CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Tahan Dihina, Pengantin 11 Tahun Kini Tinggal Di Hutan

10-8-2018 10:29 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 16939| Komen: 189

Description: Dihina dan dipinggirkan masyakarat menyebabkan peraih getah yang berkahwin dengan budak berusia 11 tahun terpaksa memindahkan isterinya di kawasan kebun getah di Gua Musang.
Dihina dan dipinggirkan masyakarat menyebabkan peraih getah yang berkahwin dengan budak berusia 11 tahun terpaksa memindahkan isterinya di kawasan kebun getah di Gua Musang.


Harian Metro melaporkan, lelaki berkenaan memindahkan isteri dan ibu bapa mentuanya ke sebuah rumah di kawasan pedalaman itu sejak minggu lepas.

Foto: Harian Metro
“Selepas perkahwinan kami tular, isteri saya bukan sahaja diejek dengan pelbagai panggilan oleh penduduk kampung, malah ada yang sanggup mengambil gambarnya sebelum menyebarkan kepada individu lain melalui aplikasi WhatsApp.

"Tidak tahan melihat mereka diperlakukan sedemikian rupa, saya memindahkan mereka ke kebun getah yang terletak di kawasan pedalaman."

Dia juga berharap agar tiada lagi gangguan dari masyarakat terhadap isteri dan keluarganya.

“Tempat tinggal mereka kini agak jauh di dalam hutan dan hampir setiap hari saya terpaksa berulang-alik untuk menghantar bekalan makanan serta perbelanjaan harian kepadanya.

“Biarkan terpaksa memandu berjam lamanya, pada saya kegembiraan dan keselamatan isteri dan keluarganya adalah yang utama buat masa ini," tambahnya.

Foto: Utusan Online
Sementara itu dia juga tidak akan berputus asa untuk memujuk isterinya untuk belajar di sekolah pondok.

“Saya tidak akan putus asa dan akan terus berdoa supaya satu hari nanti dibukakan pintu hatinya untuk belajar di sekolah pondok memandangkan dia tidak berminat meneruskan pelajaran dalam bidang akademik."

Pasangan ini berkahwin di sebuah masjid di Kampung Padang Nyor di Munduk, Thailand pada 18 Jun. -CARI
23

Bagus
37

Marah
19

Terkejut
30

Sedih
30

Lawak
39

Bosan

Friends Rank (178 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fushimi 10-8-2018 09:39 AM
bodohnya letak bini dalam hutan

bangang punya jantan
Quote noor2 10-8-2018 09:47 AM
Walau pun aku tak sokong perkahwinan budak ni dgn orang tua. .....tapi aku lagi benci masyarakat Melayu yang suka mengejek budak ni dan keluarganya. ...tak perlu sokong dan tak perlu ejek pun...buat tak tahu sudah. ...
Quote kucing_gebu 10-8-2018 09:49 AM
bodohnya....
selayaknya lah dikecam...ada ke patut letak dlm hutan. padanlah dgn mak pak bdk pompuan tu. sanggup kawenkn anak dgn jantan ni konon nk keluar dr kepompong kemiskinan. Last2 dh jd mcm org utan...xcampur dgn masyarakat luar.

Aku rasa xdak maknanya org nk kecam hebat sgt kalau duk dlm masyarakat biasa. Rasa aku lg baik dia bw budak tu pindah duk bandar/pekan berhampiran...duk di taman2 perumahan baru ke....yg mn kebanyakan penduduk sibuk dgn urusan harian...xde masa nk kecam sgt....dh kata pun kaya kan....takat nk sewa rumah teres apa de hal....
Quote darkness 10-8-2018 09:51 AM
Haritu kata tidak hidup sebumbung?
Quote rospinki 10-8-2018 09:53 AM
sebok sgt masyarakat dgn budak tu..eleh mcm anak daro korang tu virgin sgt
Quote krustykrab 10-8-2018 09:56 AM
fushimi replied at 10-8-2018 09:39 AM
bodohnya letak bini dalam hutan

bangang punya jantan

khennnn...patutnya ko beli kondo mewah kat kl....bawak dia dtg sini...masukkan dia ke sekolah swasta sini...tentu sidia happy
6 bulan lagi dia akan minta cerai dari ko


meluat betui aku baca ayat2 dia, tak kisah la berulang alik berjam ke hutan sbb sayangkan bini....bini2 tua ko camna skrg?dgr citer suruh ko buat pilihan


