CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wajib Lulus Bahasa Inggeris Spm Tahun 2016

9-9-2013 11:13 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2494| Komen: 0

Description: Kuala Lumpur: Mulai 2016, Mata Pelajaran Bahasa Inggeris Akan Dijadikan Kertas Wajib Lulus Di Peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (Spm).
 
Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Damansara Utama, Zulaika A Rahman (tengah) bersama pelajarnya meninjau pameran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 selepas Majlis Pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, semalam. 


Kuala Lumpur: Mulai 2016, mata pelajaran Bahasa Inggeris akan dijadikan kertas wajib lulus di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). 

Ia dilaksanakan kerana rekod menunjukkan hanya 28 peratus murid mendapat minimum kredit dalam Bahasa Inggeris pada SPM 2011 yang ditanda mengikut standard kertas Cambridge 1119. 

Selain itu, kelemahan penguasaan kemahiran Bahasa Inggeris dalam kalangan siswazah adalah antara isu yang dihadapi majikan pada 2006. 



Berdasarkan statistik itu, kerajaan akan berusaha menambah masa atau ‘contact hours’ dalam kelas agar pendedahan murid dalam Bahasa Inggeris akan lebih mendalam. 

Laksana sistem set 

Kerajaan juga akan melaksanakan Sistem Set untuk membahagikan murid kepada kumpulan tertentu bagi membolehkan guru merangka pendekatan pedagogi yang sesuai dengan tahap kemahiran dan keperluan pembelajaran murid. 

Selain itu, pendedahan berterusan kepada murid diperluaskan dengan modul Sastera dalam Bahasa Inggeris akan diwajibkan kepada murid sekolah rendah dan menengah. 

Uji kemahiran guru 

Selain itu, guru Bahasa Inggeris akan diuji kemahiran mereka melalui Cambridge Placement Test (CPT). 

Setakat ini 5,000 guru sudah mengikuti latihan lanjutan yang dianjurkan oleh British Council, manakala 9,000 lagi dijangka menyertai kursus berkenaan pada Oktober ini. 

Bagi memastikan semua guru mendapat manfaat, kerajaan akan memastikan 61,000 guru mengikuti CPT dalam tempoh dua tahun bagi membolehkan murid mengikuti pembelajaran daripada guru yang mempunyai kemahiran mengikut standard antarabangsa.

2

Bagus
14

Marah
8

Terkejut

Sedih

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (31 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:08 PM GMT+8 , Processed in 0.065154 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top