CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Kisah Honey, Si Ikan Lumba-Lumba Yang Menyentuh Hati Netizen Seluruh Dunia

24-9-2018 12:20 PM| Diterbitkan: awanearisu| Dilihat: 4344| Komen: 9|Original author: Oleh: CSuy

Description: Ikuti kisah ikan lumba-lumba yang menjadi 'penunggu' sebuah taman marin di Jepun ini.
Sumber Foto: Portal video Vimeo


Taman Akuarium Marin Inubosuki terletak di bandar Choshi di kawasan Chiba Prefecture, Jepun. Setelah berlakunya krisis nuklear dan gempa bumi pada tahun 2011, taman ini secara rasminya ditutup disebabkan bilangan pengunjung yang semakin merosot. Sewaktu penutupannya, pengurusan taman marin ini menyimpan kisah yang kurang enak: mereka telah mengurung sekali hidupan laut yang menghuni taman marin tersebut

Seekor ikan lumba-lumba bernama Honey, 46 ekor penguin dan beratus-ratus ikan dan haiwan reptilia telah dikurung di dalam taman marin tersebut sehingga kini. Menurut laporan Reuters, Honey telah ditangkap di Taiji, sebuah pekan pelabuhan yang terletak di sebelah barat bandar Choshi. Pekan ini terkenal dengan acara memburu ikan lumba-lumba yang dijalankan setiap tahun. Hasil tangkapan akan dibunuh untuk dimakan ataupun dijual kepada pihak ketiga seperti taman marin ini. 


Apabila acara tahunan ini dipaparkan di dalam sebuah filem dokumentari yang berjudul The Cove, amalan pemburuan ini telah mendapat kritikan yang hebat. Akibatnya, Persatuan Zoo dan Akuarium Jepun bersetuju untuk menghentikan pembelian ikan lumba-lumba yang ditangkap dari acara tahunan tersebut.

Sumber Foto: IMDB

Honey tinggal keseorangan di dalam kolamnya dalam suasana yang sunyi. Namun demikian, terdapat kakitangan yang menyediakan makanan untuknya dan juga hidupan laut lain setiap hari.

Sumber Foto: Reuters

Menurut Reuters lagi, usaha-usaha untuk menghubungi pihak pengurusan taman marin Inubosuki sentiasa berakhir dengan kegagalan. Sikap berdiam diri pihak pengurusan membuatkan para aktivis haiwan berasa bimbang dan hilang kepercayaan. Aktivis-aktivis haiwan yang memantau situasi taman marin Inubosuki berasa bimbang dengan keadaan Honey yang menunjukkan tanda-tanda stres. Honey kerap kali mengeluarkan kepalanya di atas permukaan kolam. 

Sebuah organisasi, The Dolphin Project mengambil inisiatif dengan memuatnaik sebuah video mengenai taman marin Inubosuki pada 31 Ogos 2018 di portal video Vimeo. Video yang dirakam menggunakan sebuah dron menunjukkan keadaan Honey yang keseorangan di dalam kolam. Suasana sunyi di taman marin Inubosuki menambahkan lagi rasa simpati mereka yang menonton video tersebut.

Kini video tersebut telah tular di beberapa laman sosial bersama-sama tanda pagar #SaveHoney.  Menerusi perkongsian video yang sama di laman sesawang Reddit, seorang pengguna Reddit telah membawa khabar gembira. Dikatakan bahawa pihak berkuasa tempatan telah berjaya menghubungi pihak pengurusan taman marin ini. Usaha untuk memindahkan Honey ke lokasi yang lebih sesuai sudah bermula.


Sumber Foto: Reddit

Netizen yang prihatin dengan situasi Honey berasa lega dengan perkhabaran tersebut. Semoga Honey dan juga hidupan-hidupan lain yang menghuni taman marin ini mendapat pembelaan yang sewajarnya. - CARI 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote meisapoya 24-9-2018 01:21 PM
Inu nya perangai org zoo tu. Sian honey.
Semoga nanti dia happy di tempat baru
Quote nooriesz 24-9-2018 01:36 PM
kesiannyee.. tp dolphin ni bkn hidup berkumpulan ke
Quote BoLapciOus 24-9-2018 02:38 PM
kesiannya honeyyyy...dahla comel!alone plak..so sad!!
Quote LostStar 24-9-2018 02:44 PM
sedihnya tgk video tu..mmg dia stress la xdak kawan..  
Quote matkpop 24-9-2018 11:07 PM
kesian dolphin ni
Quote sinalegna 24-9-2018 11:29 PM
So sad.. nape la nak kurung haiwan liar lelama, stress binatang tu
Quote eyansss 25-9-2018 02:34 AM
nooriesz replied at 24-9-2018 01:36 PM
kesiannyee.. tp dolphin ni bkn hidup berkumpulan ke

yup sebab tu aktivis marah penangkapan dolphin untuk letak kat aquarium...  dan diorang paling marah bila ada program swim & ride with dolphin sebab dolphine ni very delicate creature and human touch akan bagi unnecessary stress pada diorang...  apatah lagi kalo kena tunggang peluk segala...
Quote chinta89 26-9-2018 05:04 PM
siannya Honey
Quote Artemesiaa 27-9-2018 12:07 PM
Siannya haiwan yang ditinggalkan sebegitu.  Sebab tu selain ikan lumba2 kalau ada aktiviti naik gajah atau kereta kuda elok tak perlu joint.  Kesian lihat mereka dirantai dan diikat sekadar untuk bagi keseronokan untuk manusia.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:48 AM GMT+8 , Processed in 0.254739 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top