CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Kisah Aduka, Si Gajah Yang Disayangi Penduduk Gerik Dan Menangis Setelah Pemergiannya

9-11-2018 11:37 AM| Diterbitkan: NmeeraR| Dilihat: 6081| Komen: 8|Original author: Oleh: Nameera

Description: Sejak dari dulu Gerik begitu terkenal dengan coretan kisahnya yang tersendiri. Bahkan pekan kecil ini cukup dikenali dalam kalangan pengunjung yang pernah sampai ke Royal Belum , Tasik Banding kerana ...

Sejak dari dulu Gerik begitu terkenal dengan coretan kisahnya yang tersendiri. Bahkan pekan kecil ini cukup dikenali dalam kalangan pengunjung  yang pernah sampai ke Royal Belum, Tasik Banding kerana pekan ini begitu menghampiri dengan hutan simpan kesukaan ramai ini.  Namun di sebalik semua ini, wujud kisah Aduka si gajah yang begitu disayangi ramai. Malah setelah pemergiaan gajah Aduka, warga Gerik begitu terkesan dan berasa kehilangan dengan pemergiaan haiwan yang dikategorikan sebagai  habitat yang perlu anda berjaga-jaga sekiranya bertemu dengannya 


Sekitar  80-an,  gajah bernama Aduka begitu terkenal dalam kalangan penduduk Gerik dan juga pengguna jalan raya Gerik- Jeli. Menurut cerita,  Aduka ditemui ketika sedang berkeliaran di dalam Hutan Belum. Pada asalnya Aduka diperlihara oleh orang kampung untuk kegunaan penduduk di situ. Namun disebabkan empangan yang akan dibina, mereka terpaksa berpindah. Keadaan ini menyebabkan Aduka terpaksa ditinggalkan dan terbiar begitu sahaja.  


Kisah Aduka si gajah perkasa

Terlihat gajah Aduka . Imej dari Sinar Harian


Aduka dikatakan begitu menggerunkan kerana mempunyai  saiz yang begitu besar seakan-akan melebihi tinggi sebuah rumah. Walaupun begitu, Aduka cukup jinak dan bijak dan  mempunyai penjaga yang merupakan salah seorang anggota sentri yang bertugas di Unit Kawalan Kawasan (UKK) iaitu individu yang ditugaskan menjaga kawasan Empangan Temenggor selama 24 jam setiap hari kerana empangan tersebut sangat penting dan  berhampiran  dengan garisan sempadan negara Thailand.


Kebijaksanaan dan kesetiaan Aduka  dalam melindungi manusia juga menjadi kebarangkalian haiwan ini amat disayangi oleh penduduk setempat.  Aduka dikatakan akan bertindak ganas kepada gajah-gajah liar lain yang cuba menceroboh kawasan jagaannya kerana ingin menghalang gajah -gajah yang lain menakutkan   pengguna jalan Gerik-Jeli . Kegiatan gajah liar ini sudah sedia maklum. Ia   gemar baring di atas jalan untuk memanaskan badan. 


Aduka menggunakan kelebihan fizikal badannya yang besar, gadingnya yang tajam dan putih, untuk menghalau gajah liar dari hutan yang mengganggu.  Malah ia juga dikatakan berjaya membuat gajah-gajah liar yang lain mengikuti perintahnya. Untuk pengetahuan anda juga,  Aduka seekor gajah yang dilepaskan ke hutan dan ia akan  meronda di sekitar kawasan miliknya. Dalam dalam tempoh dua ke tiga minggu sekali,  Aduka akan  pulang  ke Kem Sentri untuk diberi makan dengan makanan kegemarannya. Antara makanan kegemaran Aduka adalah roti, bijiran, nasi putih yang dicampurkan dengan pisang yang masak dan banyak lagi .


Menurut cerita lagi, ada kalanya  Aduka sendiri yang akan menghalang laluan pengguna jalan raya. Dikatakan Aduka cuba memberi petunjuk kepada pengguna bahawa terdapat bahaya di hadapan. Misalnya terdapat kumpulan gajah liar yang melintas, atau bahaya lain yang hanya mampu dikesan haiwan ini. Pernah terjadi satu kejadian, di mana Aduka tidak membenarkan sebuah trak Jabatan Bekalan Air (JBA) yang baru sahaja pulang dari Empangan Temenggor. Mereka yang terhalang menunggu dengan sabar hampir 5 jam. Setelah Aduka bangun dan berlalu di situ, mereka meneruskan perjalanan sehingga sampai di suatu tempat yang tidak jauh dari lokasi  mereka ditahan oleh Aduka, tiba-tiba mereka terkejut melihat keadaan pokok-pokok di kiri dan kanan jalan yang teruk dirempuh gajah-gajah liar.


