CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kilauan Bintang Air Mata Tanah Air, Noor Kumalasari

8-11-2018 10:54 AM| Diterbitkan: soretos| Dilihat: 11968| Komen: 51|Original author: Oleh: alivehope

Description: Kredit Foto: Carian InternetNoor Kumalasari adalah seorang pelakon, penyanyi dan pengacara tanahair yang auranya masih menyengat sehingga kini. Jika dilihat dari sorotan video pada malam anugerah Bint ...

Kredit Foto : Carian Internet


Noor Kumalasari adalah seorang pelakon, penyanyi dan pengacara tanah air yang auranya masih menyengat sehingga kini. Jika dilihat dari sorotan video pada malam anugerah Bintang Popular Berita Harian 2018, Noor Kumalasari yang dikenali dengan panggilan 'bintang air mata' ini mempunyai karisma yang tinggi dan setiap butir bicaranya amat jelas kedengaran. 

Walaupun ramai artis atau selebriti terkenal yang hadir pada malam tersebut, kehadiran Primadona ini menenggelamkan mereka yang lain. Auranya memancar dari raut mukanya yang jernih seiring dengan keikhlasan yang keluar dari ucapan beliau.

Untuk sesiapa yang mungkin tidak kenal dengan pelakon hebat ini, terutamanya generasi muda sekarang mari kita imbau kembali sejarah lakonan dan pencapaian beliau di arena seni.


Noor Kumalasari binti Mohamed Taib atau lebih mesra dipanggil Noor dilahirkan pada 11 April 1956. Beliau adalah anak kepada pelakon Datuk S.Roomai Noor dan Datin Umi Kalthum. Mungkin juga ramai yang tidak tahu bahawa Noor Kumalasari merupakan adik seayah kepada pelakon Anita Sarawak.

Nama Noor Kumalasari diberi sempena nama watak yang dilakonkan oleh ibu beliau, Datin Umi Kalthum dalam filem Tangisan Ibu. Ketika itu beliau masih lagi dalam kandungan ibunya. Sebenarnya Noor Kumalasari telah mula berlakon seawal usia beliau 4 tahun di dalam filem Tunang Pak Dukun sebagai watak sampingan. 

Pada zaman remaja beliau adalah seorang yang pendiam tetapi amat gemar bersolek. Perkara itu juga mendorong beliau menyimpan impian untuk menjadi seorang peragawati dan menyertai pertandingan ratu cantik.
Beliau pernah memenangi gelaran "Teen Princess" dan "Ratu" pada tahun 1974 bagi seluruh sekolah di Petaling Jaya. Demi minat beliau memilih profesion sebagai peragawati dan tidak meneruskan kerjayanya di bank.


Kredit Foto: Carian Internet

Noor Kumalasari juga pernah muncul di dalam filem Hollywood, Paper Tiger  bersama pelakon David Niven. Filem Menanti Hari Esok adalah filem pertama beliau memegang watak utama sebagai 'Rohayu' bergandingan dengan Allahyarham Jins Shamsuddin.

Antara lakonan beliau yang masih diingat adalah dalam filem kerjasama antara Malaysia -Indonesia iaitu Misteri Rumah Tua di mana beliau memegang watak sebagai hantu. Adegan patung yang hidup semula dan kemudian menjadi pontianak yang beranak dan keluar melalui mulut masih terbayang-bayang sehingga kini. Amat berbeza dengan lakonan hantu zaman sekarang yang agak ”stereotype”.

Antara filem yang beliau telah berlakon ialah Mira Edora, Rahsia, Adik Manja, Esok Untuk Siapa dan banyak lagi.


                                                                                                                Kredit Foto: Carian Internet


Noor Kumalasari juga adalah seorang penyanyi dan selalu berduet dengan penghibur terkenal tanahair, Allahyarham Sudirman Hj Arshad. Antara lagu duet mereka yang popular ialah Bimbang Terluka Lagi, Melangkah Seiringan dan sebuah lagu Inggeris bertajuk Eat It.

Lagu Eat It merupakan adaptasi daripada lagu Beat It oleh Michael Jackson. Liriknya diubah sedikit menjadi unsur komedi.


Kredit foto: Carian Internet

Noor Kumalasari bertekad untuk bersara dari dunia seni kerana ingin mendekatkan diri kepada Allah. Tetapi beliau muncul berlakon pada 2017 dalam telefilem Pintu No. 9 Masjid Nabawi kerana rasa bertanggungjawab untuk memegang peranan sebagai arwah ibu beliau, Datin Umi Kalthum, setelah ditawarkan watak oleh penerbit Zeel Production, Md.Fadzil Teh. 

Walaupun mendapat banyak tawaran berlakon, beliau terpaksa menolak. Antara sebabnya ialah faktor waktu yang perlu dihabiskan untuk dia disolek, dan masa menunaikan solat. Dalam keadaan begitu beliau memilih untuk berhenti walaupun penerbit bersedia memberi kelonggaran masa kepadanya kerana beliau tidak mahu menyusahkan pihak lain. 

