CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Himpunan Vending Machine Unik Di Luar Negara! Mesin Pengeluar Seluar Dalam Pun Ada

6-12-2018 11:42 AM| Diterbitkan: taniabecks92| Dilihat: 4579| Komen: 21|Original author: Oleh: Nia Mohamad

Description: Pernahkah anda terfikir alangkah mudahnya hidup kalau semua benda boleh dibeli melalui mesin vending sahaja? Jika di Malaysia, mesin vending yang ada hanyalah terhad kepada mesin minuman dan snek majo ...
Pernahkah anda terfikir alangkah mudahnya hidup  kalau semua benda boleh dibeli melalui mesin vending sahaja? Jika di Malaysia, mesin vending yang ada hanyalah terhad kepada mesin minuman dan snek majoritinya. Mungkin pada masa hadapan, Malaysia patut meluaskan rangkaian produk atau barangan yang boleh didapati melalui mesin vending ini.

Jom kita lihat bagaimana mesin vending yang ada di negara-negara lain.


1. MESIN PENGELUAR SELUAR DALAM LELAKI CALVIN KLEIN

Rasa-rasanya mesin ini pasti sangat berguna terutama untuk para pelancong yang terlupa membawa seluar dalam sewaktu bercuti! Anda rasa bagaimana? 

Kredit foto: interestingengineer.com


2. MESIN PENGELUAR KETAM

Mesin ini mengandungi ketam yang masih hidup! Mereka disimpan di dalam mesin itu pada suhu 5 darjah celsius. Anda boleh dapatkannya pada harga $1.50 hingga $7. Seronok, dah tak perlu ke pasar kalau nak beli ketam. 

Kredit foto: theatlantic.com

3. MESIN PENGELUAR SUSU

Anda boleh mendapatkan susu lembu segar melalui mesin ini pada harga cuma $1.30 seliter di France. Bawa botol sendiri dan penuhi botol anda dengan susu segar lazat. Terdapat juga mesin yang mengeluarkan bunyi lembu bersama susu tersebut. Menarik bukan?

Kredit foto: modernfarmer.com

4. MESIN PENGELUAR KUMBANG RHINO

Anda boleh membeli kumbang Rhino yang dijual pada harga serendah 100 yen sahaja. Kumbang ini boleh dijadikan haiwan peliharaan berkos rendah atau dijual semula dengan harga lebih tinggi. Hmm, orang-orang Jepun suka membela kumbang ke? Ada siapa tahu?

Kredit foto: interestingengineer.com

5. MESIN PENGELUAR DAUN SALAD

Mesin ini mampu menghasilkan 60 ketul salad lettuce setiap hari. Target penggunanya lebih kepada kegunaan restoran. Mesin ini anda boleh temui di Jepun!

Kredit foto: interestingengineer.com

6. MESIN PENGELUAR TALI LEHER (NECK-TIE)

Anda boleh mendapatkan tali leher pelbagai corak di sini. Jika malas ke kedai, boleh terus beli di sini. Kalau sesiapa terlupa pakai tali leher untuk ke temuduga atau ke tempat kerja, juga boleh singgah di mesin ini. Ya, mesin ini juga ada di Jepun! 


Kredit foto: interestingengineer.com

7. MESIN PENGELUAR TELUR

Anda boleh membeli telur dengan mesin ini. Menariknya kerana boleh memilih sendiri telur segar ini. 

Kredit foto: interestingengineer.com

8. MESIN PENGELUAR TISU TANDAS

Peliknya, bukankah tisu tandas boleh didapati di tandas? Ya tetapi di Malaysia rasanya tisu tandas selalunya tidak diisi kembali oleh pihak penyelenggaraan. Lebih selamat jika dibawa siap-siap betul tak?

Kredit foto: interestingengineer.com

9. MESIN PENGELUAR BURGER

Sesuai untuk mereka yang lapar di tengah malam, dan semua kedai sudah pun tutup. Apa lagi, pilih sahaja jenis burger yang ada dari mesin ini! Saiznya pun nampak besar, pasti puas hati. 

Kredit foto: interestingengineer.com

10. MESIN PENGELUAR PISANG

Dengan mesin ini,anda boleh membeli sama ada sebiji sahaja atau sesikat pisang. Mesin ini boleh didapati di stesen kereta api di Tokyo. Sesiapa yang lapar boleh makan pisang sambil menunggu kereta api. 

Kredit foto: interestingengineer.com


11. MESIN PENGELUAR LEGO

Kanak-kanak pasti sukakan mesin ini! Mesin lego ini ada di Jerman. Anda tak perlu lagi ke kedai mainan semata-mata ingin dapatkan permainan lego.

Kredit foto: interestingengineer.com


12. MESIN PENGELUAR PAYUNG

Kalau hujan secara tiba-tiba dan anda pula tak bawa payung, inilah penyelamatnya! Mesin ini ada di Hong Kong. Siap boleh pilih mahu payung warna apa. 

Kredit foto: interestingengineer.com


13. MESIN PENGELUAR HADIAH CENDERAMATA

Bunyi macam mesin ajaib doraemon kan? Jika anda tidak sempat membeli cenderamata untuk dibawa pulang ke tanah air, mesin ini akan membantu anda membeli pelbagai jenis hadiah. Pilih sahaja apa yang anda mahu. Ada kamera, alat mekap, cermin mata hitam, dan banyak lagi! Mesin ini ada di lapangan terbang di New York.

