CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Masih Ramai Lagi Yang Belum Sedar, 8 Kelebihan Susu Ibu Buat Si Manja Yang Anda Perlu Tahu

21-12-2018 12:29 PM| Diterbitkan: taniabecks92| Dilihat: 2861| Komen: 2|Original author: Oleh: Nia Mohamad

Description: Mungkin sukar untuk anda percaya, tetapi sebenarnya ramai ibu di luar sana yang memilih susu formula berbanding susu ibu untuk bayi mereka yang baru lahir.

Mungkin sukar untuk anda percaya, tetapi sebenarnya ramai ibu di luar sana yang memilih susu formula berbanding susu ibu untuk bayi mereka yang baru lahir. Banyak alasan yang diberikan umpamanya terlalu sibuk untuk menyusu, takut payudara menjadi kendur, dan sebagainya.


Namun, hakikatnya terlalu banyak kelebihan menyusu yang anda mungkin tidak tahu. Kalau betul sayangkan si manja anda, apa salahnya berkorban selama sekurang-kurangnya sehingga usia mereka enam bulan untuk memastikan mereka mendapat zat secukupnya dari susu ibu.


Kredit foto : time.com

Jom kita baca apa KEBAIKAN SUSU IBU buat bayi anda:


1.    Mencegah alahan dan eczema

Bayi yang lahir dari keluarga yang menghidap ekzema lebih cenderung mendapat penyakit yang sama namun ia boleh dicegah dengan susu ibu. Protein dalam susu lembu dan soya boleh menyebabkan alahan manakala protein dalam susu ibu senang dihadam.


Kredit foto: laurenhubele.com

2. Perut kurang meragam, cirit-birit dan sembelit sukar terjadi 

Oleh kerana susu ibu senang diuraikan oleh sistem badan maka ia adalah lebih baik bagi perut bayi berbanding susu formula. Kita jarang mendengar bayi yang minum susu ibu sahaja mengalami sembelit, tetapi sebaliknya bagi pengambilan formula.


3. Mengurangkan risiko virus, jangkitan salur kencing, telinga dan pernafasan 

Pneumonia, selesema dan virus jarang berlaku dalam kalangan bayi yang meminum susu ibu. Manakala, bayi yang mengambil susu formula lima kali ganda terdedah kepada risiko ini.

4. Mengurangkan risiko SIDS

SIDS atau sindrom kematian mengejut dalam kalangan bayi semasa tidur lazimnya berlaku pada bayi yang minum susu formula. Hal ini terjadi kerana bayi kebiasaannya tersedak susu sewaktu tidur jika tidak disendawakan dengan betul sebelum mereka tidur. Susu ibu kurang bahaya berbanding susu formula jika tersedak.


Kredit foto : livingandloving.co.za

 5. Vaksin lebih efektif

Kajian juga menunjukkan bayi susu ibu menunjukkan tindakbalas antibodi yang lebih baik terhadap suntikan vaksin berbanding bayi susu formula.


6. Menjadikan bayi lebih cerdas

Kandungan asid di dalam susu ibu dikaitkan dengan kecerdasan bayi. Bayi susu ibu mempunyai tahap IQ yang lebih tinggi berbanding bayi susu formula mengikut kajian.


7.  Mencegah obesiti

Ketika menyusukan bayi dengan susu ibu,  ibu akan tahu apabila bayinya kenyang dan boleh menghentikan proses penyusuan serta-merta. Ia berbeza dengan memberi susu formula yang menggunakan botol. Ibu tidak tahu bayi sudah kenyang, dan lambat-laun ini boleh membawa kepada berat badan bayi berlebihan


Kredit foto : emaxhealth.com

 8. Mengeratkan hubungan ibu dan bayi

Sentuhan kulit ke kulit antara ibu dan bayi sewaktu proses penyusuan adalah amat penting untuk mewujudkan ikatan antara keduanya. Bayi akan rasa lebih selamat dan dilindungi dalam pelukan ibu sewaktu menyusu berbanding apabila diberikan susu formula melalui botol.

Kredit foto : livescience.com

Kesimpulannya, bayi adalah amanah dari Allah. Ada sebab mengapa Allah jadikan susu ibu itu untuk bayi. Pastinya kerana ia susu terbaik untuk anak anda! Selepas ini, pasti para ibu lebih bersemangat menyusukan bayi masing-masing. -CARI

20

Bagus
13

Marah
12

Terkejut
7

Sedih
8

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (71 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Levespa 21-12-2018 12:32 PM
cuba lah menyusu .. kalau yg tak berapa ada susu tu terus je bagi.. lama2 akan jadi banyak.. memang susu ibu is the best.. anak lebih sihat, binding dengan anak pun lebih erat
Quote mdhelmi 21-12-2018 12:37 PM
berbeza dgn anak2 aku
xbole minum susu ibu sgt
sbb ada nutrient yg dia xbole cerna
kene minum susu lactose free

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:22 PM GMT+8 , Processed in 0.062050 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top