CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

RM1950 Habis Dalam Masa 7 Minit? Apa Yang Telah Lelaki Ini Belanjakan?

8-8-2018 01:10 PM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 6936| Komen: 37|Original author: Oleh: Whitney

Description: Tidak dapat dinafikan kos sara hidup sekarang semakin meningkat. Harga rumah melambung tinggi, dan masih ramai yang masih belum mampu untuk membeli rumah rumah dan terpaksa menyewa. Sewa rumah juga bu ...

Gambar hiasan

Tidak dapat dinafikan kos sara hidup sekarang semakin meningkat. Harga rumah melambung tinggi, dan masih ramai yang masih belum mampu untuk membeli rumah rumah dan terpaksa menyewa. Sewa rumah juga bukanlah murah lebih-lebih lagi apabila tinggal di bandar. Kereta pula menjadi keperluan apabila sudah berumah tangga dan mempunyai anak. Itulah orang kata, apabila sudah berkahwin, tanggungjawab dan komitmen semakin besar demi memenuhi keperluan seisi keluarga. 

Seorang pengguna twitter telah memuat naik status tentang hakikat yang perlu diterima apabila seorang itu sudah dewasa lebih-lebih lagi apabila sudah berkahwin. Sekiranya pendapatan bulanan tidak begitu besar tetapi keperluan hidup semakin mahal, seseorang itu terpaksa berkorban dari pelbagai segi dan perlu mencari pendapatan sampingan bagi memenuhi segala keperluan hidup. Duit gaji bulanan yang baru diterima boleh habis dalam masa beberapa minit sahaja. 





Duit gaji habis dalam beberapa minit sahaja
Rata-rata netizen sama ada yang sudah berkahwin ataupun belum berkahwin bersetuju dengan status twitter lelaki ini. Setiap orang mempunyai komitmen tersendiri dan dalam beberapa minit sahaja, gaji yang mereka dapat boleh habis kerana membayar komitmen setiap bulan. Itulah hakikat yang terpaksa netizen terima dan berusaha untuk mendapatkan lebih wang.



Ramai takut nak kahwin!
Ada netizen yang belum berkahwin mula takut untuk mendirikan rumah tangga. Mereka risau sekiranya mereka tidak mampu menunaikan tanggungjawab sebaiknya kepada isteri dan anak-anak mereka. Iyalah, semasa hidup bujang pun duit mereka hanya cukup-cukup untuk keperluan dirinya, inikan pula untuk menanggung keperluan seisi keluarga. 


Orang bergaji besar pun masih tak cukup duit

Gaji yang besar juga belum tentu cukup bagi sesetengah netizen kerana ada pepatah "semakin besar periuk, semakin besar keraknya". 

Apa-apa pun kenalah bersyukur dengan rezeki yang ada dan sentiasa berusaha untuk memperbaiki tahap kehidupan kepada yang lebih baik. Setuju tak? - CARI

14

Bagus
19

Marah
15

Terkejut
7

Sedih
8

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (76 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nisako 8-8-2018 01:43 PM
normal la ni………….. mmg habis gitu saja
Quote nishikido 8-8-2018 01:55 PM
Normal lah ni..lagi sadis,ko anak sulong..hari pertama gaji separuh bagi parents and adik2, another half untuk ko..sewa+makan+tambang kerja..gaji pulak 1200,fresh graduate..tapi baru minggu ke3,adik mntak lagi..nak beli itu ini.ko bagi jugak walaupun untuk minggu seterusnya ko xtaw nak makan apa..Dan akhirnya adik2 ko lebih berjaya,gaji lebih and dia ada degree sedangkan ko tetap camtu..
Quote mieymiey 8-8-2018 02:02 PM
Dari bank dia datang, kepada bank juga dia kembali
Quote sinalegna 8-8-2018 02:12 PM
Things that TV drama won't show u..
Quote Artemesiaa 8-8-2018 03:10 PM
Perkara biasa bagi orang dewasa yang dah berkerja.  
Quote saviour_09 8-8-2018 03:19 PM
perkara biasa ni
Quote rifaa 8-8-2018 03:39 PM


dari bank ke bank jua kembalinya
Quote ckenj 8-8-2018 03:51 PM
normal la tuh..melainkan ko anak org have have.semoga tabah menjalani kehidupan.
Quote gerbera.memopad 8-8-2018 04:11 PM
I feel you dude. Tak payah lama dua hari lepas gaji je mesti start ternanti2 next gaji