Secara tidak  langsung, Aduka dikatakan sebagai penyelamat kepada pekerja-pekerja JBA tersebut. 


Bahkan pelbagai kisah Aduka menyelamat manusia menjadi buah cerita . Salah satunya, petikan artikel dari Sinar Harian

Petikan gambar dari Sinar Harian

Sejak Aduka dikenali dan terkenal, ia sering dilihat oleh penduduk tempatan apabila ia dibawa ke lapangan terbang oleh pihak tentera. Kehadiran Aduka di sana tidak menggerunkan sedikit pun hati penduduk tempatan kerana sudah terbiasa dengan Aduka yang dikatakan jinak ini. Lantas pemergian Aduka juga telah membuatkan ramai yang bersedih terutamanya  buat mereka yang pernah melihat Aduka dan mendekatinya. Akhirnya  pada tahun 1991, berlaku pergaduhan antara Aduka dengan seekor gajah ekor kudung. Kesan daripada pergaduhan itu,  Aduka jatuh sakit dan kesihatannya semakin merosot sehingga tiada apa yang boleh dilakukan lagi untuk menyelamatkannya. Keadaannya yang sudah parah menyebabkan pihak penghilitan terpaksa mematikan Aduka.


Replika Gajah sebelum "Merdeka". Imej dari Orang Perak

Replika Tanduk Rusa yang digunakan hingga kini. Imej dari internet

Setelah pemergian Aduka , replika  gajah digunakan sebagai maskot sebelum "Merdeka" . Namun dikatakan tidak berkenaan dengan Aduka. Kini, replika gajah sudah digantikan dengan replika tanduk rusa.


INFO TAMBAHAN

Aduka seekor gajah berusia lebih 60 tahun dengan ketinggian melebihi 3 meter. Ia juga dikatakan gajah yang terbesar di dunia.


Imej dari internet

Ada yang pernah terjumpa dengan habitat ini sepanjang lalu di Lebuh Raya Pantai Timur, Gerik-Jeli? Masyarakat setempat berpendapat,  jika anda lalu di kawasan ini, ada baiknya anda sentiasa  lebih berhati-hati dan menjaga pertuturan anda. Jangan sesekali bercakap ingin berjumpa dengan haiwan liar ini, kerana ia boleh mendengar apa yang anda bicarakan. Kemudiannya, sekiranya terserempak dengan haiwan liar ini  di pinggir jalan atau tengah jalan , JANGAN PANIK. Perlahankan /berhentikan kenderaan buat seketika dan beri laluan kepadanya terlebih dahulu. AWAS! Jangan berani bermain dengan HON. - CARI 


Sumber : orangperak,sinarharian

19

Bagus
13

Marah
27

Terkejut
21

Sedih
24

Lawak
24

Bosan

Friends Rank (128 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 9-11-2018 11:47 AM
sedihnya.. bye aduka..
Quote CiliPadiSedap 9-11-2018 12:46 PM
aduka beta tinggal mimpi yang indah saja. selama tuhan mu ada engkau takkan tercela
Quote syidasaleh 9-11-2018 04:46 PM
Teringin nak pergi sana. Tp belum berkesempatan
Quote pearl.silver 9-11-2018 07:12 PM
Serius la..kami bertolak pas magrib dr kedah..entah nape mulut cabut btul masa nk gerak tu..tersebut teringin nk jumpa cik jah..
Dan ye..tgh mlm tu kat jln grik jeli kami kne duk senyap tgh jln tutup lampu sbb cikjah tgh lepak2
Quote adda001 27-11-2018 02:55 PM
kebanyakan pekerja estet area sukau, sabah panggil gajah ni 'nenek', diorang x panggil gajah, kalau panggil gajah macam diseru dia, ntah lah betul ke tak
Quote NmeeraR 27-11-2018 02:59 PM
adda001 replied at 27-11-2018 02:55 PM
kebanyakan pekerja estet area sukau, sabah panggil gajah ni 'nenek', diorang x panggil gajah, kalau  ...

ada dengar jugak pasal ni.. orang kata jangan penah mention nama dia.
Quote NmeeraR 27-11-2018 03:02 PM
syidasaleh replied at 9-11-2018 04:46 PM
Teringin nak pergi sana. Tp belum berkesempatan

gerik? Pekan kecik sahaja. tp tempat makan kat sini unik n smua ada. cafe hispter plus sedap pun  ada, boat noodle sedap, cafe ala rumah buluh, castella cafe.. ohsem!

Quote syidasaleh 27-11-2018 03:10 PM
NmeeraR replied at 27-11-2018 03:02 PM
gerik? Pekan kecik sahaja. tp tempat makan kat sini unik n smua ada. cafe hispter plus sedap pun   ...

Ye TT. Nak pergi gerik dgn royal belum. Thanks bg info

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:49 AM GMT+8 , Processed in 0.046165 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top