Quote takayama 10-8-2018 09:56 AM
Sian plk dekat bdk tu, br 11 tahun elok dlm kg berpindah plk msk hutan
Quote chandrahusin 10-8-2018 09:58 AM
budak tu plk yg kena kecam?
peliknya lah masyarakat
ptt jantan tu yg kena keji
kaya mcm dia tu beli la bini rumah area gated & guarded
baru lah org meleleh air liur tgk korang
Quote tukul 10-8-2018 09:59 AM
Tengok la brp lama pakcik leh tahan kena hantar makanan perbelanjaan ke dlm hutan....Allah dah makbul tu...katakan niat kawin nak menjaga...haha
Quote tukul 10-8-2018 10:01 AM
kucing_gebu replied at 10-8-2018 09:49 AM
bodohnya....
selayaknya lah dikecam...ada ke patut letak dlm hutan. padanlah dgn mak pak bdk pompua ...

Mana boleh duk pekan...nanti budak umur 11 tahun ni jadi cerdik...mata terbukak luas tgk dunia...menyesal budak tu kawin dgn org tua...so akal pakcik tu antar duk hutan kawan dgn monyet je
Quote prettyuglybabe 10-8-2018 10:06 AM
alasan je tu.. sengaja nak buat bini dengan mak bapak dia jadi bergantung hidup..
so dorang jadi lagi takut untuk berpisah kalau tak sapa nak tolong sara dorang nanti..
and dengan asingkan mereka dari orang, takde la minda dorang berkembang..
kalau dia tido dengan budak tu pun, dia tak tau nak tuntut hak macam mana..
dah nak keluar rumah nak makan minum pun kena tunggu laki dia bawak..
semoga jantan ni mampus digelek lori je.
Quote Foxey 10-8-2018 10:07 AM
adaka patut dihantar suruh duduk dalam hutan. kot ye pun, pindahkan la ke kampung lain ke, yang mana ada fasiliti untuk selesa.
Quote krustykrab 10-8-2018 10:12 AM
prettyuglybabe replied at 10-8-2018 10:06 AM
alasan je tu.. sengaja nak buat bini dengan mak bapak dia jadi bergantung hidup..
so dorang jadi la ...

kannnn...saja nak bagi diorg 100% bergantung kat dia dlm hutan tu...esok dh bosan dgn cekpit bini baby, entah2 sebulan sekali baru dtg jengah kat hutan tu...rasakan korg makpak yg takde otak

Quote krustykrab 10-8-2018 10:14 AM
wan jijah patut ambik tindakan, sbb jantan ni dah melampau....bagi dia arahan utk pindahkan binik baby kat tempat selesa...htr bini baby ke sekolah swasta yg mana biasanya org2 kaya ni tak ambik port sgt nak ejek or hina.

or lebih elok beli kondo kawasan expatriate, kl ni byk, biar bini baby hidup selesa...
Quote Idgaf 10-8-2018 10:17 AM
poyonya, mcm la xbole pindah bandar. kt bandar xde sape heran kat korang aihh
Quote fushimi 10-8-2018 10:18 AM
lobai semua diam tak berkutik

bodoh punya jantan selayaknya ko ngan bini ko kena cerca

Quote Teru2Bozu 10-8-2018 10:18 AM
bapa kepada empat anak je ke dia highlight? asal tak letak fakta suami kepada 3 isteri skali?
Quote dodolgemokgila 10-8-2018 10:24 AM
So boleh jadi the next tarzan tpi versi moslemah?
Quote syidarohim 10-8-2018 10:24 AM
kesian pulak la dengan budak tu.
sepatutnya  budak tu dibantu, bukan dikeji-keji lagi...

apa la budak tu tau... dia tu mangsa je kalau nak difikir-fikirkan...

Lihat semua komen(189)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:10 AM GMT+8 , Processed in 0.073243 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top