CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Anak-Anak Bodoh Lahir Daripada Mak Bapak Yang Bodoh Dan Tak Reti Nak Didik Anak!

26-6-2018 12:02 PM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 15012| Komen: 85|Original author: Oleh: Whitney

Description: Add Image Caption HereKemeriahan Aidilfitri masih lagi terasa dengan adanya jamuan rumah terbuka. Apabila mengunjungi jamuan rumah terbuka, tetamu perlulah menjaga adab serta tidak tamak semasa mengam ...


Kemeriahan Aidilfitri masih lagi terasa dengan adanya jamuan rumah terbuka. Apabila mengunjungi jamuan rumah terbuka, tetamu perlulah menjaga adab serta tidak tamak semasa mengambil makanan. Netizen yang bergelar ibu bapa pula, perlu mengawal keadaan anak-anak supaya tidak menimbulkan kekecohan ketika berada dirumah saudara, sahabat atau kenalan.

Seorang pengguna Facebook menaikkan status kesal serta mengecam tindakan ibu bapa yang tidak mengawal aktiviti anak-anak ketika berkunjung ke rumah orang semasa beraya. Ini kerana, anak-anak tersebut telah mengusik barang-barang milik tuan rumah dan sekaligus merosakkannya.



Netizen bersetuju dengan status lelaki ini memarahi mana-mana ibu bapa yang tidak menjaga dan mengawal anak-anak mereka ketika berkunjung ke rumah orang. Sepatutnya, anak-anak perlu dijaga dan diajar tentang adab ketika berada di rumah tetamu.


Bagaimana pun, ada netizen yang mengecam bahasa kasar lelaki ini yang memberikan gelaran bodoh kepada ibu bapa yang tidak pandai menjaga dan mengawal anak-anak. Iyalah, bukan semua anak-anak mampu mendengar kata ibu bapa mereka dan pengalaman mendidik anak-anak adalah tidak sama.


Ada netizen yang tetap mempertahankan kekasaran bahasa yang digunakan oleh lelaki ini kerana dia sedang marah dan pernah mengalami situasi yang sama.


Netizen ini pernah juga mengecam sikap ibu bapa yang dianggap tidak pandai jaga anak semasa berada dirumah orang, tetapi setelah terjadi pada anak-anak sendiri, barulah dia sedar.


Apa-apa pun, netizen juga menasihati bahawa tetamu yang datang kerumah membawa rahmat dan jika sayangkan harta benda dirumah dan barang tersebut tidak boleh diusik, simpanlah ia jauh dari pandangan anak-anak tetamu.


Hidup dalam bermasyarakat perlukan persefahaman dan toleransi, barulah aman. Masing-masing fikirlah cara terbaik agar dapat meraikan tetamu dengan sebaiknya di samping dapat menjaga harta benda dirumah semasa menerima tetamu. Apa pndapat kalian? - CARI 
19

Bagus
22

Marah
16

Terkejut
27

Sedih
26

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (125 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mohdcrow 26-6-2018 12:27 PM
barang2 collectore items atau benda2 berharga yang disayangi baik sorok jerla time org2 ramai dtg rumah mcm hari raya or kenduri...dahla tak sempat nak tengok...buatnya terlanggar or jatuh lagi la sakit jiwa...baik simpan dalam tempat/bilik yang takleh dilihat org org
Quote MeghanK 26-6-2018 12:32 PM
mohdcrow replied at 26-6-2018 12:27 PM
barang2 collectore items atau benda2 berharga yang disayangi baik sorok jerla time org2 ramai dtg ru ...

dalam kes di atas, tuan rumah memang dah simpan dalam laci dan kunci..salah mak bapak tak reti nak ajar adab kat anak2
Quote ciwi1166 26-6-2018 12:39 PM
setuju sangat. ignorance & tak ajar adab kepada anak2 sendiri. pastu nak beranak pinak pulak.
Quote chinta89 26-6-2018 12:40 PM
yg bekap tu sah2 anak diorg level buka lemari rumah org pahtu main brg2 collectors sesuka hati. huh!
Quote sapeka 26-6-2018 12:41 PM
tapi ibu bapa sekarang mmg x berapa reti tego anak
kalau tgk anak dah tak boleh kawal tu
elok minta diri je la
Quote Artemesiaa 26-6-2018 12:44 PM
Well said.  Sebab tu dari kecik sebelum gi rumah orang tak kira ler masa beraya ke jamuan ke kenduri kendara ke mak pak kenalah ajar adap2 bila berada di rumah orang.  Nanti bila ada yang kata tak beradap bodoh tak reti ajar anak sendiri juga yang marah sentap.  
Quote SLAManya 26-6-2018 12:45 PM
I setuju anak tak berkualiti ni dari baka yang kurang berkualiti
Tapi bab ni i rasa adab.. orang tu kunci kot, kenapa anak ko hauk gi buka kunci segala bagai?? Makpak pula diam je tengok anak kokak barang tuan rumah? I tak boleh hadam makpak species tak tegur anak ni... selayaknya dilabel bodoh
Quote Buritan 26-6-2018 01:16 PM
Tengok kat semejid masa semayang terawikh pun dah cukup.. mak pak buat bodo jee.. ade sayu kes mak buat bodo tak sedar baby kena pijak dgn budak lebih besar.. dah kena pijak tepuk tepuk je laa.. aku geleng pala jahlaaa.. rasanya mak pak zmn dulu lg bagus dr zmn laa nii.. tapi yg best dlm grup wasap siap ckp biar ajelaa budak tuu nak explore.. ataupun kalo semayang tak khusyuk masa terawikh sbb dikaco budak budak ni mksudnyaaa iman tak kuat laa tuu .. hubungan dgn Allah tak ok laa tuu..emmn
Quote emily.topaz 26-6-2018 01:21 PM
Mcm mana mak ayah tak perasan anak masuk bilik rumah org. Sibuk makan sampai tak sedar ke?
Quote haryatie 26-6-2018 01:29 PM
setuju sgtttt..
didik anak2 dan ingatkan ank sebelum pegi rumah org adab2 berada di rumah org
aku mmg x suka kalau budak suka2 hati sentuh sana sini barang2 yg aku display
apa lg kalau kalau mmg aku da simpan berkunci elok2...mau angin terussss...
x kira la sekali pun murah..sbb benda tu aku suka, aku syg..


