CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Janganlah Post Foto Seksi Dan Cium Mulut, Ramai Yang Perhati - Zul Yahya

29-11-2018 04:45 PM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 10805| Komen: 27|Original author: Oleh: Whitney

Description: Artis bukan sahaja membawa watak sebagai penghibur dalam masyarakat tetapi turut menjadi contoh teladan yang baik. Tidak dinafikan, ramai yang menjadikan artis sebagai idola. Jadi, peranan artis cukup ...
Artis bukan sahaja membawa watak sebagai penghibur dalam masyarakat tetapi turut menjadi contoh teladan yang baik. Tidak dinafikan, ramai yang menjadikan artis sebagai idola. Jadi, peranan artis cukup besar bagi para peminatnya dan perlu bersifat mendidik supaya peminat tidak terpengaruh dengan perkara yang tidak elok.


Kredit foto: Carian internet
Jika kalian perasan, artis sekarang kebanyakannya tidak begitu menjaga adab dan budaya apatah lagi akhlak. Pakaian yang dipakai adakalanya terlalu terdedah dan kelakuan mereka juga kelihatan seperti sudah rasa hilang malu kerana terlalu mengikut trend masa kini. 

Bekas pelakon, Zul Yahya telah memuat naik status di akaun Instagramnya dengan menegur sikap dan kelakuan artis yang gemar memuat naik gambar berpakaian seksi dan video cium mulut di media sosial. Ia amat memalukan dan juga membimbangkan kerana mereka sentiasa diperhatikan malah peminat mereka bukan sahaja terdiri dalam kalangan orang dewasa, tetapi juga kanak-kanak.



Teguran yang dibuat oleh Zul Yahya itu tidak ditujukan pada mana-mana artis. Ia hanya teguran terbuka kepada semua artis negara ini. 

Pelakon terkenal Nabila Huda antara artis yang gemar berpakaian seksi

Kredit foto: Instagram kupu-kupu

Pasangan romantis Datin Eina Azman dan suami juga kerap dilihat memuat naik gambar dan video cium mulut di laman Instagramnya. 
Kredit foto: Instagram eina_azman
Artis perlu tunjuk kelakuan baik
Rata-rata netizen bersetuju dengan teguran yang diberikan oleh Zul Yahya tentang sikap artis-artis negara ini yang dilihat tidak begitu sensitif dengan pandangan netizen tentang pakaian dan kelakuan mereka. Perkara ini sudah lama diperhatikan tetapi ia sukar dibendung kerana masing-masing mementingkan populariti dan ingin menarik perhatian netizen.  


Artis tak boleh ditegur!
Netizen juga pernah menegur dan menasihati tentang perkara ini dengan memberi komen di status media sosial atau melalui mesej peribadi kepada beberapa orang artis tetapi ada yang menerima respon negatif. Malah, mereka turut meneriman kecaman oleh peminat-peminat artis kesayangan mereka. 

Jadi, tidak hairanlah jika sekarang ramai yang meniru gaya artis kesayangan mereka dari segi berpakaian dan juga kelakuan. Mungkin perkara tidak berakhlak itu sudah dilihat normal dan perlakuan itu dibenarkan dalam masyarakat hari ini. Buat para artis, jagalah akhlak dan jadilah role model yang baik kepada masyarakat. - CARI 

10

Bagus
11

Marah
9

Terkejut
5

Sedih
8

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (49 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LipasComel 29-11-2018 04:48 PM
itu la. dah macam mat salleh masing2. bukan soal dah halal suami isteri ke apa. tapi masing2 mcm dah hilang adab ketimuran.
Quote mirandanicky1 29-11-2018 05:46 PM
Terbaik teguran abg zul ni ada betulnya.
Quote eyansss 29-11-2018 05:56 PM
ni abe zul yang dikatakan selamba je maki bini dan staff depan pelanggan kat kedai makan tu ke? kalo ye, pesanan saya kat abe zul : jangan la maki2 bini dan staff depan orang ramai... jaga akhlak... ramai yang memerhati terutamanya anak2 dan kanak2...
Quote sapeka 29-11-2018 07:21 PM
zul yaya ke?
ingtkan zul ripin
hahaha
Quote Cicisweets 29-11-2018 07:25 PM
Mohon terasa mana mana couple sangap suka ber pda tu
Quote de_ikea 29-11-2018 07:33 PM
Betul tu. elok kalau dijaga segala yg kurang manis. Pastu lg tak best, jawapan kornar baring diorg bila dikomen. Contoh jozlynn dlm ketuk2 ramdhan
Quote RooneyMara 29-11-2018 09:27 PM
Betul tu. Bila kita ckp, ramai je yg reply, biar la, diaorg dah kahwin, dah sah. Empunya diri (artis n instafamous) pun sama. Tp yg follow diaorg semua budak muda. Byk je yg nak Cuba nak ikut ikut or try try. Plus, Apa yg diaorg dpt pun post pic mcm tu? Kalau tak post mcm tu makna nya tak bahagia ke??
Quote Nenasketum 29-11-2018 09:48 PM
Geli plak nengok vampire cium bhai tebar roti prata.. Yuckss
Quote HannahMontana 29-11-2018 09:58 PM
so what???


itu pilihan dia .Ko apa hal
Quote Mata.kucing 29-11-2018 10:18 PM
Betul sgt tuh tah ape tah bercium pn nk tunjuk kt org xmalu depa nih
Quote EvieWanKenobi 29-11-2018 10:24 PM
semua nak tayang..
Quote revolusi_30 29-11-2018 10:36 PM
Ok je cium mulut  ... indonesia ok je
Quote miznora 29-11-2018 11:51 PM
nak tunjuk romantik loving penyayang caring sume kenala masuk ig.. kalau tak orang tak tau. wlpn hakikatnya orang menyampah tengok
Quote mirandanicky1 29-11-2018 11:52 PM
eyansss replied at 29-11-2018 05:56 PM
ni abe zul yang dikatakan selamba je maki bini dan staff depan pelanggan kat kedai makan tu ke? kalo ...

Iya ke.. hmmm nmpknya kena muhasabah diri sendiri dulu ni sblm sebuk duk tegur org lain.
Quote bambimbom 30-11-2018 12:14 AM
Edited by bambimbom at 30-11-2018 12:15 AM

Tu dia.. gmbr2 abil bercium kat ig.. korang pun cuba cari retis mane lg yg mungkin di sound zul yahya ni.. Screenshot_20181130-001356.jpg Screenshot_20181130-001511.jpg Screenshot_20181130-001709.jpg
Quote nooriesz 30-11-2018 01:11 AM
iols ok jer klu tgk hubby n wifey ni berlemasan dlm ig.. lg menyampah klu ade mslh umahtangga up kt socmed n buat org spekuu.. then ckp xder pape.. biase la suami isteri..

middle finger laa!!!

Quote Eva_yy_Ellin 30-11-2018 07:25 AM
Kenapa kata bekas pelakon? Dia dah tak berlakon lagi ke? Dah confirm bersara ke?
Quote kodoksilver 30-11-2018 08:54 AM
time syg tunjuk pic bercium bagai, time gaduh merempan kt ig
.
elok sgtlah tu. pastu bagi jawapan klise, sy tgh emosi, sy dihasut syaiton, sy hilang arah, sy bodo yg benarnya. puiii
Quote goss79 30-11-2018 09:09 AM
mmg betul pun apa yg dia ckp. over gelenyar kat soc media. simpan sendiri udahlah....

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:42 PM GMT+8 , Processed in 0.072060 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top