CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Guris Hati Golongan Gemuk, Baju Ditarik Semula Dari Pasaran Online

13-9-2018 05:27 PM| Diterbitkan: Cari-suzy| Dilihat: 4279| Komen: 10|Original author: Oleh: Suzy

Description: Peruncit fesyen atas talian, Revolve teruk dikecam netizen apabila mempromosikan sehelai baju panas yang memaparkan ungkapan, "Gemuk Bukan Suatu Kecantikan, Ia Hanya Satu Alasan".


Peruncit fesyen atas talian, Revolve teruk dikecam netizen apabila mempromosikan sehelai baju panas yang memaparkan ungkapan,        "Gemuk Bukan Suatu Kecantikan, Ia Hanya Satu Alasan". 

Promosi pakaian itu menjadi tular selepas model dan pengasas #SelfLoveBringsBeauty, Felicity Hayward berkongsikan iklan itu di laman Twitter miliknya. 


Foto: Metro UK

Netizen yang melihat muat naik tersebut turut meluahkan rasa jijik mereka pada mesej yang disampaikan pakaian terebut. 


Pengguna Twitter sebahagian besarnya mengutuk ungkapan pada baju itu dengan salah seorang daripada mereka mempersoalkan tujuan pakaian tersebut disediakan sehingga saiz XL. 

"Baju ini perlu dibakar dengan serta-merta. Ia tidak boleh wujud di dunia sama sekali. 

"Pelik ia boleh didapati dalam saiz XL. Sungguh ironi berbanding mesej yang disampaikan pada baju tersebut," ujar netizen lain. 

Melihatkan semakin ramai yang mengecam mereka, pihak Revolve telah menarik balik penjualan pakaian tersebut di laman web mereka. Baju yang dilabel sebagai Paloma Sweater itu sebelum ini boleh didapati pada harga 162 Pound British (RM876.35)


Sementara itu, menerusi paparan skrin di media sosial yang dikongsikan artis Florence Given, pakaian itu sebenarnya dicipta hasil kerjasama jenama LPA dengan lima wanita untuk memberikan pendedahan bagaimana perbuatan mengejek memberi kesan yang buruk kepada seseorang. 

Menurut Florence lagi, model yang dikaitkan dengan pakaian tersebut, Paloma Elsesser turut meminta ungakapan itu dibuang dari pakaian tersebut. Bagaimanapun, belum ada kenyataan rasmi daripada jenama pakaian itu mengenai rekaan baju panas berkenaan yang dikatakan berniat baik, namun telah disalahertikan. - CARI
35

Bagus
30

Marah
20

Terkejut
34

Sedih
32

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (170 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote buapakperut 13-9-2018 05:53 PM
halahhh baru nak beliiii
Quote shernazz 13-9-2018 06:16 PM
Alahai
Naseb si gundu
Quote merrissa 13-9-2018 06:19 PM
Edited by merrissa at 13-9-2018 06:21 PM

kalo kata being thin it's not beautiful pon bakalan kene kecam....

xleh ke just ckp you're beautiful no matter what shape you are...or i beautiful, u beautiful too

teringat plak cter sierra burgess.....ada adegan pompuan tuh cium laki tu time mata laki tu tutop..so laki tuh xtau sapa yg cium

banyak la yg komen...cakap pompuan gemok tu sexually assault that guy

eleh tapi kalo cter snow or white sleeping beauty tuh xde sapa lak nk ckp cmtu
laki tu cium snow white tanpa kebenaran jugak
sebabnya laki tuh hensem n seorg putera...... so dipanggil true love

cannot brain

dah merepek apa aku ni....kahkahkah
Quote AbukRokok 13-9-2018 06:21 PM
kecantikan adalah hak milik setiap insan
Quote RatuDunia94 13-9-2018 08:33 PM
Gemuk adalah satu penyakit..
Quote chicozinn 13-9-2018 10:55 PM
Gemuk itu awesome bak kata abam bocey..last2 heollss upah personal trainer n wat diet..ckap xsrupa bikin..{:dot
Quote Gingerly 14-9-2018 11:35 AM
Hak kemanusiaan dow.. Common sense.
Takde org mintak jd gemuk hodoh dan miskin malang. Papepun bagi semua org peluang ruang yg sama rata. Takyah duk tindas sgt gemuk ke apa. Bukanla diri sendiri ternyata perfect bak dewi kahiyangan sesuci lebaran pujaan laki miang
Quote Artemesiaa 14-9-2018 11:54 AM
Jenis cepat sentap semua benda pun salah jadinya
Quote najib888 14-9-2018 08:29 PM
Org gemuk mmg bermasalah... Pemalas, penyegan..kuat sentap.. Gemok is awesome pala bana!
Menyusahkan org.. Naik pengangkutan awam mmg seksa.  2 seats dia sorg je.. Kalau lagi hanat, siap ngan pakej busuk..
Org tegur, suruh jaga badan.. Jaga diet & senam selalu, sentap!  
Harap cepat mampos gemuk indenial ni..

#silakecam
Quote umbut 14-9-2018 10:23 PM
Salah ke mesej tu... its true

Knp gemuk sentap

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:08 AM GMT+8 , Processed in 0.049005 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top