Quote saviour_09 26-6-2018 01:58 PM
bila jadi benda2 macam ni aku salah kan parents 100%
budak2 apa tau?
mak bapak la main peranan dari rumah sendiri lg

bila bawak ke rumah orang
anak tu dah tau behave
ni tak, bagi muka sangat naahh ambik la anak jadi apa???

Quote besarkecik 26-6-2018 02:18 PM
Aku dah siap siap simpan dah.. Tak ada kes budak selongkar barang.
Quote PristineOne 26-6-2018 02:20 PM
Ni memang species Mak Bapak bodoh bangang...yang Bapak hanya tahu pancut mani buat anak...  Aku selamba ja sound anak sedara.. anak tetamu yg pegi bukak almari perhiasan rumah aku.  Kenapa aku kata ramai Mak Bapak bangang?.... Ada pukul 1 pagi aku jumpa Mak Bapak bawak baby kecik kat Uptown Kota Damansara...... Ada pulak aku jumpa tengah malam kat tempat makan terbuka Carlos USJ yg kiri kanan budak budak kekunun hipster tengah merokok dan vape...si Mak Bapak ni siap bawak baby.....oiiii dera anak ke???
Quote wandacoffee 26-6-2018 02:22 PM

Pandai sgt budak tu cari kunci dan buka...ye ye jer...ntah2 kunci tu tinggal setepek kat pintu...

Tp me personally tak perlula nak melabel bodoh etc...lately pon bukan main byk lagi complaint pasal2 anak2 org lain pakai ayat2 kesat...

Kalau dah kedekut or takut sgt...invite je org yg takde anak..senang...

To me senang aje and tak pyh panajng cerita..sy pon jrg buat open house,dan kalo gi umah org kejap2 je,kalo budak dah buat peel,blah...rumah tak buat open house so tak ramai pon yg dtg ....ade je yg dtg with kiddos tu...yg siap masuk bilik sana bilik sini...weols buat dek je la...nk marah pon mls...kekdg sy naik atas,pesan kat anak and the kids,do and dont...

Brg2 mmg simpan dah yg mana yg anak syg,yg boleh buat bising...get yourself prepare lah...duk maki anak org buat apeee.....dpt dosa je..ntah2 budak tu beso nanti jadi tahfiz,yg duk mengutuk ni tak tau jadi ape.....
Quote BerbiriOren 26-6-2018 02:32 PM
bukan setakat barang collection je..barang2 mahal ak sayang pon ak simpan dalam bilik esp time raya. contoh baby swing Nuna Leaf ak bli 1.6k..simpan lerr.kang dilenjan bdk2 ni..dorg bukan tahu mahal ke idok...
Quote Afifi82 26-6-2018 02:34 PM
Berlambak jenis mak bapak ignorance ni.Last 2 years kita buat open house. Kita siap ckp lg, mkn kat dining area je. Dia siap bagi anak dia mkn sate dgn kuah sate n suruh duduk kat sofa kita. Kita tengah sibuk2 buat air bagai kat dapo. Tau2, sepupu kita dtg and bisik, "kuah sate dah tumpah kat sofa n kapet kau". Mak dia which is my kawan,buat muka buruk siap ckp," biasal la beb, budak2 Ko antar je dobi". No sorry n buat bodoh piang. Ko pikir, aku bule angkut sebijik sofa 3 seater sofa jenis  fabric  pi dobi ke,setan?? Btw, sebelum anak dia jahanamkan sofa n my kapet, anak dia jugak pecahkan my urn & glass punya decor2, ya. .
Quote zaza_lina 26-6-2018 02:40 PM
apesal sejak akhir2 ni banyak issue seperti ini dibangkitkan? haritu isu yang kat cinema tu ni open house plak..

#curious je
Quote CardiGans85 26-6-2018 03:14 PM
Abg aku ade gak kes mcm ni sbb anak sulong manja tlebih, sbb jarak dgn adik dia 6 thn. Semasa kejadian,umur anak sedara darjah 1, main2 kt blk org kt rumah kenduri.

Then, ms tu mmg abg aku dah x bole sabar, dia cubit anak dia. Terus senyap bdk tu. Sampai je rumah,sambung lg kena libas dgn hanger baju.

La ni, jd anak sedara yg plg behave la.
Quote armin 26-6-2018 03:21 PM
Memang bodoh pun makpak mcm ni. Sama macam makpak yg bwk anak2 gi tgk movie rated 18 or bwk baby. Baby nangis blh biar je. Pastu alasan konon org tak faham sbb xde anak lg.

Kalau raya collector simpan dlm 1 bilik then kunci semua tu. Tp makpak pun kalau dah bodoh mmg biar je anak buat mcm2 kt harta org.

Lihat semua komen(85)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:21 PM GMT+8 , Processed in 0.148192 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top