana sini lagi mengotorkan . jijik .
Quote Burong_Hantuk 24-6-2018 08:05 AM
alah,siti kasim pun sama mental tak stabil
Quote Maideen. 24-6-2018 08:10 AM
OrenTheReturn replied at 24-6-2018 06:08 AM
Tak perlu sampai nak tangkap siti kassim. Just ambik kenyataan sudahlah, elakkan menganiaya org dlm  ...

Sabar Oren, sabar...

Siti kasim dah kata: We are going to make sure the police and JAIS will pay for this. Kita tunggu reaksi Muhyiddin Yasin tentang perangai burok polis dulu. Sifat menjijikkan JAIS memang sudah di ketahui umum..

Lihat semua komen(194)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:27 PM GMT+8 , Processed in 0.328863 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top