Kredit foto: interestingengineer.com


14. MESIN PENGELUAR EMAS

Haa mesin ini pasti mesin kegemaran semua kan? Anda boleh membeli emas dalam bentuk bar atau syiling dengan mesin ini. Harga emas semasa dikemaskini setiap 10 saat. Menakjubkan bukan? Cuba teka di mana mesin emas ini?

Mesin ini ada di Abu Dubai Hotel! Kaya sungguh sampai mesin vending pun menjual emas.

Kredit foto: oddviser.com
Menarik betul himpunan vending machine pelbagai negara ni. Bila Malaysia nak ada mesin-mesin begini? -CARI
16

Bagus
11

Marah
16

Terkejut
10

Sedih
17

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (85 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 6-12-2018 11:44 AM
Kalau keluar negara suka je tengok vanding mesin mereka ni macam2 benda yang tak disangka ada dijual.  Beli pakai wang tau boleh je beli guna travel card.
Quote buapakperut 6-12-2018 11:49 AM
syoknye ada ketam tu.. yang kesiannye kumbang tu pulak hidup lagi kan? perlu ke buat gitu
Quote myakayina 6-12-2018 12:05 PM
yg mesin keluar payung tu kat sini dah ada kan..
Quote belilies 6-12-2018 01:11 PM
Rasanya vending machine pengeluar tisu common di malaysia. Servay mall di kuching ada benda tu dekat tandas. Kecik je mesin tu, mcm mesin tampon di us.

Harap deyols buat lg banyak variety lah vending machine ni, especially snack food yg ada bun. Kat swk ni jarang skali nak jumpa yg snack food, byk lg drinks.
Quote manehnya 6-12-2018 03:08 PM
bestnya jepun
Quote idayusoff 6-12-2018 03:41 PM
bestnyeee..bila malaysia nak ade vending machine macam tu semua...
Quote miemiecha 6-12-2018 04:29 PM
KLAU KAT MESIA,
mek nak tgk gak, berapa lama dia blh bernafas, sbb kat mesia ramai yg suka explore benda gini..
sdgkan ATM lengkap CCTV pun blh d pecahkan, ni kan plak mesin gtu..
mebi spender pun x selamat mana...
Quote Beautifulliar. 7-12-2018 07:10 AM
Ingatkn dlm cite doreamon tu nobita bela kumbang rhino tu stkt cite je.Rupanya mmg irl ummah jepun mmbela kumbang siap ada jual
Quote ais_kosong 7-12-2018 07:49 AM
makanan fresh tu ok ke? tak jadi busuk or buruk ke?
Quote taniabecks92 7-12-2018 09:26 AM
ais_kosong replied at 7-12-2018 07:49 AM
makanan fresh tu ok ke? tak jadi busuk or buruk ke?

suhu dlm tu mcm peti so tk rosak la
Quote groundfloor 7-12-2018 11:21 AM
miemiecha replied at 6-12-2018 04:29 PM
KLAU KAT MESIA,
mek nak tgk gak, berapa lama dia blh bernafas, sbb kat mesia ramai yg suka explore ...

Ada betulnya...vandalism berleluasa di Malaysia...
Quote cik_sssara 7-12-2018 11:40 AM
Untuk barang-barang tu okay lagi. Tapi binatang hidup tu, kejam lah
Quote ais_kosong 7-12-2018 11:58 AM
taniabecks92 replied at 7-12-2018 09:26 AM
suhu dlm tu mcm peti so tk rosak la

ok. thank you
Quote miemiecha 7-12-2018 12:00 PM
groundfloor replied at 7-12-2018 11:21 AM
Ada betulnya...vandalism berleluasa di Malaysia...

hurmm, spender pun x selamat, ade je yg fetish...kang berlambak spender jantan la, toilet jantan..
hwaaaaaa

spender laki n pmpn x selamat hoiiii
mesian pipel ramai yg beruk
Quote kucingitam 7-12-2018 12:23 PM
malaysian ramai yang peghak... takleh ada lain sikit..rosak la
Quote putehkundor 7-12-2018 12:40 PM
kumbang tu untuk apa?
Quote manjalara_01 7-12-2018 08:45 PM
buapakperut replied at 6-12-2018 11:49 AM
syoknye ada ketam tu.. yang kesiannye kumbang tu pulak hidup lagi kan? perlu ke buat gitu

cruelty to animals!!...kejam..cube kalau i sumbat org yg sumbatkan ketam dlm tu...suke x?...


Quote buapakperut 7-12-2018 11:15 PM
manjalara_01 replied at 7-12-2018 12:45 PM
cruelty to animals!!...kejam..cube kalau i sumbat org yg sumbatkan ketam dlm tu...suke x?... ...

ketam tu dah mati rasanya, untuk dimakan. kumbang tu yang hidup2 kene sumbat, tapi kesian takde makanan memang terseksa
Quote manjalara_01 8-12-2018 04:12 PM
buapakperut replied at 7-12-2018 11:15 PM
ketam tu dah mati rasanya, untuk dimakan. kumbang tu yang hidup2 kene sumbat, tapi kesian takde ma ...

Ketam hidup..cume suhu tu mcm peti sejuk. Nk ketam tu fresh kan?

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:28 AM GMT+8 , Processed in 0.057932 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top