Tapi being independent ni wujudkan suatu rasa bangga dalam diri tau . Walaupun bila angin tak baik aku cerca diri sendiri balik "nak sedapkan hati sendiri la tu"
Quote eyansss 8-8-2018 05:28 PM
nishikido replied at 8-8-2018 01:55 PM
Normal lah ni..lagi sadis,ko anak sulong..hari pertama gaji separuh bagi parents and adik2, another  ...

insya Allah, akan dapat nanti tu rezeki terpijak kat ko...

teringat Dr Fadzilah Kamsah cerita ngan kami...  ada sorang makcik ni mengadu yang dia selalu buat keje orang lain last2 orang tu dapat nama n naik pangkat n gaji...  pastu Dr Fadzilah tanya, anak ada berapa...  dia tanya la anak keje apa...  makcik tu cakap la, dokter la loyer la (tapi keje besau la)...  Dr Fadzilah tanya anak bagi tak duit...  makcik tu bagitau la ada siap bagitau bape jumlah...  pastu Dr Fadzilah cakap la, Allah sedang bayar gaji makcik yang sepatutnya makcik bagi tu melalui anak2...  semua anak2 berjaya, semua bagi duit bulanan banyak....
Quote nishikido 8-8-2018 06:11 PM
eyansss replied at 8-8-2018 05:28 PM
insya Allah, akan dapat nanti tu rezeki terpijak kat ko...

teringat Dr Fadzilah Kamsah cerita n ...

Hehe.. insha'Allah sis..tak mintak balasan pon cuma mintak dorang banggakan dan limpahkan kesenangan tuk parents pon syukur alhamdulillah,sebab saya tak mampu..adik bawah saya kerja gomen gred besar, sekarang mak ayah pergi hospital dapat duk kelas pertama..benda2 camni pon sy dah syukur sangat2..
Quote Bangku 8-8-2018 07:13 PM
Edited by Bangku at 8-8-2018 07:15 PM

Mak aku selalu pesan...bersyukur dng apa yg Ada..sederhana dlm hidup..duit sebukit pun takkan cukup...ingat selalu...apa yg kita ada tak kekal...maksud dia...jng kejar duit...kejar akhirat...jng ikutkan nafsu tamak...tak cukup manjang...
Quote eyansss 8-8-2018 07:39 PM
nishikido replied at 8-8-2018 06:11 PM
Hehe.. insha'Allah sis..tak mintak balasan pon cuma mintak dorang banggakan dan limpahkan kesenang ...

alhamdulillah... rezeki kat situ... semoga korang sekeluarga terus sukses dan senang...
Quote RatuDunia94 8-8-2018 08:21 PM
Nak sedapkan hati sendiri cakap je kat diri sendiri.. "Alif Syukri gaji sebulan RM250K sebulan pon x cukup".
Quote Foxey 8-8-2018 09:54 PM
Ingatkan belanja apa tadi. Rupanya byr komitmen bulan2. Yeah, unless you come from a rich background, nilai gaji tiap2 bln mmg kena potong dulu komitmen yg ada. Apapun, i am still grateful, cukup makan pakai plus rumah kecik.
Quote faraway1 8-8-2018 09:57 PM
ingatkan pi shopping lupa diri, rupanya banyak bill tu semua.
Quote retnoel 8-8-2018 11:15 PM
Normal je camtu skng ni.. Iskh isk
Quote NurAlia14 9-8-2018 12:08 AM
nishikido replied at 8-8-2018 01:55 PM
Normal lah ni..lagi sadis,ko anak sulong..hari pertama gaji separuh bagi parents and adik2, another  ...

Ini sadis.
Quote BebeQ 9-8-2018 12:28 PM
Macam tu la harganya sekarang. Anak 2 orang harga tu. Kalau anak 3 orang, tambah lagi rm500.
Kadang orang tak faham kenapa ada orang malas nak layan bila ditanya 'tak nak tambah anak lagi ke?'.
Kos tu tinggi.

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:25 AM GMT+8 , Processed in 0.063806 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top