CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Infozon Lihat artikel

Maraton Muzik Di Hujung Minggu Bersama IKON Dan Winner Macpiepro

17-8-2018 12:10 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2886| Komen: 5

Description: Kuala Lumpur, 17 Ogos 2018 - Peminat K-pop Malaysia sangat bertuah kerana dua kumpulan ternama yang bernaung di bawah pengurusan YG Entertainment iaitu iKON dan WINNER bakal berkunjung ke negara ini.




Kuala Lumpur, 17 Ogos 2018 - Peminat K-pop Malaysia sangat bertuah kerana dua kumpulan ternama yang bernaung di bawah pengurusan YG Entertainment iaitu iKON dan WINNER bakal berkunjung ke negara ini.

Kunjungan mereka yang dibawa khas oleh MacpiePro ini merupakan sebahagian daripada siri jelajahan dua kumpulan ternama itu.

Konsert anjuran MacpiePro, iKON 2018 CONTINUE TOUR IN KUALA LUMPUR dan WINNER 2018 EVERYWHERE TOUR IN KUALA LUMPUR akan diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam pada 13 Oktober (Sabtu) dan 14 Oktober (Ahad), bermula pada pukul 6 petang.

WINNER akan membuat penampilan pertama mereka di Malaysia, manakala ini adalah kemunculan kali kedua untuk kumpulan iKON.


Konsert dua hari berturut-turut pada hujung minggu itu, membuktikan bahawa MacpiePro memenuhi janji untuk menyemarakkan lagi persembahan secara langsung di masa akan datang kepada peminat-peminat K-Pop tempatan. iKON dianggotai oleh tujuh ahli iaitu, B.I, Jay, Bobby, Song, Ju-ne, DK dan Chan. Huruf "C" dalam "ICON" digantikan dengan "K" bagi membayangkan bahawa anggota kumpulan tersebut mampu menjadi ikon Korea. Sementara itu, kumpulan WINNER yang dianggotai oleh empat pemuda, Yoon, Jinu, Hoony dan Mino.

Tiket untuk setiap konsert berharga RM693 (Zon IKONIC / INNER CIRCLE), RM673 (Zon Merah), RM573 (Zon Kuning), RM483 (Zon Ungu), RM373 (Zon Hijau) dan RM273 (Zon Biru).

Menepati kehendak ramai iaitu "MUZIK TANPA TEKANAN", pihak MacpiePro menawarkan harga tiket yang berpatutan secara eksklusif kepada penonton remaja untuk hadir pada kedua-dua konsert tersebut kerana harga istimewa itu pernah ditawarkan dalam pesta muzik anjurannya sebelum ini.

Peminat yang berumur 18 tahun ke bawah berhak menikmati harga istimewa RM98 untuk tiket berharga RM273 untuk kedua-dua konsert ini.

Tiket boleh didapati melalui www.ticketcharge.com.my mulai 12 tengah hari, mulai 23 Ogos 2018 untuk konsert iKON 2018 CONTINUE TOUR IN KUALA LUMPUR.




Untuk jualan tiket WINNER 2018 EVERYWHERE TOUR IN KUALA LUMPUR, akan bermula pada pukul 2 petang pada hari yang sama.

Untuk 400 peminat pertama yang membeli tiket Zon IKONIC/INNER CIRCLE, atau 150 orang peminat pertama yagn membeli tiket Zon Merah, berhak untuk mendapat PAS SOUNDCHECK, manakala 280 orang peminat pertama yang membeli tiket Zon Kuning akan mendapat PAS SENDOFF untuk mengucapkan selamat tinggal kepada kumpulan kegemaran masing-masing. 

Selain itu, setiap pembeli akan mendapat poster rasmi juga. Semua itu bergantung kepada terma dan syarat-syarat yang telah ditetapkan. Pastikan anda mengikuti @MacpiePro di Facebook dan laman web rasmi www.macpiepro.com untuk perkembangan terkini.



35

Bagus
39

Marah
13

Terkejut
27

Sedih
23

Lawak
31

Bosan

Friends Rank (168 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rogayahtop 17-8-2018 02:01 PM
takde ke yg nak bawak sepanduk nanti lol?. tak haram ke hiburan berjimba semua ni nok. dahla bercampur lelaki pompuan tempat gelap. kalau dlm jamban tau pulak takut puak akak2 hijabster kpoop ni.

Quote melinda_kerr 17-8-2018 11:10 PM
Ok i wanna go. Tk fhm why certain people salty sgt dgn kpop artist. They make music sama jer mcm artis2 negara lain. So why bother 3x!
Quote iloveyou 18-9-2018 03:25 PM
tak sabarrrr nak pegiii. tix dah beli. haiii winnnerrrr
Quote nishikido 18-9-2018 08:03 PM
iloveyou replied at 18-9-2018 03:25 PM
tak sabarrrr nak pegiii. tix dah beli. haiii winnnerrrr

Seriously chuolls dah beli..bestnyerrrrr.tapi I minat iKON.bi,jay dengan Bobby...tapi i xde geng nak pergi..tak sapa nak layan K-pop dekk bila dah baya2 hakak ni tapi hakak dulik apa..lulz..kena kecam dengan laki sendiri pon meolls gagahkan jua pasang lagu K-pop lam kereta..

Quote iloveyou 19-9-2018 09:44 AM
nishikido replied at 18-9-2018 08:03 PM
Seriously chuolls dah beli..bestnyerrrrr.tapi I minat iKON.bi,jay dengan Bobby...tapi i xde geng n ...

aah u, i beli masa hari tix release aritu.
i menunggu tix free iKon ni, hahaha. kot2 cousin i dpt ke, mmg i pegi la hihihihi.
i pun mcm u la x de kwn yg lyn sgt kpop ni, luckily cousin2 ada & bff.
semua stan YG artis hehehe.

klu la blackpink buat tour sini, mmg i beli jugak niii


Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:17 AM GMT+8 , Processed in 0.076392 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top