CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Ariana Grande Dedah Mantan Kekasih Pernah Mendengar 'Thank U,Next' Sebelum Dipasarkan

10-12-2018 11:54 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 4266| Komen: 18|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Description: Ariana Grande mengejutkan peminatnya apabila mengeluarkan sebuah lagu baru minggu ini sedangkan album terbarunya Sweetener baru sahaja mula dipasarkan bulan Ogos lepas. Lagu barunya bertajuk ‘Thank U ...

Ariana Grande mengejutkan peminatnya apabila mengeluarkan sebuah lagu baru baru-baru ini sedangkan album terbarunya Sweetener baru sahaja mula dipasarkan bulan Ogos lepas. Lagu barunya bertajuk 'Thank U, Next' itu dikatakan mesej tersirat terhadap bekas tunangnya Pete Davidson.


Kredit foto: Bustle


Lagu baru Ariana yang mula dipasarkan bulan lepas itu susulan kelancangan Pete mempersendakan kisah cinta singkat mereka di Twitter dan rancangan komedi Saturday Night Live (SNL). Lirik lagu itu mengisahkan semua cerita cinta Ariana yang lepas termasuk dengan Pete di mana Ariana mengatakan beliau bersyukur walaupun perkahwinan mereka tidak berlangsung dan beliau mempelajari sesuatu daripada barisan mantan kekasihnya antaranya penyanyi Big Sean, penyanyi rap Mac Miller dan penari latarnya Ricky Alvarez.


Kredit foto: Capital FM


Pete dan Ariana pernah dipuji-puji media sebagai pasangan paling popular tahun 2018 tetapi malangnya hubungan mereka berakhir dengan singkat. Ariana selama ini tidak pernah bercerita di media mengenai punca perpisahan mereka, sebaliknya menyibukkan dirinya dengan promosi album baru dan konsertnya untuk Sweetener.



Kredit foto: Elite Daily


Pete bagaimanapun beberapa kali berlawak mengenai hubungan singkat mereka mungkin kerana kerjayanya sebagai ahli komedi SNL. Dalam promosi terbaru rancangan SNL bulan lalu, Pete melakonkan adegan melamar pelakon Maggie Rogers. Apabila Maggie menolak lamarannya, Peter berlawak 'oh, ini kali ketiga lamaranku ditolak, 3-0' katanya, mengaitkan hubungannya dengan Ariana.



Kredit foto: Page Six
Kredit Foto: Hyperbeast

Menurut sumber, Ariana tersinggung dengan lawak Peter tersebut dan menulis sebuah lirik sebagai balasan kebiadabannya. Untuk menambahkan lagi impaknya, Ariana mengumumkan penjualan lagu itu 30 minit sebelum rancangan SNL disiarkan.  Selain menegur Pete, lirik lagu itu turut meluahkan rasa sedih Ariana terhadap kematian bekas teman lelakinya penyanyi hip-hop Mac Miller, yang dianggapnya 'malaikat yang baik'.


Kredit foto: Lirik cc


Di akhir rancangan SNL, Pete berkata dia berharap media tidak lagi memperkatakan kisah cinta mereka. 'Ariana seorang yang baik, kuat dan saya mendoakan dia akan mendapat kebahagian di masa depan' katanya.


Dalam pada itu, Ariana mengesahkan bekas teman lelakinya Big Sean dan Ricky Alvarez pernah mendengar lagu Thank U, Next sebelum dipasarkan.


Malah, menerusi satu temuramah bersama Billboard baru-baru ini, Ariana juga mendedahkan Pete turut pernah mendengar lagu tersebut sebelum kita semua mendengarnya. Wow! - CARI

 

13

Bagus
9

Marah
5

Terkejut
9

Sedih
11

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (53 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sang_Pencinta 10-12-2018 01:11 PM
Sedap lagu ni, bukanlah cacian untuk ex dia sepenuhnya
Quote fly_in_d_sky 10-12-2018 03:02 PM
lagu ni memang best ...
sweet ... ok lah ...
kalau Tay Tay .. ermmm only Tay Tay Haters tau kot
sebab me ... sort of like Tay Tay songs .. ehehehe
Quote Spicymami 10-12-2018 03:32 PM
Lg sorg jenis kapel n break up for publisiti n promote lagu
Quote Sang_Pencinta 10-12-2018 03:42 PM
Spicymami replied at 10-12-2018 03:32 PM
Lg sorg jenis kapel n break up for publisiti n promote lagu