Sikap positif yang ada pada Primadona ini haruslah diteladani oleh artis-artis muda sekarang yang kebanyakannya hanya dikenali dengan kontroversi dan bukannya bakat sebenar. - CARI 

23

Bagus
23

Marah
14

Terkejut
18

Sedih
32

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (126 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 8-11-2018 11:17 AM
antara artis yang nekad untok istikomah,,takbir.
Quote dauswq 8-11-2018 11:22 AM
tak de cerita ke noorkumalasari juga cipta sejarah festival filem banyak, paling byk tercalon acting tp tak pernah menang satu pun?

kalau kat oscar ni, noorkumalasari ni ibarat deborah kerr atau thelma ritcher memandangkan dia tak nak berlakon dah.
Quote DennisTrillo 8-11-2018 11:38 AM
Antara artis yg aku hormat sbb dia ada prinsip.. tp bakat dia still dihargai smpi skrg.. skurang2 nye dia dah capai apa yg dia nk dlu dan tenang dgn apa yg dia nk dgn dunia skrg...
Quote gujiwa 8-11-2018 11:55 AM
lawa sgt dia ni bila tgk cerita lama2x..
Quote onexox97 8-11-2018 12:09 PM
bg lah anugerh kat yg hidup lgi
jalil hmid ke joyah ke aida rahim ke sapa2 jelah
biar je lah dia pencen dunia seni
Quote hyie 8-11-2018 12:20 PM
dan2 iols cari citer misteri rumah tua kat utube
Quote mat_arof 8-11-2018 12:21 PM
Edited by mat_arof at 8-11-2018 03:09 PM
dauswq replied at 8-11-2018 11:22 AM
tak de cerita ke noorkumalasari juga cipta sejarah festival filem banyak, paling byk tercalon acting ...

kan...nama Noorkumalasari sentiasa tercalon best actress
Voters Oscar malaysia (FFM) tak vote dia ke untuk menang.best actress...banyak kali tercalon Oscar(FFM)

Quote myakayina 8-11-2018 12:29 PM
walaupun sheols tak menang tapi lakonan dan bakat beliau tetap diingati.. filem2 lakonan sheols sampai skrg aku masih lagi tonton kat youtube.. aura supermodel mmg terserlah sangat2 masa muda..
Quote fadz84 8-11-2018 12:40 PM
mat_arof replied at 8-11-2018 12:21 PM
kan...nama Noorkumalasari sentiasa tercalon best actressVoters Oscar malaysia (FFM) tak vote dia k ...

4 kali tercalon Best Actress utk filem Adik Manja, Abang, Penentuan & Rahsia.
Quote zyraa 8-11-2018 12:41 PM
Beliau pernh menang tak anugerah sri angkasa???dià mmg cantikk sangat...
Quote fadz84 8-11-2018 12:47 PM
zyraa replied at 8-11-2018 12:41 PM
Beliau pernh menang tak anugerah sri angkasa???dià mmg cantikk sangat...

Xde.. tercalon utk FFM je.. sbb dulu dia byk berlakon filem.. drama x sure plk..
Quote Cicisweets 8-11-2018 12:47 PM
Lawa betul masa dia berlakon adik manja dgn darma,adik manja remake hauk
Quote inspektoremos21 8-11-2018 01:05 PM
Kak Noor ni walaupun dah berusia & sentiasa berjubah hitam pun masih nmpk aura jelita supermodel & classy tu. Masa dia muda2 dulu iols suka sgt tengok dia . Kalau zaman skrg mcm fazura la. Tak jemu tengok. Tapi dulu2 kak noor tu ada tak kontroversi/isu2 mcm faz? Like gaduh dgn org ke, rebut jantan ke.. Maklum la. Masa zaman kegemilangan kak noor dulu iols budak lagi so iols tak tau gosip2 zaman dulu
Quote buragazz 8-11-2018 01:12 PM
Dia gaduh ngan Dharma je masa filem Adik Manja tu.. sebab Dharma ni poyo tapi dalam lakunan tak nampak macam diaorang gaduh... ni yang aku tau la...
Quote goss79 8-11-2018 01:45 PM
lawa betul dia sampai skrg... muka dia mmg jenis muka seksi xyah mekap tebal2 pun. mcm maria arshad, zeenat aman..

tp filem2 zaman muda dia byk yg daring. agaknya dia pun segan tgk blk..
Quote vanilacup 8-11-2018 01:54 PM
Noorkumalasari ni adalah 2 pupu mama saya
Ayah noorkumalasari sepupu dgn wan saya
so kami bersaudara...zaman dia top tak pernah jumpa in person masa tu kecik lagi sekolah rendah...
Kami buat kenduri kendara x pernah jemput dia cuma jemput mak dia arwah Umi Kalthom...
Bangga dia sebagai sedara mara sebab istiqomahnya beliau dgn ajaran Islam yg cukup kuat ..tak pernah goyah ...
Diri sendiri pun x mampu nak buat mcm Kak Nor sentiasa ada wudhuk padanya..
Siapa sangka kan seorang artis boleh jadi berubah sebaiknya bila dpt hidayah Allah
Quote kakanne 8-11-2018 01:57 PM
inspektoremos21 replied at 8-11-2018 01:05 PM
Kak Noor ni walaupun dah berusia & sentiasa berjubah hitam pun masih nmpk aura jelita supermodel & c ...

kes nak kawin dgn laki orang kira skandal lah juga.
Quote katibism 8-11-2018 02:37 PM
Burong_Hantuk replied at 8-11-2018 11:17 AM
antara artis yang nekad untok istikomah,,takbir.

Mizz nina pun sama.. tp ekceli Mizz nina xde la bjaya sgt khenz.. bjaya tembus International tp benti awal. Masa dgn Teh tarik crew pn xde la mendonia
Quote akubest 8-11-2018 02:44 PM
ahkak sangat looked up to herrrr
dari mudo sampai ke tuo akak suko dia

dia ni pada akak sangat versatile...
dah la pandai berlakon, nyanyi sedap, tinggi , lawa, model kira cukup lengkap la package dia. Dia ngan anita sarawak akak cukup minat.  pastu pada akak set2 artist classy lah.
derang ni dahla baik ngan arwah sudirman. abih semua klip youtube akak katam hahahhaa....

set2 tu ogy je akak tak berapa minat.

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:25 AM GMT+8 , Processed in 0.052254 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top