CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Wanita Bertuah Terpilih Bercuti Sambil Dibayar Menjaga Kucing Di Kepulauan Greek..

14-11-2018 11:33 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 4783| Komen: 23|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Description: Pernahkah anda berangan-angan untuk berbaring santai memeluk kucing berbulu lembut, sambil melihat panorama matahari terbenam di tepi pantai yang indah? Mungkin ini bukan impian anda seorang!

Pernahkah anda berangan-angan untuk berbaring santai memeluk kucing berbulu lembut, sambil melihat panorama matahari terbenam di tepi pantai yang indah? Mungkin ini bukan impian anda seorang!


 

Kredit foto: Facebook


Bulan Ogos yang lepas, sebuah pertubuhan penyelamat kucing God's Little People Cat Rescue telah menawarkan sebuah pekerjaan sambil bercuti buat penggemar kucing yang cintakan pengembaraan dan suasana pantai yang santai. Pekerjaan itu ialah untuk menjaga 55 ekor kucing comel di sebuah pusat jagaan mereka yang terletak di Kepulauan Syros, Greek.


 

Kredit foto: Facebook


Sebagai ganjaran, pemohon yang berjaya bukan sahaja menerima gaji bulanan tetapi tiket penerbangan, perbelanjaan dan kemudahan tempat tinggal di sebuah rumah moden, lengkap dengan pemandangan indah menghadap Lautan Aegean.


Kredit foto: Facebook


Pengarah pertubuhan itu Joan Bowell berkata pemohon mestilah seorang yang sukakan alam, semulajadi menyayangi binatang dan sanggup hidup berdampingan dengan kucing sepanjang masa. Bowell menerima lebih 40 000 pemohon dari seluruh dunia selepas iklan itu menjadi viral dan pemenangnya ialah Jeffyne Telson, seorang aktivis yang mempunyai pusat penjagaan haiwannya sendiri di Santa Barbara, California bernama RESQCATS.


 

Kredit foto: Facebook

Menurut Washington Post, pusat milik Jeffyne telah menyelamatkan lebih 3000 ekor kucing. Sejurus diumumkan sebagai pemenang, Jeffyne berkata beliau tidak sabar untuk memulakan tugasnya yang dijangka bermula bulan ini.


 

Kredit foto: Facebok

Menurut Bowell, tugas Jeffyne termasuklah memberi makanan, membersihkan najis kucing, merawat luka dan kecederaan mereka dan membuat 'keputusan sukar' apabila terdapat kucing yang menghidap penyakit parah atau tidak dapat diselamatkan lagi. Jeffyne juga perlu mengemaskini laman facebook pertubuhan itu dengan gambar-gambar kucing jagaannya.


 

Kredit Foto: Facebook

Bowell mengucapkan ribuan terima kasih kepada pemohon-pemohon tidak berjaya yang menulis email kepadanya, yang datang dari lebih 90 buah negara. Menurut Bowell,  ada di antara pemohon yang terdiri daripada golongan imigran yang ingin mencari kewangan untuk keluarga dan wanita yang ingin lari dari perceraian.


 

Kredit Foto: Facebook

Tetapi masih adakah peluang bagi pemohon lain? Menurut Bowell, kontrak Jeffyne hanyalah setahun dan jika anda berminat untuk bercuti sambil dibayar untuk menjaga kucing di Kepulauan Greek,  anda boleh mencuba memohon tahun depan, Oktober 2019! - CARI 

9

Bagus
18

Marah
19

Terkejut
18

Sedih
6

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (80 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kucingitam 14-11-2018 11:41 AM
wow..bestnya
Quote Sang_Pencinta 14-11-2018 11:44 AM
Bestnya untuk kaki melancong

Tapi tak berapa suka jaga kuching
Quote serawadurian 14-11-2018 01:28 PM
Wow..kerja mcm ni pun ada ek. Bgs betul.
Quote K_Lily 14-11-2018 01:36 PM
tak reti jaga kucing..kalau tak boleh apply keje. haha
Quote paz 14-11-2018 01:41 PM
Ala sukanya.
Quote armin 14-11-2018 02:29 PM
Mcm mana nak bersihkan taik 55 ekor kucing2 tu.. bersihkan luka lagi. Sehari pun tak habis keje2 tu. Mmg tak rehat la cite dia
Quote rosasen 14-11-2018 03:15 PM
suka kucing dan melancong..bg mkn n buang najis no prob. tapi tak reti rawat la...huhu
Quote saviour_09 14-11-2018 03:15 PM
oit best gila ni
my kind of dream job!
takde branch ke kat pulau2 malysia ni?


Quote Sang_Pencinta 14-11-2018 03:23 PM
saviour_09 replied at 14-11-2018 03:15 PM
oit best gila ni
my kind of dream job!
takde branch ke kat pulau2 malysia ni?

Sanggup ke nak jaga 55 ekor kucing?

2-3 ekor pun pening nak jaga
Quote saviour_09 14-11-2018 03:28 PM
Sang_Pencinta replied at 14-11-2018 03:23 PM
Sanggup ke nak jaga 55 ekor kucing?

2-3 ekor pun pening nak jaga

i used to have almost 20 cats kutip tepi2 jalan & ada yg datang sendiri ye bukan beli

lepas tu sekor2 kena virus la lari la
sekarang tinggal 9

oh yes lebih dari sanggup


Quote whadda 14-11-2018 04:04 PM
woww bestnye.. kalau sekor heaven la sambil melepak tepi pantai sambil peluk si bulus.. tapi klo dah 55 ekor.. tak dan nak merehatkan pikiran rasanye
Quote ckenj 14-11-2018 04:28 PM
seekor pun tak mmpu nk jaga..nikan pulak 55.hurmm.
Quote cik_sssara 14-11-2018 05:21 PM
Gemoknya meow
Quote orgsepang 14-11-2018 08:51 PM
Kalau dah begini ramai ada masa ke nak rehat
Quote korokure 15-11-2018 07:19 AM
wah pencinta haiwan boleh la ke sini.
Quote msamyrazi 15-11-2018 08:01 AM
wow best nya , sebab mmg suka melancong dan kucing. problemnya ialah i alah ngan kucing , mmg tak leh langsung usik kucing . kalu usik mata i akan bengkak .
Quote chinta89 15-11-2018 01:26 PM
x sempat nk berehat sb jaga byk sgt huhu
Quote zuuu 15-11-2018 03:29 PM
55 kucing????aq nk jaga satu family mom cat,4 kitten first batch n 3 kitten second batch pon dh penat gila...
Quote krustykrab 15-11-2018 03:33 PM
suka kucing tapi tak suka taik dia

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:15 PM GMT+8 , Processed in 0.125820 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top