CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Kebaya MAS Tersenarai Antara Seragam Tercantik Di Dunia, Bangga Atau Sebaliknya?

16-10-2018 12:29 PM| Diterbitkan: Sarirsa| Dilihat: 8059| Komen: 32|Original author: Oleh: Myeonir

Description: Semua rakyat Malaysia umumnya mengetahui bahawa pakaian seragam bagi pekerja Malaysia Airlines Berhad (MAS) melambangkan budaya etnik tempatan kerana ia bercorak batik dan diinspirasikan daripada baju ...
Semua rakyat Malaysia umumnya mengetahui bahawa pakaian seragam bagi pekerja Malaysia Airlines Berhad (MAS) melambangkan budaya etnik tempatan kerana ia bercorak batik dan diinspirasikan daripada baju kebaya.

Baju yang telah digunakan selama hampir 32 tahun ini sememangnya direka khas menurut identiti Malaysia di mana ia menggunakan motif batik Sarawak bercorakkan bunga tempatan; bunga cempaka, melur dan bunga kebangsaan iaitu bunga raya.


Kredit foto: Twitter

Lebih membanggakan apabila baju ini telah disenaraikan sebagai antara pakaian paling cantik di dunia. Bukan sahaja sebab cantik, bahkan pakaian itu turut dikatakan sebagai fleksibel terutamanya ketika berlaku kecemasan.


Dalam pada sibuk kita berbangga dengan pencapaian ini, ramai pula netizen berbalah mengenai pakaian itu. Ada yang mengatakan bahawa seragam ini terlampau seksi untuk sebuah negara yang agama rasminya adalah Islam.


Kredit foto: Twitter

Pun begitu, ada yang melawan hujah tersebut dengan menyatakan bahawa ada syarikat penerbangan dari negara Arab menggunakan pakaian seragam yang tidak mengikut syariah.


Kredit foto: Twitter

Kebanyakan netizen juga menyatakan sesiapa yang tidak mahu menunjukkan aurat sepatutnya tidak perlu memohon kerja sebagai pramugari kerana tiada paksaan daripada pihak syarikat penerbangan itu sendiri.


Kredit foto: Twitter

Namun, masih ada netizen yang chill dan tak ambil endah dengan perdebatan ini. Mereka lebih berasa bangga kerana pakaian seragam MAS yang melambangkan tradisi Malaysia ini diangkat tinggi di mata dunia.


Kredit foto: Twitter

Apa pendapat anda tentang pakaian seragam MAS ini? -CARI

28

Bagus
24

Marah
41

Terkejut
12

Sedih
22

Lawak
32

Bosan

Friends Rank (159 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote azwanaliori 16-10-2018 12:34 PM
Mmg cantik suka tgok manis je
Quote shernazz 16-10-2018 01:06 PM
Iols.ada.tgk dlm ig
Indon niaga kat pasar pakai unifom mas neh
Tgelak besar iols masa memula.tgk..satu set okeh...elok je niaga dok kat atas kerusi tu
Quote sinalegna 16-10-2018 01:17 PM
shernazz replied at 16-10-2018 01:06 PM
Iols.ada.tgk dlm ig
Indon niaga kat pasar pakai unifom mas neh
Tgelak besar iols masa memula.tgk.. ...

Mesti dia claim buatan indonn.. urrgghh
Quote buapakperut 16-10-2018 01:22 PM
bagi iols kurang kemas dan kurang cantik designnye
Quote meklalala 16-10-2018 01:22 PM
lawa tu memang lawa tapi lama sangat dah, cuba tukar design baru..yang fresh..
Quote umbut 16-10-2018 01:25 PM
Memang cantik... jap lagi lobai soh pki tudung
Indon plk claim
Quote chinta89 16-10-2018 03:15 PM
so, jgn kerja ngn mas kalau x suke etika pakaian dia. bukan sokong pakaian deols tp takde paksaan suruh pakai mcm ni.

mmg adalah lbh baik deols menambahbaik pakaian tu tapi tapi tapiiiiii kita boleh kerja lain ye so deols tetap ngn polisi deols dan kita tetap ngn polisi kite.
Quote shernazz 16-10-2018 03:31 PM
sinalegna replied at 16-10-2018 01:17 PM
Mesti dia claim buatan indonn.. urrgghh

Haha
Kebaya tu sendiri indon dh claim kan dia punya...
Quote serawadurian 16-10-2018 03:35 PM
Tahniah je la blh ckp. Cer try baju kurung lak...
Quote pittjie 16-10-2018 04:13 PM
iols mmg suka baju kebaya. jd seharusnya la iols rasa bangga bilamana pakaian seragam FA MAS diiktiraf sebagai antara pakaian seragam yang cantik. mungkin ada kategori kut. jebaya ni mungkin dlm kategori pakaian seragam yg melambangkan pakaian tradisi kut.
Quote fushimi 16-10-2018 04:24 PM
lawa untuk yang tak perut berlipat

kakak dalam pic tu perut berlipat

kopek memasing pehal nampak cam kembang je salah pakai bra ke apa

iols suka etihad punya uniform

garuda indonesia pun lawa uniform dorang
Quote Artemesiaa 16-10-2018 05:29 PM
Menarik tapi akan tambah baik kalau corak batiknya diperbaharui supaya nampak lebih fresh.  Mungkin dengan mengunakan corak batik canting berbanding corak batik block macam sekarang.
Quote EvieWanKenobi 16-10-2018 05:29 PM
apa beza batik merah ngan yang biasa tu?
Quote nishikido 16-10-2018 06:03 PM
Memang cantik pon..suka warna hijau pink tu.corak pon rare sangat.. cutting memang la ketat,takkan nak pakai jubah goboh2 cam hijabis pakai..sia2 je law tersangkut seat kiri kanan tu.tapi akak2 gundut cutting lari sila jangan pakai, sampai berlipat perut haa..terus nampak buruk.yg kata seksi bagai hapa tu sila meninggal..jenis condemn pemakaian orang padahal kat rumah layan gegar vaganza tengok kak lina kopek besar,ye..aq cakap pasal sohai penunggang agama.tiberrrr
Quote Jorja 16-10-2018 06:14 PM
Kurus pakai kebaya pun tak cantik lah.. yg berisi lah baru lawa pakai yg penting jgn lupa sarung korset
Quote jerukkedondong 16-10-2018 06:57 PM
EvieWanKenobi replied at 16-10-2018 05:29 PM
apa beza batik merah ngan yang biasa tu?

Kalau tak silap yg kebaya merah tu utk Inflight supervisor....paling otai lah..
lps tu pencen...takpun jd trainer
Quote RatuDunia94 16-10-2018 07:44 PM
Knp fleksible bila kecemasan? Kain tu mcm susah nk bergerak je.. ke tanggal terus dlm ada seluar?
Quote solarlunar 16-10-2018 07:56 PM
Dlu bukan ke ade cerita Farah Khan Melium Group nk upgrade uniform MAS.
Quote dani-rox 16-10-2018 08:32 PM
cantek lah tu pakaian tradisi melayu. berbanggalah dgn identiti bangsa sendiri.
sibuk jah lobai taliban, nak sgt pramugari pakai burka pegi la afghanistan nun.

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:16 AM GMT+8 , Processed in 0.278803 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top