Dia nak lawan Taylor Swift ni

Sekejap putus sekejap ON

Cipta lagu stp kali putus cinta
Quote armin 10-12-2018 04:55 PM
Taste bf ariana ni teruk2.
Quote Sang_Pencinta 10-12-2018 05:49 PM
armin replied at 10-12-2018 04:55 PM
Taste bf ariana ni teruk2.

Masih muda katakan, dia pilih bf ikut nafsu je
Quote armin 10-12-2018 10:57 PM
Sang_Pencinta replied at 10-12-2018 05:49 PM
Masih muda katakan, dia pilih bf ikut nafsu je

Kalau nk tukar2 bf mcm tay tay tu at least carila yg semenggah. Exbf taytay semuanya aummm
Quote miemiecha 11-12-2018 12:45 PM
banyak nye ex...
org lawo yek...
Quote Sang_Pencinta 11-12-2018 04:13 PM
armin replied at 10-12-2018 10:57 PM
Kalau nk tukar2 bf mcm tay tay tu at least carila yg semenggah. Exbf taytay semuanya aummm



Bf dia yg ini Big Sean OK sikit kan?
Quote armin 11-12-2018 05:29 PM
Sang_Pencinta replied at 11-12-2018 04:13 PM
Bf dia yg ini Big Sean OK sikit kan?

Bolehla, pete tu paling teruk mcm freeloader duduk rumah ariana
Quote giyomi 11-12-2018 06:37 PM
Ok...thank you, next please
Quote gideoncross 3-1-2019 12:54 AM
Sang_Pencinta replied at 10-12-2018 03:42 PM
Dia nak lawan Taylor Swift ni

Sekejap putus sekejap ON

Duit dri hsil jualan album pun msuk 24/7 kdalam bank acc dorg. Huntung lh.
Quote gideoncross 3-1-2019 12:54 AM
armin replied at 10-12-2018 04:55 PM
Taste bf ariana ni teruk2.

Start dri Ricky.
Quote armin 5-1-2019 11:34 AM
gideoncross replied at 3-1-2019 12:54 AM
Start dri Ricky.

Sheols pun hauk kan buat untung guna ex heols yg mati tu
Quote gideoncross 6-1-2019 09:23 PM
Edited by gideoncross at 6-1-2019 09:24 PM
armin replied at 5-1-2019 11:34 AM
Sheols pun hauk kan buat untung guna ex heols yg mati tu


Yep, tu lh lgu "Thank U, Next" ni exes nak sbut, klau btul knapa minah Ariana ponytail ni x masukkn nma Jai Brooks? Tu dlu bf dia yg pling syg kn dia tpi broke up psl msa tu kengkonon tgh shoot MV "The Way" dgn mendiang Mac. Minah ni pun ditched bapak bliau sbab xsama dri segi political ideology tpi dlm lagu ni dia sbut bapak dia lol, nyesal ke? Btw Ricky & Ariana dh brbaik2 masa ni, kta x dating mcm biasa, just friends lh kata kn tpi tngok je lh nnti, konpom jadi couple blik sbab minah mrenyam ni mna tahan klau xde llaki dlm hidup dia.
Quote Supersirap 8-1-2019 12:23 PM
iols suka lagu ni. sebab mcm menyampaikan mesej yang positif. love yourself dulu gitteww
Quote Artemesiaa 8-1-2019 12:43 PM
Strategy marketing pun ia ni salah satu cara tarik pendengar
Quote gideoncross 17-1-2019 02:35 AM
Artemesiaa replied at 8-1-2019 12:43 PM
Strategy marketing pun ia ni salah satu cara tarik pendengar

Hollywood lh katakan.

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:43 AM GMT+8 , Processed in 0.061064 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top